Nak SIXPACK? Aik Cheong Coffee ada IT'S SIXPACK | Sebagai seorang penggemar kopi, daku jenis yang adventurous. Semua kopi yang berada di pasaran daku nak cuba and now semakin banyak muncul ye - pelbagai jenis dan pelbagai warna dan bersama-sama dengan pelbagai manfaat. Walaupun adventurous, daku akan pilih yang selamat dan telah diluluskan oleh pihak berkuasa dan bukannya menjanjikan manfaat yang bukan-bukan.
Dalam lautan pelbagai jenis kopi ada di pasaran, sudah semestinya branding dan warna serta packaging yang menarik akan menjadi perhatian diriku.
So, memang mustahil jika daku tak nampak barisan Aik Cheong Coffee bila menelusuri rak-rak di pasaraya. Cer tengok warnanya yang menarik dan bungkusan yang lain dari yang lain. Kan sangat menonjol tu?
Meh daku nak perkenalkan produk-produk menarik dari Aik Cheong Coffee yang dah menjadi kegemaran daku. Tapi sebelum kita kenal produk-produknya, baik kita sama-sama kenali Aik Cheong Coffee itu sendiri kan.
FAKTA BERKENAAN AIK CHEONG COFFEE
- Perdagangan biji kopi Aik Cheong Coffeee ini bermula seawal 1955 di tengah-tengah kawasan desa di Bandar Melaka lama. Ianya bermula dengan mengimport biji kopi dari Indonesia, Filipina dan paling jauh, USA. Biji-biji kopi ini dipanggang dan dipaketkan semula untuk kegunaan masyarakat sekitar.
- Apabila masyarakat setempat sudah mulai menyukai biji kopi yang dikeluarkan oleh Aik Cheong Coffee, 10 tahun kemudiannya, Aik Cheong Coffee mengorak langkah dengan berpindah ke premis yang lebih lengkap untuk penghasilan.
- Tidak lama kemudian, perusahaan Aik Cheong Coffee beroperasi di kawasan seluas 8 hektar di Kawasan Perindustrian Cheng.
- Dan sekarang, setelah hampir 70 tahun bertapak di Malaysia, Aik Cheong Coffee telah menjadi jenama yang gah dan mantap di seluruh negara dan antarabangsa dengan pelbagai produk dan inovasi yang telah dihasilkan.
- Semua produk Aik Cheong Coffee diiktiraf Halal oleh JAKIM dan telah mendapat persijilan GMP dan HACCP
IT'S SERIES Aik Cheong Coffee
Sejujurnya, daku mula mengenali dan meminati produk Aik Cheong Coffee nie sejak terpandang pakej yang menarik IT'S SERIES ni. IT'S SERIES ini didatangkan dalam bungkusan cawan kertas berwarna yang memang menarik perhatian dan ianya mudah dipegang serta dinikmati oleh semua.
Pada daku, paling seronok adalah ianya mudah untuk dibawa ke mana sahaja dan mudah disediakan. Teringat bila daku bawa sebahagian dari IT'S SERIES ketika daku berkursus, kawan sebilik daku yang teruja bila dia tengok bungkusan yang menawan nie katanya.
'Mudah dan pantas. Dah selesai, tak payah nak kemas atau basuh. Memang memudahkan' kata beliau. Kan, daku pun setuju dengan pernyataan itu. Kenapa dia kata mudah dan pantas?
Bila buka bungkusan itu, di dalamnya terkandung 2 atau 3 paket yang telah dinomborkan. Hanya perlu tambahkan kandungan mengikut nombor pada setiap paket ke dalam air panas. Semudah 1, 2, 3 sahaja. Dengan adanya konsep paket individu ini, ianya memudahkan kita sebagai pengguna untuk mengawal pengambilan gula mengikut keperluan dan tahap kesihatan kita semua.
Literally, as easy as 1, 2, 3.
IT'S GRANOLA Aik Cheong Coffee
Bukan hanya menyediakan pilihan minuman, Aik Cheong juga telah mengeluarkan makanan kesihatan dalam series IT'S GRANOLA. Setakat ini, ada dua perisa sahaja yang berada di pasaran iaitu Mixed Berries dan Mixed Fruits and Nuts.
Masih mengekalkan bungkusan cawan mudah alih, kedua-dua makanan kesihatan ini juga didatangkan dengan paket bernombor di dalamnya untuk memudahkan pengguna.
Apa yang best pasal IT'S GRANOLA?
Ianya mengandungi kandungan serat dan protein yang tinggi, berasaskan bahan semulajadi dan tanpa perasa tiruan atau gula tambahan. So, ianya memang sesuai untuk yang menjaga kesihatan diri dan yang dalam proses untuk menjaga berat badan (seperti diriku ini hahaha).
