Kawan - Episod 4 : Tegas orangnya


Haaa...kembali menjelma ials dengan ceritera tentang kawan-kawan nie
Aik..tak abis lagi?
Belum...sebab ada banyak lagi baris kengkawan kena describe...kang tak describe ada yang sentap
Aik...tu pun boleh sentap?
Boleh jer....
Maknanya...lambat lagi la ko nak berhenti mem'blog'kan diri la nie?
emm..lambat lagi. Nape? Bosan ke tulisan aku...
Tak lah bosan...blog kau kan..sukati kau la nak tulis berapa lama pun
Haaa...bijak pun...

Oklah...mari hamba mula bersahaya
Arakian, suatu tika di kala mentari menyinar manja...
hamba ketemu insan ini yang mesra wataknya
hamba ketemu ketika beliau bersama taulannya
jadi pertemuan kami disaksi angin petang ini memulakan talian persaudaraan yang indah

setelah hampir dua purnama kami berhubung sesama saudara
hamba dapat menebak sedikit sifat beliau 
walau sedikit mampu membuat hamba cemburu
ini kerana sifat beliau itu wajar dimiliki oleh semua insan

pertamanya...
beliau ini tegas orangnya
MySpace
tegas bahasanya
begitu juga lagaknya
kalau putih, mana mungkin hitam dibaca
kalau hujan, mana mungkin hujan cuaca
kalau tertawa, tidak mungkin menangis hiba
namun
tegas beliau bukan sebarangan
tegas beliau bukannya kejam
tegas beliau bukannya kuku besi
beliau tetap punyai sifat simpati yang menebal
boleh diajak berbincang jika kurang puas rasa di hati
dan
beliau juga senang memahami orang lain

Jadi di situ
sudah hamba senaraikan sifat beliau yang hamba cemburui
tegas, baik hati, bertimbang rasa
wajarlah beliau didatangi rezki murah
tegas bertempat, baik hati penyayang, bertimbang rasa dikasihi
amin....

tapi ada satu je persoalan yang hamba kurang pasti berkenaan beliau
adakah beliau sudah berpunya?
hik hik hik
rasanya sudah ada tapi cukup berahsia...
hik hik hik




Post a Comment

0 Comments