TALIA Belanja Dua Motorsikal untuk Kempen Ramadan Raya


TALIA Belanja Dua Motorsikal untuk Kempen Ramadan Raya | Talia, jenama produk kecantikan dan penjagaan peribadi, mengadakan kempen jualan Ramadan dan Syawal kali ini dengan menawarkan dua buah motorsikal kepada pelanggan setia.

Talia, Glitz Raya Dolly Milk, Glam V, Beauty by Rawlins, Rawlins Lifestyle, Rawlins GLAM

Pengasas Talia, Datin Thalia Baiduri, menyatakan bahawa motorsikal tersebut diberikan sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan yang terus menyokong jenama mereka.

"Salah satu produk yang kami tumpukan pada kempen ini adalah Dolly Milk, susu penggalak keputihan dengan rasa yang sedap dan memberikan kesan yang efektif. Saya berkongsi pengalaman saya sendiri; dahulu saya memiliki kulit gelap, tetapi setelah mengamalkan susu ini selama setahun, Alhamdulillah, saya melihat perubahan yang ketara," katanya dalam sidang media majlis Talia Glitz Raya - Budaya Bertemu Busana bersama rakan media di sini.

Talia, 37, yang mesra dipanggil Bunda Lia, menjelaskan bahawa Dolly Milk diperkaya dengan bahan premium termasuk Korean Pearl Powder dan terdapat dalam dua perisa, iaitu strawberry dan honey dew.

Harga setiap botol Dolly Milk ialah RM55 untuk Semenanjung Malaysia dan RM60 untuk Sabah dan Sarawak.

Talia, Glitz Raya Dolly Milk, Glam V, Beauty by Rawlins, Rawlins Lifestyle, Rawlins GLAM

Mengenai cara untuk memenangi dua motorsikal tersebut, Bunda Lia menjelaskan bahawa setiap pembeli perlu membuat dua pembelian produk Talia, berkongsi dalam hantaran di media sosial, dan menandakan lima rakan.

Selain itu, sempena Syawal ini, lima edisi eksklusif baju raya telah dikeluarkan untuk dikenakan pada pagi lebaran.

"Kami menampilkan lima jenis rekaan dalam lima warna berbeza mengikut koleksi. Rekaan yang ditampilkan adalah moden dan kontemporari, termasuk potongan baju kurung dan kaftan. Yang menariknya, kami juga menyediakan saiz sehingga 2XL dengan harga di bawah RM250 sahaja," katanya.

Lima rekaan busana Syawal ini dinamakan Thalia, Arisya, Dahlia, Iman, dan Baiduri. 

Talia, Glitz Raya Dolly Milk, Glam V, Beauty by Rawlins, Rawlins Lifestyle, Rawlins GLAM

Selain itu, produk lain dari Talia adalah Glam V, yang membantu mengurangkan berat badan dengan perisa terbaru, latte.

Dalam usaha untuk menggalakkan lebih ramai wanita menjadi usahawan, Bunda Lia mengalu-alukan mereka yang berminat untuk bergabung dengan jenama mereka.

"Jadilah sebahagian daripada keluarga kami, dan kami akan membimbing anda ke arah kejayaan," katanya. Bunda Lia sendiri telah aktif dalam perniagaan sejak tahun 2018.

Talia, Glitz Raya Dolly Milk, Glam V, Beauty by Rawlins, Rawlins Lifestyle, Rawlins GLAM
Talia, Glitz Raya Dolly Milk, Glam V, Beauty by Rawlins, Rawlins Lifestyle, Rawlins GLAM

Bunda Lia juga berkongsi bahawa jenama mereka sedang melihat peluang untuk memasuki pasaran Indonesia menerusi produk Dolly Milk. Semuanya masih dalam perancangan dan akan diumumkan sebelum penghujung tahun ini.

Walaupun sibuk, Bunda Lia menegaskan bahawa dia tidak pernah mengabaikan keluarga dan tugasnya sebagai isteri dan ibu.

"Ya, saya mempunyai pembantu rumah, tetapi itu bukan alasan untuk melepaskan tanggungjawab. Saya tetap masuk dapur dan memasak untuk suami dan anak-anak saya. Bagi saya, ini penting untuk menawan hati keluarga dan memastikan mereka mendapat makanan yang bersih dan lazat. Walaupun hanya masakan biasa, ia harus datang dari tangan kita dan kita juga harus mencuri masa untuk tujuan itu," katanya.

Talia, Glitz Raya Dolly Milk, Glam V, Beauty by Rawlins, Rawlins Lifestyle, Rawlins GLAM

Sementara itu, Bunda Lia juga berkongsi bahawa Ramadan ini sangat bermakna baginya kerana dia berpeluang bertemu semula dengan bapanya yang terpisah selama 30 tahun.

"Bagi saya, ini merupakan peluang terbaik untuk membalas jasa bapa saya. Saya tidak mahu terus merenung masa lalu, tetapi bersyukur kepada Allah kerana memberikan saya peluang ini sebagai anak untuk melakukan yang terbaik," katanya.

Sila rujuk sosial media tersebut untuk kisah berkenaan Talia dan juga jika nak membeli produk Talia.

Website | Instagram | TikTok | Facebook | Shopee | 

#Talia #GlitzRaya #ThaliaBaiduri #BeautybyRawlins #RawlinsLifestyle #RawlinsGLAM



Post a Comment

0 Comments