Brick Mansions - The Review


Paul Walker - gone too soon.
That is the only words that I could say about the lead role of Brick Mansions.
Being this movie is one of the movies that he filmed before his demise, understandably, people are eagerly anticipating to watch his work.

Thanks +ChurpChurp for inviting me to watch the premiere of Brick Mansions.

SINOPSIS
Detroit merupakan suatu bandar yang telah diisytiharkan sebagai bandar yang memiliki kadar jenayah paling tinggi. Bagi mengelakkan kejadian jenayah bertambah teruk, sebuah dinding pemisah telah didirikan bagi mengelakkan jenayah merebak jauh. Kawasan ini dikenali sebagai Brick Mansions.

Lino, merupakan seorang penduduk Brick Mansions yang mencuba untuk menyelesaikan masalah jenayah terutama dadah di sekitar kediamannya. Jenayah dadah di dalam Brick Mansions diketuai oleh Tremaine.
Manakala Damien Collier pula adalah seorang pegawai polis yang menyamar dan bekerja dengan George the Greek, penyeludup dadah untuk menumpaskan operasi dadah beliau.

Damien terpaksa membantu Lino untuk membebaskan kekasihnya yang ditangkap oleh Tremaine. Damien sebenarnya ingin membalas dendamnya pada Tremaine kerana telah membunuh ayah Damien. Lino pula dikehendaki oleh Tremaine kerana telah menyebabkan kerugian kepada Tremaine.

Berjayakan Damien membalas dendam terhadap Tremaine?
Dapatkan Brick Mansions dibebaskan dari gejala dadah?

PENILAIAN
Plot : 4.6/5.0. Plot cerita yang ringan dan memfokuskan kepada aksi lagak ngeri yang melibatkan fast cars dan parkour. Walaupun adakalanya skripnya agak lemah, namun dikaburi oleh aksi yang banyak di sepanjang wayang ini.

Penghayatan : 4.6/5.0. Lakonan yang bersahaja dan menjadi oleh Paul Walker. Watak-watak lain perlukan penghayatan yang kuat untuk menjadi namun aksi yang banyak seakan menutup kekurangan ini. 

Will I watch it again : I will buy the DVD.

Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam


Post a Comment

0 Comments