Hello uals
Iban nie banyak adat dan pantang larangnya
Kekadang sampai tak terikut
Tapi ials cuba la ikut setakat mana yang mampu
Jaga hati mak ayah dan juga ahli keluarga yang lain
Lagipun adat mana boleh ditinggalkan
Itukan akar umbi kita
Itukan akar umbi kita
Salah satu adat ialah menghantar kanak-kanak kecil yang pertama kali nak memijak tanah dan mandi sungai
Kebiasaannya, majlis ini dilakukan selepas subuh
Kini, kat kampung mak ials, ia dijalankan setiap kali Gawai menjelma
Selepas subuh, sekumpulan anak muda akan memainkan gendang sepanjang rumah panjang untuk menjemput orang ramai menyertai perarakan menghantar kanak-kanak tersebut ke sungai
Diiringi oleh Tuai Rumah, kanak-kanak tersebut akan dikendong menggunakan pua kumbu (jika ada) atau kain batik
Tukang kendong akan mengenakan topi tradisional dan ketua keluarga akan membawa ayam dan khinzir untuk dikorbankan
Ketua keluarga akan membaca pantun-pantun sebelum binatang-binatang tersebut disembelih di sungai dan kanak-kanak tersebut akan dimandikan di air tersebut
Perarakan dari rumah panjang ke sungai |
Sekampung turun menyertai upacara ini. Ada juga yang lain menyertai dengan hantar anak masing-masing |
Acara memandikan Fiel. Brave lil' boy |
Balik dari sungai, ibu dan anak didudukkan di atas gong atau tawak. My grandfather membacakan pantun berupa seloka mendoakan kesejahteraan cicitnya nie |
Tapi entah kenapa kali ini, dia langsung tak nangis plak bila dimandikan di air sungai yang sejuk tu
Pastu
Selesai je majlis, hujan terus turun dengan lebat
Tuai Rumah kata petanda yang baik bagi kanak-kanak tu
Kehidupan diorang akan sejuk je, kurang perbalahan dan masalah
Adat dan pantang-larang kaum uals
Ikut je lah
Bukannya susah pun kan
CONTACT ME
RAWLINS
Facebook : www.facebook.com/rawlins.ichigo
E-mail : rawlins.una@gmail.com
Mobile : 012-2801977
0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: rawlins.una@gmail.com