The Purge : The Review


Apa perasaan anda sekiranya anda dibenarkan untuk membuat sebarang jenayah, termasuk bunuh, dalam satu malam?

Kalau saya, memang ada sedikit niat ingin terlibat tetapi apakah saya akan selamat sebelum berakhirnya tempoh itu?
Agak ngeri kan posternya
Terima kasih kepada Churp-Churp kerana menjemput saya untuk menonton filem arahan James Demenaco. Filem ini adalah filem dengan bajet yang rendah tetapi mengatasi beberapa kutipan filem box-office dan dijangkakan akan ada sekuel kerana kejayaan filem pertama ini.

SINOPSIS
Amerika telah membangun sebagai sebuah negara baru yang memiliki kadar penggangguran kurang dari 1% dan kejayaan ekonomi yang besar.

Ini semua berpunca dari satu amalan, The Purge, di mana segala jenis jenayah dibenarkan selama 12 jam bagi melampiaskan nafsu/ perasaan amarah penduduk Amerika bagi menggalakkan produktiviti masyarakat. Tiada sebarang bantuan - polis, bomba, hospital - yang akan diberikan di sepanjang tempoh tersebut dan tiada sebaran tindakan akan diambil selepas tempoh itu. 
Keluarga James
Zoey di biliknya
James adalah seorang jurujual sistem kawalan keselamatan perumahan yang sangat berjaya. Beliau juga telah memasang sistem kawalan tersebut di rumahnya dan mengharapkan keluarganya akan melalui malam Purge dengan selamat.

Namun, keadaan menjadi merbahaya apabila Charlie (anak James) membenarkan seorang asing yang dikejar untuk dijadikan korban, masuk ke dalam rumah mereka.
Teman lelaki Zoey iaitu Henry juga telah cuba menembak James tetapi terbunuh.
Kumpulan yang memburu mangsa
Pelarian itu dikehendaki oleh sekumpulan remaja yang ingin 'membersihkan' jiwa mereka dengan mengorbankan lelaki itu yang dianggap tidak berguna dan membebankan masyarakat.
Sebahagian daripada kumpulan remaja
James dan Mary menyelamatkan keluarga mereka
Zoey menyembunyikan diri daripada kumpulan remaja
Kini, James dan Mary terpaksa berjuang untuk menyelamatkan keluarga mereka daripada menjadi mangsa kepada kumpulan remaja yang ingin melaksanakan Purge dan juga kemungkinan besar daripada pelarian yang diselamatkan oleh Charlie.

Apakah James akan menyerahkan pelarian itu kepada kumpulan remaja itu?
Apakah keluarga James akan selamat?

PENILAIAN
Plot Penceritaan : 4.7/5.0. Jalan cerita yang kemas dan menarik. Penonton dapat merasakan keadaan tegang yang dialami oleh keluarga James. 

Penghayatan : 4.7/5.0. Lakonan yang mantap dari Ethan Hawke dan Lena Headey. Tetapi lakonan Max sebagai Charlie agar lemah kerana kurang penghayatan dari segi emosi.

Will I watch it again : Probably no sebab merasa sangat bengan dengan kebodohan Charlie yang menjadi punca kepada semua masalah dalam wayang ini.


Haiqal Rawlins 

012.280.1977 
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam 


Post a Comment

2 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: rawlins.una@gmail.com