Endless Love : The Review


Ada yang berkata " Cinta itu buta".
Tidak kurang juga yang menyebut " Kerana cinta, manis belaka"

Apa motto cinta anda?
Terima kasih kepada ChurpChurp sebab menjemput saya menonton Churpremiere bagi Endless Love lakonan Alex Pettyfer sebagai David Axelrod dan Gabriella Wilde sebagai Jade Butterfield.

SINOPSIS
Jade adalah anak kepada Hugh dan Anne yang telah kematian anak sulung mereka.
Hugh adalah seorang pakar bedah yang berjaya dan sangat bangga dengan kejayaannya.
Selepas kematian abangnya, Jade lebih suka menyendiri sehingga di hari konvokesyen sekolah menengah.
Jade Butterfield
David Axelrod
David pula merupakan anak seorang mekanik yang telah lama menyimpan perasaan terhadap Jade.

Apabila bertemu di Club House  di mana David bekerja di bahagian Car Valet, itulah kali pertama Jade dan David bertegur sapa.

Selepas kejadian di mana David 'mencuri' membawa kenderaan pelanggan bersama-sama rakannya Mace dan Jade serta menumbuk empunya kenderaan tersebut kerana menghina Jade yang menyebabkan David dibuang kerja, Jade mula menaruh perasaan terhadap David yang dirasakannya seperti seorang yang 'bebas'.
Apabila David membantu menjadikan parti Jade sebuah parti yang hangat, hubungan mereka menjadi semakin intim dan ini tidak disenangi oleh Hugh yang menganggap David akan merosakkan perancangan masa depan Jade.
Pelbagai usaha dilakukan oleh Hugh untuk merosakkan hubungan di antara Jade dan David tetapi ternyata kuasa cinta mereka lebih kuat.

Sehingga di suatu kejadian di mana David telah menumbuk Hugh kerana cacian yang dilemparkan terhadap keluarga David menyebabkan kemarahan yang melampau pada diri David.

Adakah hubungan David dan Jade akan berakhir?
Bolehkah Hugh menghalang hubungan David dan Jade ini?
Kenapa Hugh terlalu mengongkong Jade danahli keluarganya yang lain?

PENILAIAN
Plot : 4.7/5.0. Jalan cerita yang mudah dan senang difahami. Pergolakan keluarga serta emosi individu dan juga keegoan manusia menjadi tulang belakang cerita ini. 

Penghayatan : 4.7/5.0. Saya menjadi emosi apabila menonton cerita ini. Adakah mungkin kerana penghayatan pelakonnya yang menjadi atau kerana sejarah hidup sendiri, saya kurang pasti. Namun, saya akui, para pelakonnya berjaya membawa watak dengan indah dan mendalam.

Will I watch it again : Yes, I will.

Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam 


Post a Comment

3 Comments

  1. xfhm la cerita ni....tp klu raw belanja tgk kn best hehe

    ReplyDelete
  2. Best!!! romantic love story.. dah besar dah dorang ni.. haishh handsome lak tu..

    http://iluvtour.com jemput singgah :DD

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: rawlins.una@gmail.com