Silent Hill Revelation : The Review


Alessa , the evil half
Bila dengar Silent Hill, apa yang uals ingat?

Kalau ials, mesti akan ingat games yang menakutkan dan menyeramkan kerana karakter di dalam games tersebut yang betul-betul mengerikan

So, bila Silent Hill Revelation ditayangkan, ials terus mengajak kengkawan menonton
Tapi takde yang nak temankan sebab dah terlampau banyak menonton wayang seram
Maybe sebab Oktober adalah bulan Halloween so banyak la plak citer seram kan

Silent Hill Revelation, arahan Michael J. Bassett adalah sekual kepada Silent Hill dan berdasarkan siri games Silent Hill 3

Sinopsis
Karakter ngeri
Sharon dan ayahnya melarikan diri dari kultus Valtiel yang ingin mendapatkan Sharon untuk membersihkan mereka dari kegelapan dengan mengorbankan Sharon

Dengan menyamarkan diri sebagai Heather dan ayahnya Harry, mereka memulakan hidup di kediaman yang baru

Walaubagaimanapun, Heather masih lagi mengalami mimpi ngeri di mana Alessa berdendam untuk memusnahkan Heather

Di sekolah baru, Heather bertemu dengan Vincent yang juga merupakan pelajar baru dan kelihatan tertarik kepada Heather

Harry telah diculik oleh ahli Valtiel yang telah mengetahui lokasi persembunyian mereka melalui laporan oleh seorang penyiasat persendirian

Dalam usaha untuk menyelamatkan ayahnya, Heather telah menjumpai surat daripada ayahnya yang menghalang Heather daripada kembali ke Silent Hill

Tapi Heather bertekad untuk menyelamatkan ayahnya 
Vincent juga turut terbabit dalam usaha Heather menyelamatkan Harry
Tetapi kemudiannya Vincent memaklumkan bahawa dia sebenarnya adalah ahli Valtiel yang telah dihantar untuk mendapatkan Heather dan kembali ke Silent Hill dengan kerelaan Heather sendiri
Vincent and Heather
Tetapi dia menyedari bahawa Heather bukan punca kepada kegelapan tetapi merupakan bahagian kepada Alessa yang suci dan lebih bersifat kasih-sayang

Heather tidak dapat menerima kenyataan itu dan menuduh Vincent sebagai penipu

Apabila menyedari dirinya bersendirian dan bertekad menyelamatkan Harry, Heather memasuki Silent Hill
Di sini bermula aksi-aksi yang ganas dan menyeramkan kerana banyak karakter yang memang out of this world

Beware!
Kalau takleh tidur malam, jangan salahkan ials lepas tengok pix nie (Taken from Google)
Pyramid Head, pelindung Heather
Alessa, the evil one and source of darkness
Monstrous and sexy-to-death nurses
Mannequin spider monster
Penilaian ials terhadap Silent Hill Revelation :
Plot penceritaan : 4.7/5.0. Jalan cerita yang menarik dan tidak membosankan. Ada je bahagian yang mengejutkan. Kemunculan karakter-karakter ngeri sepertimana dalam games membantu penceritaan. 

Penghayatan : 4.5/5.0. No complain here!

Will I watch it again 
: I will buy the DVD.


Facebook : www.facebook.com/rawlins.ichigo
E-mail : rawlins.una@gmail.com
Mobile : 012-2801977



Post a Comment

2 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: rawlins.una@gmail.com