Jom Tonton Teater Tanjong di Istana Budaya


Jom Tonton Teater Tanjong di Istana Budaya | Sekian lama dah tak menonton teater atau live performances. Diriku sebenarnya masih was-was nak berada di lokasi tertutup dengan kelompok yang lain. 

Tapi bila kawan ajak menonton Teater Tanjong yang akan diadakan di Istana Budaya, daku kembali teruja. InsyaAllah, Istana Budaya memang menjaga SOP dan kebersihan dan sanitasi untuk setiap persembahan. So, kurang kegusaran nak menonton di Istana Budaya.

Teater Tanjong, Istana Budaya, Perpatih, Teater, Silat, Aku Budak Minang, Negeri Sembilan, Rawlins Lifestyle, Rawlins GLAM
 

Apakah itu Teater Tanjong? 

Teater Tanjong merupakan sebuah karya teater terbitan Kelab Teater ASAR Negeri Sembilan dan akan dipentaskan di pentas teater terbesar yang paling berprestij di Malaysia, iaitu di Istana Budaya. 

Laman web rasmi Teater Tanjong adalah Teater Tanjong

Kelab Teater ASAR telah diberi kepercayaan untuk mementaskan teater Tanjong di Istana Budaya dan ianya akan berlansung dari 9-11 September 2022.

Objektif dan matlamat pementasan ini adalah bertujuan untuk memberikan wadah buat anak remaja dan kanak-kanak khususnya komuniti ASAR untuk melakukan aktiviti bermanfaat, menyemai minat melakukan aktiviti keseniaan, membentuk keyakinan diri. Sebahagian keuntungan daripada teater ini juga disalurkan bagi membantu keluarga dan pendidikan anak-anak ASAR dan yang memerlukan. 

Kelab Teater ASAR Negeri Sembilan juga amat berbesar hati dengan sokongan dan galakan yang diberikan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Hj. Aminuddin Harun untuk teater Tanjong dan ianya akan dapat mempertabatkan lagi adat perpatih. Beliau juga amat berpuas hati dan merasa bangga dengan perjalanan teater Tanjong sehingga dapat dipersembahkan di Istana Budaya untuk tontonan orang ramai. Kerajaan negeri berharap pementasan teater Tanjong di Istana Budaya, Kuala Lumpur nanti akan berjalan dengan jayanya hasil komitmen semua pihak yang terbabit.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, MOTAC amat berpuas hati, menyokong dan begitu teruja dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua yang terlibat di dalam pementasan Tanjong. Justeru itu, Kelab Teater Asar Negeri Sembilan telah dianugerahkan Geran Padanan Seni Dan Budaya bagi menjayakan pementasan teater Tanjong di Istana Budaya. 

Diharap dengan sokongan yang tidak berbelah bahagi ini akan menyuntik semangat kepada barisan pelakon dan juga semua yang terlibat secara lansung atau tidak langsung bagi menjayakan pementasan Tanjong. Pementasan teater ini juga telah mendapat kerjasama dari Dato Eddin Syazlee Bin Shith, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), UPSI, UiTM, Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan, Lembaga Muzium Negeri Sembilan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan Yayasan Budi. Teater ini juga disokong oleh Mycreative, Cendana dan juga PRISMA. 

Teater Tanjong, Istana Budaya, Perpatih, Teater, Silat, Aku Budak Minang, Negeri Sembilan, Rawlins Lifestyle, Rawlins GLAM
Teater Tanjong, Istana Budaya, Perpatih, Teater, Silat, Aku Budak Minang, Negeri Sembilan, Rawlins Lifestyle, Rawlins GLAM
 

FAKTA MENARIK BERKENAAN TANJONG

Disertakan sedikit fakta menarik berkenaan Teater Tanjong (Sumber)

