The Call : The Review


Apa yang akan uols lakukan kalau diculik?

MENJERIT?
MENANGIS?
CUBA MELARIKAN DIRI?
PASRAH JE?

Bertenang
Jangan melawan
Pandai cari peluang

Thanks to Nuffnang  dan ChurpChurp sebab bagi tix untuk iols tengok The Call yang penuh pengajaran

SINOPSIS
Jordan
Jordan Tunner adalah seorang operator 911 yang bertugas dan menjawab panggilan kecemasan dari Leah Templeton. Leah memohon bantuan kerana rumahnya dicerobohi dan walaupun mengikut arahan yang diberikan dengan tepat, Leah tetap diculik dan mayatnya dijumpai beberapa hari kemudian.
The Hive
Kejadian ini menyebabkan Jordan trauma. 6 bulan kemudian, Jordan menjadi seorang jurulatih untuk operator baru.
Brooke, seorang operator baru, menerima panggilan dari Casey Welson yang telah diculik dari sebuah pasaraya dan disimpan di dalam bonet kereta. Apabila Brooke tidak dapat membantu Casey, Jordan dengan serta merta mengambil alih panggilan itu dan cuba membantu Casey, walaupun beliau masih lagi trauma dengan kes Leah.

Oleh kerana Casey menggunakan disposable phone, kedudukan Casey yang setepatnya sukar ditentukan. Tetapi Jordan berjaya membantu menenangkan Casey dan memberikan arahan untuk mendapatkan bantuan seperti memecahkan tail light kenderaan tersebut dan mencurahkan cat dari lubang lampu tersebut.
Casey memecahkan tail light dan melambai 
Apabila penculik mengetahui bahawa Casey telah memberikan isyarat kecemasan, beliau bertindak ganas dengan turut menculik seorang lelaki yang cuba memberikan bantuan kepada beliau.

Dengan menggunakan kenderaan baru dan lokasi yang tidak diketahui, Casey menghadapi kemungkinan akan dibunuh.

Apakah kaitan Casey dan Leah?
Dapatkah Jordan menyelamatkan Casey dan mengelakkan kejadian yang sama berulang?
Siapakah penculik itu dan kenapakah dia menculik gadis-gadis remaja?

Penilaian ials terhadap The Call :
Plot penceritaan : 4.7/5.0. Penceritaan yang jelas dalam mengesan punca kejadian yang sebenar.   

Penghayatan : 4.8/5.0. Penghayatan yang bagus dan superb oleh setiap pemegang watak, sampai ke watak sampingan. Lakonan Halle dan Abigal adakalanya menyebabkan iols menitis air mata. Lakonan Abigail yang menunjukkan sebagai mangsa culik yang ketakutan amat menjadi sehingga iols terasa nak menolong beliau. Lakonan MIcheal Eklund sebagai penculik yang sadis adalah amat menjadi. Hate him to the bone!
 

Will I watch it again 
: Will be buying the dvd untuk tontonan di rumah




Facebook : www.facebook.com/rawlins.ichigo
E-mail : rawlins.una@gmail.com
Mobile : 012-2801977


Post a Comment

0 Comments