Kenali Kelantan Dengan Perdana Trail Part 2

7:30 AM

byrawlins, byrawlinsdotcom, Destination Malaysia, food review, Hotel Perdana Kota Bharu, hotel review, kelantan, Kota Bharu, Perdana Trail, Rawlins Eats, Rawlins Travels,
The group picture on the balcony of Istana Jahar
Jom kita sambung pengembaraan kita di Kelantan bersama Perdana Trail oleh Hotel Perdana Kota Bharu dan Destination Malaysia ye.

Bank Pitis
Dari Kedai Kopi Din Tokyo, kami bergerak ke arah bangunan lama yang berstruktur seakan istana lama. Tepat sepertimana tekaan saya, ia merupakan Istana Balai Besar namun ia tidak dibuka kepada umum.
byrawlins, byrawlinsdotcom, Destination Malaysia, food review, Hotel Perdana Kota Bharu, hotel review, kelantan, Kota Bharu, Perdana Trail, Rawlins Eats, Rawlins Travels,
Bank Pitis yang comel di hadapan Istana Balai Besar
Terletak di sebelah pintu masuk Istana Balai Besar, berdiri sebuah bangunan kecil [12 ft x 12 ft x 12 ft] yang pada awalnya saya jangkakan rumah pengawal. Jangkaan saya tersasar apabila ia merupakan sebuah bank iaitu Bank Pitis. Bank Pitis [pitis adalah wang/ duit dalam dialek Kelantan] dibina pada penghujung abad ke-19 dan digunakan sebagai tempat simpanan wang kerajaan Kelantan pada ketika itu. Tapi kecil gila kan bank dia?

Istana Jahar 
Istana Jahar juga dikenali sebagai Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan terletak bersebelahan dengan Istana Balai Besar. Pelbagai ruang istiadat dipamerkan di dalam Istana Jahar termasuk Istiadat Melenggang Perut, Istiadat Berkhatan dan Istiadat Persiraman. Di setiap ruang terdapat penerangan berkenaan setiap istiadat yang memudahkan pemahaman pelawat.
byrawlins, byrawlinsdotcom, Destination Malaysia, food review, Hotel Perdana Kota Bharu, hotel review, kelantan, Kota Bharu, Perdana Trail, Rawlins Eats, Rawlins Travels,
Istana Jahar - Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan
byrawlins, byrawlinsdotcom, Destination Malaysia, food review, Hotel Perdana Kota Bharu, hotel review, kelantan, Kota Bharu, Perdana Trail, Rawlins Eats, Rawlins Travels,
Pelbagai ruangan di Istana Jahar
Bayangkan jika anda Putera Raja yang hendak dikhatankan akan diarak sekitar Istana di dalam tandu sebelum dibawa berjumpa Tuk Mudim, apa agaknya perasaan anda kan?

Istana Batu
Istana Batu terletak di belakang Istana Jahar. Istana Batu juga dikenali sebagai Muzium Istana yang merupakan kurniaan oleh Sultan Ismail kepada Sultan Yahya Petra dan Raja Perempuan Zainab II sebagai hadiah perkahwinan. Sultan Yahya Petra telah memberi perkenan untuk meminjamkan Istana Batu sebagai Muzium DiRaja dan dirasmikan oleh Sultan Ismail Petra pada 25 Julai 1991 bersempenan Keputeraan Baginda yang ke-41.
byrawlins, byrawlinsdotcom, Destination Malaysia, food review, Hotel Perdana Kota Bharu, hotel review, kelantan, Kota Bharu, Perdana Trail, Rawlins Eats, Rawlins Travels,
Istana Batu yang mempamerkan hiasan mewah Kesultanan Kelantan
byrawlins, byrawlinsdotcom, Destination Malaysia, food review, Hotel Perdana Kota Bharu, hotel review, kelantan, Kota Bharu, Perdana Trail, Rawlins Eats, Rawlins Travels,
Family Picture of Perdana Trail [Kredit to +Mira Cikcit]
Di dalam Istana Batu, pelawat dapat melihat secara dekat perhiasan istana pada suatu masa dahulu termasuk pasu-pasu berharga serta lukisan-lukisan lama. The palace feels so homey that we all decided to take a 'family photo' inside the palace.

