Kami Histeria : The Review

8:30 AM

Sebenarnya saya nie jarang sangat lah nak menonton wayang Melayu, especially di panggung wayang.
Biasanya saya sanggup tunggu tayangan di Astro mahupun meminjam DVD rakan-rakan.

Sangat jarang, bukannya tidak langsung ye.

Terima kasih pada Nisa Kay, blogger yang super peramah nie sebab sudi jemput tengok preview bersama artis gitew.
Wayang apa?
Tajuknya "Kami Histeria"
Poster "Kami Histeria"
Of course la tak lepaskan peluang sebab memang cadang nak menonton wayang nie sejak melihat trailer dia di kaca TV dan wayang.
Saya dan +Nor Rajaie Hashim dah memang berangan nak menonton cerita ini sebenarnya tapi dapat menonton preview bersama artis, lagi MELETOP kan!

SINOPSIS
Kisah bermula apabila lima sekawan, Laila, Bad, Jojo, Airin dan Peanut berpindah ke rumah sewa yang sangat daif keadaannya.
Van yang sangat cool!
Daif tak rumah baru Kami Histeria?
Sebenarnya ada kisah kenapa rumah sewa tersebut dalam keadaan demikian.
Pastikan anda tidak lambat masuk wayang kerana akan terlepas babak ini.

Pitt, jiran mereka membantu mereka berpindah masuk dan mengecat serta mengemas rumah baru mereka.
Pitt juga menyatakan bahawa kehadiran mereka, sebuah kumpulan muzik yang bernama Kami Histeria, mungkin boleh membantu menenggelamkan bunyi-bunyian yang tidak sepatutnya ketika mereka berlatih kelak.
Pitt rajin membantu, Airin semacam terpaku
Walaupun hairan dengan kenyataan Pitt, tetapi mereka tidak bertanya.

Suatu ketika, ketika berlatih, mereka perasan seakan ada suatu hilaian kedengaran bersama-sama nyanyian mereka.
Walaupun ketakutan, mereka meneruskan nyanyian dan rakaman.

Keesokannya, misteri hilaian tersebut terjawab ketika Laila bertemu Pitt di gerai nasi lemak.
Rupanya kawasan kediaman itu memang selalu diganggu oleh langsuir.
Kemudian mereka juga mendapati bahawa terdapat hilaian langsuir tersebut di dalam rakaman lagu mereka.
Kerana tidak ingin merakamkan semula, mereka memuatnaik lagu tersebut dan tanpa diduga, lagu tersebut telah menjadikan Kami Histeria dikenali ramai.
Kami Histeria merakam lagu mereka. Yes, Diana Danielle nyanyikan sendiri lagu-lagu nie semua!
Apabila mereka mengeluarkan lagu kedua, lagu tersebut tidak menyengat.
Jojo dan Airin mengemukakan teori mereka bahawa lagu mereka 'berhantu' kerana adanya hilaian langsuir tersebut.

Bad bersetuju dengan teori itu dan setelah berjaya memaksa yang lain untuk bersetuju dengan cadangannya, telah masuk ke hutan kerana ingin mencari langsuir itu bagi mendapatkan rakaman suaranya.

Apabila berjaya menemui langsuir itu yang dikenali sebagai Cik Lang, mereka telah memujuk Cik Lang agar bersetuju 'meminjamkan' hilaiannya di dalam rakaman lagu mereka.
Ekspidisi mencari Cik Lang
Cik Lang yang suka makan Kit Kat
Cik Lang membaca majalah. Kau hado!
Yang lucunya di sini, Cik Lang suka makan Kit Kat.
Hahahaha.

Cik Lang bersetuju meminjamkan hilaiannya dengan syarat, mereka tidak akan melupakan pertolongan dia apabila mereka terkenal kelak.

Amazingly, Kami Histeria terus menjadi terkenal selepas keluarnya lagu terbaru mereka dengan rakaman hilaian Cik Lang.
Kami Histeria tenggelam seketika dengan populariti yang diperolehi sehingga suatu ketika apabila Cik Lang menuntut janjinya.
Kenapa Kami Histeria di hospital?
Apakah janji balasan yang dituntut oleh Cik Lang?
Apakah Kami Histeria sanggup mengorbankan diri demi menyelamatkan rakan masing-masing?
PENILAIAN
Plot : 4.95/ 5.0. Terus terang saya akui, saya agak skeptikal apabila menonton cerita Melayu. Kenapa? Sebab biasanya jalan cerita dia sama je. Ada kalanya mendatar kerana banyak yang pentingkan kuantiti dari kualiti. 
Namun, selepas menonton Kami Histeria, saya dapati jalan ceritanya menarik. Camera angle juga sangat profesional dan ada kalanya saya terasa menonton filem dari luar negara. 
Plot ceritanya mudah dan ringan tetapi bukannya murahan. Elemen ngeri, serius, cinta dan lawak diadun dengan bijak sehingga tidak memberi peluang untuk penonton merasa bosan. 

Penghayatan : 4.9/5.0. Lakonan yang terbaik saya rasakan dari semua pendokong watak. Paling saya suka ialah Peanut lakonan Nad Zainal. Walaupun hampir tidak bersuara sepanjang wayang, tetapi ekspresi muka dan bahasa badan beliau memang menjadi. Manakala Airin lakonan Mila saya boleh anggapkan sebagai 'happening stupid blonde'. Bad lakonan Sara Ali memang 'bad-a*s" and loving it so much! Jojo lakonan Umie Omar adalah sangat-sangat menjadi! Tough and soft at the same time! Lakonan Diana Danielle as Laila pun memang 'bad-a*s'!!!! Semua la best. Even makcik jual nasi lemak pun penghayatan best!

Will I watch it again : YES!

Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam

You Might Also Like

2 GLAM People

Thanks for the GLAM write-ups

GLAM Comments

Recent GLAM

Recent Posts Widget

Top GLAM Friends

GLAM Tweet


Click Me To Visit Bargain Shoppe

Subscribe