Sinister : The Review


Sinister poster
Pernah tak uals rasa takut bila pindah ke rumah baru?
Atau pernah tak dengar cerita pasal orang yang dipindahkan ke tempat lain ketika tidur?

Well, Sinister nie bukanlah cerita pasal orang rasa takut pada rumah baru atau dipindahkan ketika tidur
Takde kaitan pun

Apa yang pasti, ials suka tengok cerita seram
Hehehehe

So, last week, my friends and I pergi menonton wayang Sinister nie
Sebab pernah tengok trailer dia a few times so kami semua berpakat nak tengok gak cerita seram nie

Sinopsis
Sinister adalah filem arahan Scott Derickson yang mengisahkan berkenaan pengalaman yang dilalui oleh seorang penulis kisah benar jenayah, Ellison Oswalt

Ellison yang merupakan seorang penulis pernah mencapai zaman kegemilangan beliau dengan penghasilan buku berkenaan jenayah pembunuhan sehingga berjaya menyelesaikan kes tersebut
Apa video ayah aku simpan nie?
Apabila kehabisan idea baru dan juga kesuntukan kewangan, beliau telah berpindah ke rumah yang telah menjadi kawasan pembunuhan kepada sebuah keluarga 
Beliau berpindah ke rumah ini tanpa memberitahu keluarganya akan sejarah rumah tersebut

Beliau ingin merungkai misteri kehilangan seorang anak daripada keluarga tersebut dan sekaligus menjadikan beliau sebagai penulis yang dikenali semula

Ellison menjumpai sekotak filem Super 8 di loteng rumah tersebut dan memutuskan untuk menontonnya di dalam pejabat beliau
Ellison mendapati bahawa filem tersebut merupakan rakaman pembunuhan beberapa keluarga termasuk keluarga yang pernah mendiami rumahnya sekarang
Pembunuhan itu melibatkan pelbagai cara dan rakamannya diberikan tajuk yang santai seperti Sleepy Time '98 (penyembelihan ahli keluarga di bilik tidur), BBQ '79 (keluarga yang dibakar secara hidup-hidup di dalam kereta), Pool Party '66 (keluarga yang dilemaskan di dalam kolam renang), Lawn Work '86 (keluarga dibunuh menggunakan mesin pemotong rumput) dan yang terkini iaitu Hanging Out '11 (keluarga digantung pada pokok di halaman rumah)


Nie nak chat ke tak nie?
Walaupun berasa ngeri dan sedikit takut, Ellison meneruskan menonton rakaman tersebut dengan niat untuk membongkar misteri pembunuhan dan kaitan di antara pembunuhan tersebut

Dalam penelitian tersebut, beliau menyedari bahawa akan muncul satu simbol di lokasi pembunuhan
Setelah merujuk kepada seorang profesor berkaitan simbol tersebut, didapati bahawa ia merujuk kepada Dewa Pagan yang dikenali sebagai Bhuugul
Frust tak masuk Olimpik?
Bhuugul adalah dewa jahat yang 'memakan' roh kanak-kanak , membunuh keluarga mereka dan akhirnya membawa kanak-kanak tersebut ke dalam dunianya


Pose-pose cantik?
Ellison tidak begitu mempedulikan penemuan itu kerana dia tidak mempercayai teori sebegitu

Terjadi banyak kejadian yang pelik dan mengerikan melibatkan keluarganya tetapi Ellison masih menidakkan teori kuasa ghaib tersebut

Sehingga pada suatu malam, projektor filem di loteng rumahnya terpasang dengan sendirinya
Hantu menonton wayang, boleh?

Apabila dia menyiasat, dia mendapati kesemua kanak-kanak yang hilang dari kes pembunuhan itu sedang menonton rakaman tersebut dan Bhuugul muncul secara tiba-tiba di rakaman tersebut
Ketakutan, Ellison membakar kesemua rakaman dan projektor lalu melarikan diri dan keluarganya ke rumah baru

Ketika mengemas di rumah barunya, Ellison menjumpai semula kotak rakaman dan projektor kes pembunuhan itu di loteng rumahnya
Bersama ini, terdapat rakaman baru yang tertulis "Extended endings" yang menunjukkan setiap kes pembunuhan dan kanak-kanak yang hilang sebagai pembunuh keluarga masing-masing

Misteri kan?
Siapa yang membawa rakaman tersebut?
Bukankah telah dibakar?
Apakah kaitan di antara Bhuugul, keluarga Ellison dengan rakaman pembunuhan tersebut?

Penilaian ials terhadap Sinister:
Plot penceritaan : 4.8/5.0. Jalan cerita yang menarik dan tidak membosankan. Penceritaan yang teliti. Mainan pencahayaan dan ruang yang baik sehingga menimbulkan seram di kalangan penonton. Kerapkali terdengar jeritan, bukan hanya di kalangan penonton wanita, malah lelaki kerana kengerian yang tidak dijangka. Pengakhiran yang menakutkan dan sangat tidak sesuai untuk ibu mengandung atau yang mengalami masalah jantung. Dah macam iklan plak dah 

Penghayatan : 4.9/5.0. It is good to see Ethan Hawke make a comeback with a bang in this movie. The kids characters are brilliant!

Will I watch it again : I will buy its DVD.



Facebook : www.facebook.com/rawlins.ichigo
E-mail : rawlins.una@gmail.com
Mobile : 012-2801977



Post a Comment

1 Comments

  1. mampir untuk membantu meramaikan blog ini ^_^

    #Salam sukses dari Yousake NKRI

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: rawlins.una@gmail.com