Nasi Ulam Cikgu
Kampung Kraftangan is located right in front of Istana Batu, a place where all local and traditional handicraft of Kelantan is displayed. 
Kebetulan kami tiba di sini pada waktu tengah hari, maka kami terus menuju ke Nasi Ulam Cikgu. 
byrawlins, byrawlinsdotcom, Destination Malaysia, food review, Hotel Perdana Kota Bharu, hotel review, kelantan, Kota Bharu, Perdana Trail, Rawlins Eats, Rawlins Travels,
Welcome to Kampung Kraftangan
Being an Iban, I should be brave in facing my fears and all, right? NOPE.
When it comes to food, I am the most 'not Iban' in my family.
I do not eat exotic dishes (phyton, ulat sago etc) even though Ibans love them. 
Why?
The thought of such animals still alive and eat me from inside haunts me everytime I see them. 

Begitu juga apabila nama makanan itu pelik-pelik - tahi itik, sup ekor, telinga kel*ng, otak-otak dsb.
Terus terbayang fizikal 'tahi itik', 'ekor' dan 'otak'. Memang selera tertutup apabila melihat dan mendengar nama-nama juadah itu.
Manakala ikan keli memang saya tak makan sebab kelihatan seperti ular. 
Ewww. Saya geli ular!
Oh ya, budu, cencaluk dan durian pun saya tak makan sebab tak tahan dengan bau di dalam mulut sendiri. [Mesti ada yang akan kata saya berlagak lepas ni but ini bukan mengada but kes imaginasi melampau]

Namun, apabila dah sampai di Nasi Ulam Cikgu, hidangan utama adalah dua ekor ikan keli goreng yang maha besar. Tetapi fizikalnya tidak kelihatan seperti ular. Hurm.
Takpe.
Then, di tengah-tengah meja, ada budu dan cencaluk - and the group is supposed to have all those for lunch.
Nak menolak, nanti dikatakan tidak sopan, maka saya beranikan diri mencubit kecil daging ikan keli, digaul bersama budu dan tempoyak dan digaul bersama nasi panas yang dihidangkan.
byrawlins, byrawlinsdotcom, Destination Malaysia, food review, Hotel Perdana Kota Bharu, hotel review, kelantan, Kota Bharu, Perdana Trail, Rawlins Eats, Rawlins Travels,
Jamuan makan tengah hari yang LAZAT!
Berbekal doa agar tidak kegelian, saya menyuap nasi yang digaul bersama ikan keli dan budu ke dalam mulut. 
MasyaAllah!!!
Sedapnya! 
Lazat! 
Dan tanpa sedar, meja kami adalah meja yang telah menambah nasi sebanyak 3 kali dan budu sebanyak 2 kali.
Makanan semua licin!
Yeah!
I am fearsome! Dah tak takut dengan keli, budu dan tempoyak!
Cayalah Nasi Ulam Cikgu!
Dah masak dengan kasih sayang, harganya pun murah!
Terima kasih Hotel Perdana Kota Bharu dan Destination Malaysia kerana telah berjaya mengubah ketakutan saya kepada suatu obsesi sekarang!
byrawlins, byrawlinsdotcom, Destination Malaysia, food review, Hotel Perdana Kota Bharu, hotel review, kelantan, Kota Bharu, Perdana Trail, Rawlins Eats, Rawlins Travels,
Persembahan silat
Setelah selesai menjamu selera, kami bergerak ke ruang tengah di Kampung Kraftangan untuk menikmati tiupan serunai/ nafiri berserta persembahan silat di situ. Riuh-rendah jadinya apabila kumpulan kami menyanyi bersama dengan dendangan serunai yang dimainkan.

Muzium Islam
Selang 10 minit berjalan kaki dari Kampung Kraftangan, kami tiba di Muzium Islam. Pada ketika itu, di ruang atas muzium sedang berlangsung Pameran Tuk Guru. Di aras bawah dipamerkan sejarah kedatangan Islam di Kelantan dan juga tokoh-tokoh Islam. 
byrawlins, byrawlinsdotcom, Destination Malaysia, food review, Hotel Perdana Kota Bharu, hotel review, kelantan, Kota Bharu, Perdana Trail, Rawlins Eats, Rawlins Travels,
Pameran di aras bawah Muzium Islam
byrawlins, byrawlinsdotcom, Destination Malaysia, food review, Hotel Perdana Kota Bharu, hotel review, kelantan, Kota Bharu, Perdana Trail, Rawlins Eats, Rawlins Travels,
Pameran Tok Guru di aras atas Muzium Islam
Bergerak dari satu gambar ke gambar di Pameran Tok Guru, sebak di hati apabila terkenangkan Tok Guru. Walaupun tidak mengenalinya secara dekat, namun melihatkan kehidupan beliau yang serba sederhana dan merendah diri, saya dapat merasakan betapa besarnya jasa beliau kepada Kelantan dan Malaysia secara amnya. Al-fathihah.