Ada yang suka tambah yogurt atau susu pada granola. Daku suka makan as snack.
IT'S SIXPACK Aik Cheong Coffee
Selaras dengan arahan Kerajaan agar semua Stay At Home, Aik Cheong juga memperkenalkan barisan konsep minuman yang boleh dinikmati bersama oleh seiisi keluarga di rumah. Ianya dikenali sebagai IT'S SIXPACK kerana di dalam setiap kotak terdapat lengkap persiapan minuman untuk 6 orang. Mudah kan?
Masih mengekalkan konsep semudah 1, 2, 3, setiap kotak dibekalkan paket kandungan berlabel untuk memudahkan pengguna. Seperti juga amalan biasa, kesemua produk Aik Cheong dihasilkan secara unik dan eksklusif yang menjadikan setiap hirupan itu membawa kejutan. Setiap hirupan membuatkan daku rasa seperti Limited Edition gitu.
Setakat ini, Aik Cheong memperkenalkan empat perisa terlebih dahulu untuk IT'S SIXPACK.
IT'S SIXPACK Cappuccino Choco Topping
Yang ini sangat istimewa sebab ianya menggabungkan Cappuccino berserta serbuk choco topping menjadikan perisanya unik. Disertakan sekali dengan gula perang yang kita boleh tambah ikut kesesuaian diri, kalau dibuat minum petang bersama pisang goreng, memang tak toleh kiri kanan ye.
Daku suka tambah dengan ketulan ais gak.
IT'S SIXPACK Chocolate Marshmallow
Untuk insan yang masih berjiwa remaja dan ceria (seperti daku), paling seronok apabila menyediakan minuman ini adalah menambahkan marshmallow ke dalam minuman coklat panas.
Sediakan air ini, tutup lampu dan tayangan movie kegemaran di waktu malam adalah paling sesuai untuk daku menikmati IT'S SIXPACK Chocolate Marshmallow.
IT'S SIXPACK Teh Tarik Gula Melaka
Dalam kesemua IT'S SIXPACK nie, Teh Tarik Gula Melaka dan White Coffee Gula Melaka adalah antara kegemaran daku.
Lelemak manis rasanya. Kalau yang kurang minum kopi, teh tarik gula melaka nie memang sedap.
IT'S SIXPACK White Coffee Salted Gula Melaka
Yang terakhir dalam siri IT'S SIXPACK ni adalah White Coffee Salted Gula Melaka. Pada awalnya, daku agak was-was nak merasa masin dalam minuman kan. Tapi bila dah rasa, dah jatuh dalam minuman kegemaran pula dah white coffee salted gula melaka nie.
Ini adalah peneman paling setia setiap pagi tika Bekerja Dari Rumah - memang menyegarkan dan membuat diriku cergas menghadapi hari-hari.
Bila dah terima parcel tu, ada baiknya juga kita sanitasikan bungkusan untuk lebih berjaga-jaga kan. Sebab #KitaJagaKita kan.
Meh daku senaraikan pautan yang boleh memudahkan pembelian semua ye. Lepas beli, jangan lupa kongsikan perisa mana yang korang suka ye.
8 Comments
Alamak yang granola tu mcm best je! Adakah ini namanya cinta pandang pertama?
ReplyDeleteAmboi nikmatnya dia minum kopi tu yer hehehe best lah suka lah dia kannn dapat stock kopi untuk sebulan terus masa PKP ni hehehe Maha paling suka yang Teh Tarik and Chocolatter tu ada marshmallow..
ReplyDeleteya ampunnn pekat betoi kopi dia, dah la kita suka kopi..kena pi cari ni
ReplyDeleteOkay dah dapatkan dua cawan dah hahahaha.. semalam minta anak belikan.. kejap lagi nak hirup kopi... tu habis ak tu? Kalau tak, pos sini yaa... sedapkan kopi Aik Cheong ni..
ReplyDeleteIngat siz pack ape la tadi...huhuhu. Nak kena try ni .. lebih lagi yang granola tu. Kita order online jela kan ..senang . Terus sampai depan rumah
ReplyDeletecop! gelas tu dapat sekali ke kalau beli? sebab memang useful gelas tu for minum coffee. nak buat photoshoot pun mudah. btw aik cheong memang sedap kadang2 suka beli kt 7e sebab unik
ReplyDeleteYg coklat tu nampak sedap. Tapi brand ni mmg fav kita sejak dulu lagi
ReplyDeleteThis is one of my favorite coffee ahh! Selalu beli kat myNEWS juga.. banyak choice kan! Nice la packaging terbaru ni..
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: rawlins.una@gmail.com