Seludup di Astro


SELUDUP di Astro?
Takkan la Astro SELUDUP kan?
Drama Seludup
Ingat tak Entry Nie berkenaan drama SELUDUP arahan Jehan Miskin?

Last week, saya dan beberapa rakan blogger dijemput untuk menyaksikan media preview untuk drama aksi dan cinta ni.

Bertempat di TGV 1 Utama, sempat la juga aku bergambar dengan Tiz Zaqyah dan Raya Ilya.
Tak dilupa juga  aku sempat bergambar dengan Aizat yang memyumbang lagu untuk runut lagu drama ini.
Aizat
Raja Ilya
Tiz Zaqyah
Tayangan perdana tersebut dihadiri para pelakon yang kesemuanya diriaskan di dalam persalinan Sacoor Brothers, krew produksi, wakil-wakil daripada Astro, penaja, media dan pihak-pihak yang telah terlibat sama ada secara langsung atau tidak di dalam pembikinan drama tersebut. ‘SELUDUP’ dilancarkan oleh Astro Malaysia dan Mastermind Group Sdn. Bhd. 
Barisan crew Seludup
Ditunjangi pelakon-pelakon hebat seperti Pekin Ibrahim, Tiz Zaqyah, Nam Ron, Raja Ilya dan Syafie Naswip, drama ‘SELUDUP’ yang dinanti-nantikan oleh peminat drama televisyen tempatan dijadualkan untuk menemui penonton pada setiap hari Khamis, jam 9.30 malam di Astro Prima bermula 4 Disember dan di saluran Maya HD pada setiap Sabtu jam 6.00 petang bermula 6 Disember 2014.
Pekin 
Syafie
Dengan formula baru dan mesej berat tentang gejala penyeludupan haram di Malaysia, Jehan Miskin sebagai produser, pengarah dan pelakon telah berjaya menghasilkan satu naskhah yang segar dan tidak pernah ditonton sebelum ini di kaca televisyen. Drama 13 episod ini juga pasti tambah menarik dengan garapan kisah cinta antara watak dua pelakon utamanya, Pekin dan Tiz. 

Menurut Jehan, “SELUDUP berniat bukan sahaja untuk menghiburkan tetapi juga memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang gejala penyeludupan khususnya rokok seludup serta kesan negatifnya terhadap individu, keluarga dan masyarakat. Banyak sungguh cabaran yang saya hadapi untuk menghasilkan drama ini namun berkat kesungguhan kesemua pelakon dan krew produksi, kami berjaya melakukannya. Saya percaya drama ini akan membuka lembaran baru dalam industri drama televisyen negara. Saya berharap rakyat Malaysia akan menonton drama SELUDUP ini dan terus menyokong karya-karya tempatan yang bermutu tinggi”.

SINOPSIS
SELUDUP berkisar tentang watak bernama Amran (Pekin) yang merupakan seorang nelayan dan usahawan muda yang berjaya di Teluk Permata, sebuah perkampungan nelayan di Pantai Barat Malaysia. Amran mendapat tahu bahawa sekumpulan penyeludup diketuai oleh Tam (Nam Ron) dan dibantu oleh adik perempuannya, Rina (Raja Ilya) sedang mengupah nelayan kampung untuk menyeludup minuman keras, rokok, dan manusia ke dalam negara. Walau berdepan pelbagai jenis bahaya dan mengancam bukan sahaja dirinya malah keluarga dan Yasmin (Tiz Zaqyah), teman wanitanya, dia bertekad untuk menghalang gejala ini, dan menyelamatkan kampungnya sebelum lebih ramai rakan-rakannya dan penduduk kampung menjadi mangsa.

Kami ditayangkan 2 episod SELUDUP.
One thing for sure, saya jade sakit hati para watak Abe dalam drama ini.
And sudah semestinya drama ini akan saya rakam dan tonton selepas ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai ‘SELUDUP’, boleh lawati dua media sosial nie
FB SELUDUP
Instagram SELUDUP
Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam


Post a Comment

2 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: rawlins.una@gmail.com