Bank Kerapu
Terletak tidak jauh dari Muzium Izlam adalah Bank Kerapu. 
Nope.
Di sini bukan tempat penyimpanan ikan kerapu tetapi ia merupakan sebuah Muzium Perang [Memorial Peperangan Dunia Kedua] di mana artifak perang, gambar-gambar perang serta Bah Merah dipamerkan.
Menyelusuri setiap gambar dan artifak, terdetik kekesalan di hati bahawa selama ini saya mengabaikan sejarah tanah air sendiri.
byrawlins, byrawlinsdotcom, Destination Malaysia, food review, Hotel Perdana Kota Bharu, hotel review, kelantan, Kota Bharu, Perdana Trail, Rawlins Eats, Rawlins Travels,
Bank Kerapu @ Muzium Perang @ Memorial Peperangan Dunia Kedua
byrawlins, byrawlinsdotcom, Destination Malaysia, food review, Hotel Perdana Kota Bharu, hotel review, kelantan, Kota Bharu, Perdana Trail, Rawlins Eats, Rawlins Travels,
Sebahagian artifak di zaman perang yang dipamerkan
Kelantan adalah titik kemasukan askar-askar Jepun semasa Perang Dunia ke-2 dan juga merupakan titik keluar askar Jepun selepas kekalahan mereka pada 1945. Dalam meneliti setiap gambar di ruangan pameran, rombongan kami berdiam seketika apabila tiba di gambar yang menunjukkan Tok Janggut yang digantung secara terbalik untuk dijadikan amaran kepada warga Kelantan agar tidak menentang British. 
Mahalnya erti kemerdekaan, sehingga tergadai nyawa agar bangsa hidup terbela.

Perdana Trail yang dikelolakan oleh Hotel Perdana Kota Bharu berakhir di Bank Kerapu.
Benarlah seperti madah pujangga "Tak kenal maka tak cinta".
Kini saya sudah jatuh cinta dengan sejarah dan makanan di Kelantan
Banyak perkara berkenaan Kelantan yang tidak disampaikan kepada orang ramai di luar sana, jauh lebih banyak daripada sekadar Pasar Siti Khadijah dan Pulau Perhentian.
And this is just in Kota Bharu.
Terima kasih Hotel Perdana Kota Bharu dan Destination Malaysia kerana memberikan saya peluang untuk menyelongkar dan mengenali Kelantan dengan lebih dekat dan mesra. 

Begitu indah negeri Kelantan
Membuat hari merindu dendam
Makanan dihitung beratus bilangan
Budaya digali berjuta terpendam

Kait kelapa kukur kelapa
Kupas ubi buat pengat
Hendak kulupa tak terlupa
Kerana budi sudah terpahat

Hotel Perdana Kota Bharu
Jalan Mahmood
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 609.745 8888
Faks : 609.748 8855
Emel : inquiry@hotelperdanakotabharu.com
Laman web : Hotel Perdana Kota Bharu
Facebook : Hotel Perdana Kota Bharu
Instagram : Hotel Perdana Kota Bharu
Laman web : Destination Malaysia
Facebook : Destination Malaysia
Instagram : Destination Malaysia
Haiqal Rawlins
012.280.1977

Facebook RSS Twitter

You Might Also Like

4 GLAM People

  1. balik kampung ni kalau time raya memang mimpi la nak berjalan ke Kota Bharu ni,huwarrrrrrrrrrrr...nak jalan sini kena bukan public holiday

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..
      Mesti jam giler kat sini nanti
      Bawa balik Nasi Ulam tau! Hehehe

      Delete
  2. Rawlins lets go back to Kelantan, makan nasi ulam. HAHA

    ReplyDelete

Thanks for the GLAM write-ups


Click Me To Visit Bargain Shoppe

GLAM Comments

Top GLAM Friends

GLAM Tweet

Subscribe