Tips Berniaga @ 2022 oleh Richworks


Tips Berniaga @ 2022 oleh Richworks | Rawlins kini berada di Melaka, menghadiri bengkel yang dianjurkan oleh pejabat untuk perancangan bagi tahun 2022. 

Semalam, setelah selesai makan malam, Rawlins dan rakan-rakan mengambil keputusan untuk bersiar-siar di sekitar Dataran Pahlawan kerana tiada pengisian acara di waktu malam. Menelusuri laluan di dalam Dataran Pahlawan, Rawlins sedikit terkesan apabila melihat banyak ruang niaga yang ditutup dan ditampal dengan notis ‘To Sell/ Let’. Ada beberapa ruang niaga yang masih menjalankan perniagaan meletakkan notis ‘Moving out sale’. Hiba gak tengok rakyat Malaysia berhabis-habisan bekerja untuk menampung kehidupan, tambahan ketika seluruh dunia masih dilanda pandemik global Covid-19 dan Malaysia pula baru-baru ini dilanda musibah banjir besar yang boleh dianggap terburuk dalam sejarah negara kita.

Richworks, Live Session, Rawlins Lifestyle, Rawlins GLAM, Azizan Osman, Extra Income by Rawlins

Dalam pada masing-masing berhempas-pulas mencari rezeki, seluruh negara mendapat pula berita berkenaan kenaikan harga barangan yang dijangka bermula 2022. 

Aduh! Ini memang situasi yang 'diluah mati emak, ditelan mati bapa'. Nak naikkan harga, nanti pengguna tak beli. Kalau tak naikkan, macam mana nak dapatkan keuntungan untuk diri sendiri dan kemandirian bisnes dan juga keluarga?

Demi membantu usahawan-usahawan yang mengalami kebuntuan ini, Datuk Wira Dr. Azizan Osman terpanggil untuk tampil membantu dan berkongsi tips untuk terus cekal, kekal dan tabah dalam menghadapi ujian ini. 

Sehubungan itu, Richworks akan mengadakan Live Session di saluran Telegram Azizan Osman Official pada Ahad ini (13 Feb. 2022), bermula jam 8 pagi.

Richworks, Live Session, Rawlins Lifestyle, Rawlins GLAM, Azizan Osman, Extra Income by Rawlins

Serba Sedikit Berkenaan Richworks dan Datuk Wira Dr Azizan Osman

Khalayak mengetahui bahawa Richworks adalah syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar dan paling berjaya di Malaysia. 

Bermula dari 2008 sehingga kini, Richworks, melalui Master Coach Azizan Osman sendiri telah berjaya melatih lebih dari 10,000 syarikat. Richworks juga telah berjaya menarik perhatian dan kehadiran lebih daripada 1.5 juta peserta melalui lebih daripada 1,500 acara bimbingan dan live seminar serta sesi dalam talian yang telah dianjurkan.

Sumbangan yang saya rasa perlu disebut dan dibanggakan adalah apabila Richworks telah menganjurkan 13 program keusahawanan secara percuma pada 2021 untuk membantu usahawan agar terus bangkit. Program keusahawanan tersebut telah membantu hampir 605,000 usahawan dalam menghadapi krisis dan pandemik global. 

Richworks juga di antara yang tampil membantu mangsa banjir pada 2021 dan merupakan rakan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam membantu usahanita melalui program Wanita Bangkit Berniaga.

Richworks, Live Session, Rawlins Lifestyle, Rawlins GLAM, Azizan Osman, Extra Income by Rawlins

Di antara Tips Perniagaan 2022

Apabila negara digemparkan dengan berita kenaikan harga barangan sekitar 30% sehingga lebih 100%, sudah pasti ianya bukan sahaja memberikan impak negatif kepada pengguna akhir, malah para peniaga sendiri adalah di antara yang terawal merasai kesannya. Maka, semua usahawan perlu sedar, berniaga di tahun 2022 adalah dengan cabaran yang lebih besar berbanding sebelumnya.

