R.I.P.D : The Review


Terima kasih kepada Churp-Churp kerana menjemput saya untuk Churpremier wayang ini.
Teruja sebab nak tengok Ryan Reynolds berlakon kan.
Lagipun, bila menonton trailer dia, cam ada banyak babak yang menarik. Kira ala-ala Supernatural lan #ghetu!

SINOPSIS
Det. Nick Walker telah dikhianati oleh rakan sekerjanya, Det. Bobby Hayes dan mati ketika bertugas.
Det. Bobby yang mengkhianati Det. Nick
Tetapi kerana kebolehannya sebagai seorang detektif, dia tidak terus diadili tetapi dimasukkan dalam satu agensi yang mencari roh-roh yang telah kembali ke bumi dan melakukan kejahatan. Agensi ini dikenali sebagai Rest In Peace Department (R.I.P.D). Roh-roh ini dikenali sebagai Deados.
New partners in action
Rupa kedua-duanya di mata manusia biasa
Det. Nick Walker dipasangkan dengan Roy Pulshiper, seorang Marshal yang hidup di tahun 1800.
Do not tense!
Det. Nick yang tidak berpuas hati dengan pengkhianatan Det. Bobby berhasrat menyelidiki sebab pembunuhannya.
Apabila didapati sebab kematiannya berpunca daripada kepingan emas yang mereka temui ketika operasi, Det. Nick berhasrat mencari punca dengan lebih dalam lagi.

Deados
Didapati bahawa kepingan itu merupakan sebahagian daripada artifak yang dikenali sebagai Staff of Jericho .
Artifak ini mampu mengembalikan semua roh ke bumi dan menjadikan bumi sebagai lokasi terbaru bagi roh ini. Keadaan ini akan menyebabkan kerosakan yang teruk kepada bumi dan menjadikan ianya tidak sesuai diduduki oleh manusia lagi.

Apakah Det. Nick dan Roy mampu menghalang Staff of Jericho ini daripada disatukan dan menjadikan bumi sebagai penempatan Deados?
Adakah Det. Nick dapat bertemu semula dengan isterinya dan menerangkan keadaan sebenar bahawa dia bukan penjenayah?

Penilaian terhadap R.I.P.D :
Plot penceritaan : 4.4/5.0. Jalan cerita yang ringkas dan tidak berat. Adakalanya agak ringan sehingga kita dapat menjangkakan babak yang seterusnya. Pada saya, wayang ini adalah sesuai untuk bergelak sakan. Simple movie but did not fully utilised Ryan's potential. Kualiti CGI juga agak cartoonish.

Penghayatan : 4.7/5.0. Lakonan yang komited daripada semua.  


Will I watch it again 
Saya akan membeli DVD untuk bekalan di kala kebosanan.



Haiqal Rawlins 
012.280.1977 
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam 


Post a Comment

0 Comments