Menjamu Harimau di A' Famosa Resort


Apa hal tu Rawlins GLAM oiii?

Menjamu harimau?
Menjamu selera selalu la dengar, manakala menjamu tetamu itu sungguh baik tingkah lakunya.
Tetiba plak menjamu harimau!

Hehehehe.

Sebenarnya last weekend, Blooggers Dot Com menjemput saya dan lagi 7 orang rakan (Tatie, Eida, Atika, Macik Konah, Jae Hashim, Liyana dan Seth) untuk menjamu harimau di A' Famosa Resort!
Credits to A' Famosa Resort
Thanks to Blooggers Dot Com dan A' Famosa Resort kerana memberikan kami peluang untuk merasai tarikan-tarikan terbaru yang diperkenalkan di A' Famosa Resort.
Seawal 8:30 pagi, dengan menggunakan kenderaan dari A' Famosa Resort, kami dibawa bergerak ke lokasi dari Menara Safuan, Jalan Ampang.
Yes, trip kali ini ditaja sepenuhnya - makan, minum, pengangkutan!
Sampai di sana kami disambut oleh Zac yang memang peramah dan memang memberi layanan First Class!

Setelah sedikit penerangan berkenaan kerja penambahbaikan yang sedang dijalankan di A' Famosa Resort, kami terus dibawa menaiki Shuttle ke Safari Wonderland.
 Seronok plak bila melihat binatang dilepaskan bebas di dalam kawasan itu.
At least diorang tak terkurung kan.

Apabila sampai di kawasan harimau, kami berhenti dan dibawa masuk ke dalam kawasan harimau.
Zac kata, nak bagi makan kat harimau!
Kojo gilo ko Jang oii?

Sebenarnya, Tiger Encounter Program adalah tarikan terbaru di A Famosa Resort.
Tiger Encounter Program ini membolehkan kita menyaksikan sang raja rimba ini secara dekat dan boleh pula memberikan mereka makanan kegemaran mereka, iaitu daging segar!

Memang dekat kerana kita hanya dipisahkan oleh pagar.
Jangan risau, ada renjer yang menemankan kita ketika memberikan makanan kepada sang raja rimba dan pagar itu dijamin kukuh!

Dalam kandang tersebut, ada tiga ekor harimau yang adik beradik iaitu Shira, Nina dan Bobby.

Shira dari awal lagi dah menghampiri kandang kami.
Takut gila!

Kami dimaklumkan bahawa setiap seekor boleh menghabiskan 10 kg ayam dalam masa kurang dari 5 minit.

Lagi ngeri!

Kemudian, kami diberikan peluang untuk memberi makan kepada Shira.

Of course saya tak berani!

Tapi kawan-kawan yang lain memang berani!
Eida siap macam nak menyandar kat pagar tu sebab nak bergambar dengan Shira.

Ada satu kejadian di mana Shira seakan berlari ke arah Eida menyebabkan saya menjerit!

Tapi lama-kelamaan saya beranikan diri untuk memberi makan kepada Shira.
Memang pengalaman yang sangat mengujakan!

Saya difahamkan oleh Zac bahawa pengunjung boleh melalui pengalaman yang sama dengan membayar RM50 di pintu masuk untuk menjamu sang harimau dengan sebakul daging segar!

So, bila lagi nak merasai pengalaman memberi makan kepada sang raja rimba kan?
Nak tahu lebih lanjut, just layari A' Famosa Resort (Website / Facebook) atau boleh call terus untuk maklumat lanjut (03.2781.8888/06.552.0888)

Setelah puas memberi makan kepada Shira dan bergambar sakan dengan Bobby, kami dibawa beredar dari situ untuk menikmati Colors of The Birds Program sebelum menjamu selera di Lake View Restaurant.

Makanan memang superb!

Berikutnya kami dibawa pergi merasai THE BIG & BEST ICE CREAM pula.

Apa itu?
Apa yang big?
Apa yang best?

Nantikan next entry saya!

Jika anda ingin merasai pengalaman melancong sepertimana saya, lawati je Blooggers Dot Com #BlooggersDotCom / @blooggers

Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam


Post a Comment

2 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: rawlins.una@gmail.com