  • Ilmu pemasaran sangat penting: Berikutan perjumpaan dengan peniaga Cina, didapati walau ramai yang memilik kilang di China, tetapi kerana kurang pengetahuan berkenaan pemasaran, ramai yang 'mati kutu', malah ada yang sedang tutup, hinggakan ada yang 'gulung tikar'. 

  • Lakukan perubahan pada model perniagaan: Bagi yang dalam proses bangkit, mungkin akan ada yang termangu mendengar berita kenaikan harga barang. Ubah corak perniagaan dan pemasaran agar perniagaan kekal 'segar'. Ini berikutan kuasa membeli semakin kecil dan pembeli tidak membeli seagresif sebelum ini. Alangkan ahli Titanium di bawah bimbingan beliau juga berjuang dengan agresif untuk memastikan perniagaan makin berkembang dan menetapkan momentum positif

  • 'Engagement' itu penting: Bagi yang telah ada perniagaan, perlu melipatgandakan usaha untuk 'engage' dengan pembeli. Rancakkan 'kehadiran' produk di semua platform yang tersedia agar lebih banyak 'visibility' dan mencapai khalayak yang lebih luas

Richworks, Live Session, Rawlins Lifestyle, Rawlins GLAM, Azizan Osman, Extra Income by Rawlins

Banyak lagi tips yang bakal Datuk Wira Dr Azizan Osman kongsikan ketika Live Session pada esok. 

Sepertimana  yang Rawlins pernah tekankan sebelum ini, apabila kita ingin berjaya, berguru pada yang mantap 'track record' dan telah terbukti. 

Dan di sini, bimbingan telah tersedia - terpulang pada anda sudi menerima bantuan yang ingin disampaikan. 

Juga terbukti, jika kita tidak mengikut rentak semasa, sememangnya akan ketinggalan dan kerugian.

Maka, jangan lupa sertai Live Session Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman untuk menyemarakkan lagi perniagaan masing-masing ya.

Semoga usaha ini akan membantu semua.

#Richworks #LiveSession #RawlinsLifestyle #RawlinsGLAM #AzizanOsman #ExtraIncomebyRawlins


 



Post a Comment

12 Comments

  1. Tahniah buat DAO.. dan selamat maju jaya buat semua yang terlibat dalam program ini...

    ReplyDelete
  2. Semoga usaha Azizan Osman dan semua team RichWorks akan dapat bantu para usahawan naikkan semula perniagaan masing-masing. Memang 2022 nampaknya akan lebih mencabar untuk kita semua..

    ReplyDelete
  3. I've read a lot about richworks. But haven't check them out yet. maybe I should check out about them later. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  4. memang sedih kan tengok banyak kedai dan usahawan yang terjejas sekarang ni. Bagus lah ada kelas on line dari DAO ni, harap dapat bantu untuk ramai usahawan di luar sana

    ReplyDelete
  5. Ramai dah berjaya dalam bidang perniagaan hasil perkongsian DOA kan. Richwork mmg kompeni berprofil tinggi. Tahniah Richworks.

    ReplyDelete
  6. His coaching and training session memang bagus, ramai yang berjaya selepas tu.

    ReplyDelete
  7. aura datuk wira ni memang luar biasa, berapa ramai usahawan berjaya yang dihasilkan richworks terbaiklah

    ReplyDelete
  8. True bah! Almost everyone badly affected especially small businesses kan... good to see people still semangat and of course, glad to have Richworks to set the foundation strong once again...

    ReplyDelete
  9. mereka yang berniaga... mesti kena tuntut ilmu dengan mereka yang berpengalaman.. terbaik richworks

    ReplyDelete
  10. Nak berjaya dalam apa jua bidang memang kena ada ilmu. Bagus adanya platform dari Richworks ni untuk bangsa usahawan ni

    ReplyDelete
  11. I have seen quite a look what Azizan Osman his team RichWorks have done. They have been doing great in helping our local entrepreneurs to achieve their dreams.

    ReplyDelete
  12. nampak ramai kengkawan promote pasal ni. kalau diikutkan dia memang bagus kan cuma terletak pada kita rajin ke tak gituuuu

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: rawlins.una@gmail.com