Dark Shadows : The Review




Johnny Depp dan watak yang freaky adalah sangat tidak boleh dipisahkan
And he is damn cool while doing it

Korang tengok dah Dark Shadows?
Satu lagi arahan Tim Burton yang terkenal ngan citer-citer khayalan sebegini
Ials suka tengok citer Tim Burton sebab make-up effect and special effect dia memang terbaik!
Out of this world
Tak caya?
Tengok je la poster nie



Barisan lakonan oleh Eva Green, Michelle Pfeiffer, Chloe Grace Moretz, Bella Heathcote, Helena Bonham Carter, Gully McGrath, Jackie Earle Hayley dan Jonny Lee Miller memang memantapkan movie nie



Komedi seram ini memang terbaik la

Sinopsis :
Barnabas Collins adalah anak kepada Joshua dan Naomi yang berasal dari Liverpool, England yang telah berhijrah ke Amerika untuk memulakan perniagaan
Keluarga Collins telah membangunkan bandar nelayan yang dinamakan Collinsport di Maine dan menjadi kaya-raya
Selepas 2 dekad, Barnabas pun telah menjadi waris kepada satu perniagaan keluarga yang sangat besar dan kaya. Barnabas juga menjadi gilaan ramai gadis remaja termasuk Angelique yang merupakan pekerja di kediaman Collins
Tetapi, Barnabas tidak mencintai Angelique dan hanya menggunakan Angelique untuk kepuasannya sahaja
Apabila Barnabas secara terang-terangan menolak cinta Angelique dan memilih Josette, Angelique menjadi sangat kecewa dan telah mendalami ilmu sihir untuk membalas dendam ke atas Barnabas
Setelah menjadikan Barnabas yatim piatu, Angelique juga telah memukau Josette untuk membunuh diri dan menyumpah Barnabas menjadi seorang pontianak (vampire) agar dia akan hidup selamanya dalam seksa

Selepas dua abad ditanam hidup-hidup di dalam keranda besi, Barnabas akhirnya terlepas dan mula menjejaki keluarganya



Dia mendapati keluarganya kini hidup dalam kesusahan dan menjadi mangsa kepada Angelique yang masih hidup dan kini menguasai Collinsport
Di sini bermula kisah Barnabas untuk membangkitkan semula nama keluarganya dan begitu juga usaha Angelique untuk memenangi hati dan cinta Barnabas
Aksi Barnabas yang ingin menyesuaikan diri di masa kini banyak kali mengundang tawa di kalangan penonton



Penilaian ials terhadap Dark Shadows :

Penceritaan : Jelas dan ringan : 4.3/5.0
Penghayatan : Lakonan yang mantap oleh semua : 4.6/5.0
Adakah berbaloi untuk ditonton semula : Cukup sekadar sekali sahaja tetapi akan membeli DVD untuk tontonan di rumah, sesuai untuk keluarga
Worth your money watching it in cinema for the first time

CONTACT ME
RAWLINS
Facebook : www.facebook.com/rawlins.ichigo
E-mail : rawlins.una@gmail.com
Mobile : 012-2801977



Post a Comment

2 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: rawlins.una@gmail.com