Hidup ini singkat....


B: Astaga!! Nape nie? Tetiba wat tajuk blog camnie. Ada masalah ke?

A: Tak ada apa-apa. Saja je. Memikirkan diri ini dan ke mana tujuan diri selepas ini.
B: Ala...relaks la. 
A: Tak boleh relaks sebab sudah didatangkan tanda-tandanya kepada diriku.
B: Tanda? Tanda apa?
A: Tanda yang hidup ini singkat.
B: Hah? Apa dia?
A: Kan tempoh hari aku tak sihat. Dua kali masuk hospital. 
B: Tapi kau dah sembuh kan. Aku tengok sihat je kau sekarang.

A: Memang la sihat tapi...
B: Tapi apa? Kau diramal mati awal ke?
A: Takde la kan. Tapi bila dah sakit camtu aku teringat la cakap ayah angkat aku.
B: Apa dia?

A memandang di kejauhan. Matanya menjadi berkaca
MySpace
A: Dia kata, bila dah sembuh tu, bersyukurlah. Maknanya kita masih lagi diberi peluang untuk menebus segala dosa kita. Maknanya Allah swt masih sayangkan kita, tu sebab dia bagi second chance. So, better grab it while it last.
B: Erm...betul gak cakap kau tu.
A: Tu la. Aku takut sebenarnya nie.
B: Takut? Takutkan dosa kau ke?
A: Betul. Dosa yang dilakukan oleh sekujur tubuh ini cukup banyak. Tu yang aku cakap hidup nie singkat. Aku takut masa yang masih bersisa nie tak cukup untuk menebus dosa aku tu.

A dan B senyap. Mengira, mendarab, menolak dan membahagi dosa yang ada. Apakah ada amal untuk dibuat bekalan di sana. Setelah sekian lama kelu, B bersuara semula.
B: InsyaAllah. Allah swt faham niat kita. Berusahalah. Esok lusa, kita tak tau lagi. Yang penting kita usaha.
A: InsyaAllah. Aku usaha.
B: Bagus lah. Kau pun bantu insafkan aku gak.

A: Hurm..sebelum tu...jum la teman aku.
B: Pegi mana?
A: Aku lama dah tak clubbing. Teman aku jom! 
MySpace

Suasana sepi. Kelihatan B diam dan mukanyer menjadi merah padam
MySpace

B: Kau ngan aku kawan kan?
A: Betul. Nape kau tanya?
B: Kau jangan marah ye.
A: Nape?
B: Maafkan perbuatan aku ini.
MySpaceMySpace
B: Mampus lah kau!!! Ingatkan insaf dah!!!



Post a Comment

0 Comments