Kesilapan Sebagai Online Entrepreneur


Salam sejahtera semua.
Apa khabar hari ini?

Memandangkan hari ini hari Jumaat, so saya terpanggil untuk berkongsi sedikit etika ketika kita berurusan di atas talian (online).
Ye lah, saya kan #GLAMpreneurs dan kami banyak bergantung kepada kemudahan online untuk mendekati rakan-rakan dan sharing informasi berkenaan perubahan gaya hidup, #GLAM style.

Adakalanya, emosi akan menguasai diri apabila kita berurusan secara online.
Kita kan manusia, memang tidak akan dapat melarikan diri daripada amarah dan kecuaian.

So, kali ini saya nak share sedikit informasi berkenaan beberapa kesilapan yang sebenarnya boleh kita (especially online entrepreneur) wajar elakkan.
Kesilapan-kesilapan kecil ini adakalanya boleh memberikan kesan negatif pada perniagaan kita.
Info ini saya perolehi daripada laman ping ini > Pingler

  • Terlupa untuk memberi maklum balas/ respons (Forgetting To Respond)
Ada masanya, kesibukan menyebabkan kita terlupa untuk membalas kepada pertanyaan daripada potential client. Tambahan sekarang, ruang lingkup media sosial semakin meluas dan setiap individu biasanya memiliki melebihi daripada 1 alat peranti pintar (smartphone etc). Apabila kita lambat memberikan maklumbalas, peratusan untuk potential client mencari peniaga yang lain adalah sangat tinggi. Ruang media sosial ini sewajarnya memudahkan perhubungan kita dengan potential client. Apabila kita lambat, client merasakan bahawa kita tidak begitu memerlukan dia and they will take their business elsewhere, most probably to your friends.
  • Sangat Bersahaja (Being TOO Informal)
Diri anda melambangkan perniagaan yang anda lakukan. Jika anda menjual kosmetik, pastikan diri anda sentiasa kelihatan kemas dan presentable (jangan tunjuk muka baru bangun tidur). Walaupun media sosial adalah berbentuk 'informal dan sosial', kita kena profesional. Lakukan segala urusan anda secara profesional. Begitu juga status updates, jangan terlampau informal. 
  • Mencarut/ Memaki (Saying VULGAR things)
Seperti yang saya sebutkan di atas, be professional. Jika status updates anda sentiasa berbentuk negatif, mencarut atau memaki, saya yakin apa sahaja perniagaan yang anda jalankan tidak akan berkembang. Walaupun perniagaan anda ditujukan kepada golongan dewasa sahaja. Jangan lupa, ada golongan di bawah umur juga yang melayari media sosial, so please be careful with what you say online!
Whatever it is, be professional.
You only get ONE chance on first impression.
Make it count for the right reason!

Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam


Post a Comment

0 Comments