iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger


Saya seorang yang boleh dikategorikan sebagai Apple Freak.
Kenapa?

Sebabnya saya ketagih untuk memiliki barangan Apple.

Pada awalnya, saya tidak mengimpikan untuk memiliki barangan Apple kerana harganya yang jauh tinggi berbeza dengan jenama lain.

Namun apabila saya mendapat hadiah Apple Macbook pada tahun 2007 untuk hadiah hari jadi saya.

Apabila saya mendapati ianya sangat sesuai dan mesra pengguna untuk kerja-kerja mengedit gambar dan juga kesukaran untuk dijangkiti mana-mana virus, saya menjadi semakin percaya pada pepatah "Kalah membeli, Menang memakai".

No wonder harganya berbeza kerana keupayaannya memang jauh berbeza daripada jenama lain.

Sesudah itu, saya obses dengan iPhone.

Bermula daripada iPhone 4, saya menjadi seorang yang gigih untuk menjadi di kalangan yang pertama untuk memilikinya sehingga sanggup untuk berbaris di KLCC seawal 4:30 pagi pada hari pelancaran iPhone 4S.

Begitu juga ketika pelancaran iPhone 5.

Kemudiannya saya beli pula iMac sebab memang super duper easy nak mengedit gambar bagai.

Gambar kan ibarat udara kepada para blogger.

Apabila ditanya kenapa iPhone 5S tu gajet impian setiap blogger, maka ini jawapan saya :

  1. Keupayaan dari segi visualnya yang tersendiri dek kerana kehadiran Chip A7. Chip A7 memberikan kualiti gambaran yang sejelas dan seindah yang terdapat pada iMac. Ini akan memudahkan blogger on-the-go apabila kena menyiapkan tugasan dan memuatnaik ke media sosial dengan segera. Amazingly enough, kehadiran Processor M7 di dalam iPhone 5S juga akan banyak membantu pelaksanaan tugasan blogger. 
  2. Gambar yang menarik dan jelas merupakan udara bagi setiap blogger. Kemampuan iPhone 5S dengan iSight Camera memang akan memudahkan kerja blogger. Kualiti gambar seumpama DSLR dengan iSight Camera dan juga keupayaannya yang pelbagai (seperti Continuous Burst Mode) menjadikan blogger tidak perlu mempunyai gajet yang lain dalam menghasilkan gambar atau video yang hebat kualitinya.
  3. Tidak dilupa juga keupayaan wireless  iPhone 5S yang terbaik di kalangan peranti pintar terkini. Bagi blogger on-the-go, keupayaan wireless  memang penting dalam menyiapkan tugasan. Nobody likes a tardy person kan.
  4. Yang paling penting, sepenting aliran darah, bateri iPhone 5S juga lebih tahan lama, walaupun kemampuannya tekah meningkat berkali ganda.
Sebenarnya, banyak lagi sebab kenapa iPhone 5S adalah panting bagi seorang blogger. Anda hanya perlu ke laman web rasmi Apple dan mula menulis semula features bagi iPhone 5S sepertimana yang ada di laman web tersebut.

Namun bagi saya, sebagai seorang blogger, memiliki iPhone 5S adalah seumpama memiliki seorang pembantu peribadi yang tidak jemu membantu sehingga saya berjaya menyiapkan tugasan saya dengan sempurna. 

Ia juga akan menjadi seperti seorang pembantu yang sentiasa mengetahui ke mana arah tujuan saya berikutnya, apakah acara yang perlu saya hadiri pada petang esoknya mahupun mengingatkan saya mengapa pentingnya solat.

Tanpa sebarang keluh kesah atau rungutan.

Sebagai seorang blogger, keupayaan untuk melaksanakan tugasan dengan jujur dan tepat pada masanya memerlukan modal yang agak besar belanjanya.

Bukan sahaja memerlukan kebijaksanaan menyusun ayat, malah memerlukan kecekapan dalam mengambil gambar acara, kemudiannya menambahbaik bagi meningkatkan keindahan gambar tersebut dan akhirnya memuatnaik ke atas talian agar pelanggan atau pembaca kita mendapat kepuasan apabila meneliti hasil kerja saya.

Maka, dalam erti kata lain, iPhone 5S ini umpama ruangan pejabat saya yang membolehkan saya menghasilkan sesuatu tugasan yang kemudiannya akan memberikan rezeki bagi diri saya serta insan yang lain yang layak menerimanya.

Itulah sebahagian daripada sebab mengapa iPhone 5S adalah Gajet Impian Setiap Blogger.

Terima kasih kepada DenaiHati kerana menganjurkan peraduan ini yang memberi peluang kepada saya untuk meluahkan cinta rasa saya kepada iPhone 5S.

Tidak dilupakan juga jutaan terima kasih kepada para penaja yang menjayakan peraduan ini.
Moga murah rezeki anda semua.


Arwah Syuhada Baharudin (http://www.syuhada1981.com @http://syuhadabaharudin.com) juga salah seorang penaja. Kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah untuk arwah semuga tajaan ini menjadi sedekah yang terima oleh ALLAH.

Terima kasih DenaiHati.
Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam


Post a Comment

5 Comments

  1. k lily ingat nak beli je satu, nak masuk contest ni luck kureng sket... lagipun tak semapt hantar hari tuh lah..

    ReplyDelete
  2. Saya nak try gak
    Mana tau kan @Ciklily putih !
    Hehehe

    ReplyDelete
  3. Sengit nampaknya kontes iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger ni. Selamat berjaya buat semua..:)

    ReplyDelete
  4. Apple brand product memang tak disangkal kualitinya.. Terutama sekali part visualisation tu.. Pergh! Terbaik! Blogger & gambar ibarat lagu & irama.. Jika dipisahkan maka pincanglah blogger.. Gittuww.. Hehe.. Btw, goodluck @rawlins_glam!^_^ Nak join dah tak sempat.. Hanya mampu wish good luck to all contestants.. =)

    ReplyDelete
  5. Salam kemerdekaan ke-57 bro... semoga sukses hendaknya. Artikel yang ditulis amat menarik. Semoga berjaya ke cabaran seterusnya.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: rawlins.una@gmail.com