  • Tanjong merupakan naskah sulong dan arahan Prof Dr. AhmadRashidi Hasan
  • Teater Tanjong dibintangi oleh pelakon handalan, Dato’ Jalaluddin Hassan sebagai Dato’ Perdano Andika dan juga turut disertai oleh Kartunis Ujang dan penyanyi rakyat dan lagenda Negeri Sembilan Ulong Bakar
  • Tenaga kerja yang akan terlibat adalah seramai 150 tenaga termasuk pelakon, pemuzik, penari, pesilat petugas belakang takbir, penata cahaya dan pereka kostum, tatarias dan juga pengurus pentas. Bukan setakat itu, teater ini juga akan disertai oleh 12 siswa dan 28 orang murid sekolah rendah dan menengah
  • Tenaga kerja belakang tadbir pula sebahagian besar terdiri daripada ibu bapa dan ahli keluarga pelakon sendiri 
  • Teater ASAR Negeri Sembilan bermula sebagai sebuah kelab teater kecil di pekan Kuala Pilah dan digerakkan oleh ibu bapa pelakon dan ahli keluarga yang terlibat 
  • Kelab NGO pertama yang membuat pementasan teater di Istana Budaya pada tahun 2022  
  • Teater Tanjong merupakan Teater Purbawara Adat Perpatih
  • Menampilkan pelbagai kebudayaan dan kesenian tempatan seperti 
    • Seni Tarian Negeri Sembilan (tarian piring dan tarian tradisional) 
    • Permainan alat muzik yang sinonim dengan masyarakat Negeri Sembilan (Chak Lempong @ Talempong, tumbuk kalang dan alatan muzik tradisional)  
    • Nyanyian & lagu tradisi (Ilham dari lagu rakyat negeri sembilan)
    • Seni Teromba atau Puisi Adat
    • Persembahan Bongai juga dikenali sebagai Latak Kuda, Rentak Kuda atau Petasih
    • Seni Silat Melayu
    • Pertuturan, dialek dan Loghat Negeri Sembilan atau loghat nogori 
    • Adat Istiadat Kerjan atau Menabal
Teater Tanjong, Istana Budaya, Perpatih, Teater, Silat, Aku Budak Minang, Negeri Sembilan, Rawlins Lifestyle, Rawlins GLAM

SINOPSIS TANJONG

Tanjong menceritakan mengenai krisis yang dilalui Luak Tanjong apabila Bugis dan Belanda menyerang Johor mengakibatkan Datok Penghulu Luak Tanjong, Tok Nagho, terpaksa berlayar ke Tanah Minangkabau untuk memohon perlindungan Pagaruyung. 

Sementara ketiadaannya, Tok Nagho melantik anaknya Baroq untuk menjadi penghulu dan meminta Anjang, rakan karib Baroq dan bakal menantunya, untuk menjaga kelakuan ketika bersama dengan anak perempuannya, Tanjong. 

Namun, dalam perjalanan ke Minangkabau, Tok Nagho meninggal dunia dan mengakibatkan kekosongan tampuk pemerintahan. Mengikut adat perpatih, tampuk pemerintahan seterusnya perlu diserahkan kepada Tok Pedano namun Baroq tidak mahu mengikut aturan adat perpatih dan ingin terus memegang kuasa. 

Ketidaktentuan tampuk kepimpinan ini mengakibatkan berlakunya perselisihan faham dan pertumpahan darah di dalam luak Tanjong. 

Apa konflik yang berlaku? Dan apakah kesudahannya? Semuanya akan terjawap dalam pementasan Tanjong di Istana budaya nanti. 

Teater Tanjong, Istana Budaya, Perpatih, Teater, Silat, Aku Budak Minang, Negeri Sembilan, Rawlins Lifestyle, Rawlins GLAM

Kat mana nak beli tiket?

Tiket teater juga boleh di dapati terus melalui laman sesawang:  

Untuk keterangan lanjut, hubungi Prof Dr. Ahmadrashidi, Sutradara: +60 11-6562 5009 | Norsyuhada Ahmadrashidi, Penerbit: +60 19-670 7943 

Akaun Sosial Media untuk Teater Tanjong 

Website | Facebook | Instagram



Post a Comment

0 Comments