The Unsung and Persistent Fighter
Bukan satu tugas yang mudah mahu membuka mata rakyat Malaysia untuk berani bersuara, kerana rakyat yang akan lebih terkesan dan merana hidupnya jika didakwa apabila menentang kerajaan berbanding dengan pemimpin yang berpengaruh. Disebabkan itu, apabila pemimpin-pemimpin pembangkang ditangkap, diambil tindakan, mahupun didakwa kerana protes dengan kerajaan sedia ada, rakyat Malaysia majoriti secara jujurnya masih belum membuka mata.
Rentetan tindakan Tun Mahathir yang keluar dari UMNO pada 29 Feb 2016 menyaksikan ramai pemimpin tertinggi parti berkenaan turut dipecat kerana dilihat menjadi orang belakang atau orang kuat kepada Tun M.
Pada asalnya, wanita tersebut sangat terkenal sebagai pemain utama dalam perang siber UMNO Barisan Nasional. Dia yang sangat berpengaruh di dalam Barisan Nasional dan menjadi ikon pakar perang saraf UMNO menjadi aset paling penting yang dimiliki parti itu untuk melawan pembangkang.
Tetapi, wanita itu telah tampil membuat satu tindakan mengejut yang lantas mengubah kehidupannya dengan tidak mempersetujui TPPA (Perjanjian Trans Pacifik) yang sangat kontrovesi pada ketika itu.
Syarul Ema Rena atau terkenal dengan nama 'Ratu Naga' seorang wanita yang menjadi inspirasi rakyat Malaysia untuk berani bangkit bersuara melawan Barisan Nasional.
Berikut merupakan rentetan peristiwa yang terjadi kepada Ratu Naga.
6 Ogos 2015 - Mengeluarkan kenyataan menghina DS Najib Razak kerana TPPA 18 Januari 2016 - Diserbu berbelas-belas pegawai polis di kesdiaman rumahnya selepas TPPA ditanda tangani 26 Febuari 2016 - Didakwa namun mengaku tidak bersalah atas tindakannya 16 April 2016 - Menjadi jentera utama untuk deklarasi rakyat 26 Mei 2016 - Chegubard menyerang Deklarasi Rakyat dengan memfitnah Ratu Naga membeli data 27 Mei 2016 - Ratu Naga menjawab fitnah Chegubard dengan bersumpah 10 Jun 2016 - Ratu Naga menyerbu sidang media Chegubard yang memfitnah namanya dan deklarasi rakyat 5 Ogos2016 - Diserbu pegawai polis dalam keadaan sarat mengandung 21 September 2016 - Diserbu pegawai polis pada tengah malam ketika sedang berpantang 10 Oktober 2016 - Ratu Naga menyertai Parti Keadilan Rakyat untuk menebus salah dan menjadi pengimbang Anwar dan Mahathir 12 Oktober 2016 - Ratu Naga memohon maaf di depan Istana Kehakiman sambil disaksikan beribu penyokong Anwar Ibrahim sewaktu menunggu keputusan perbicaraan Anwar Ibrahim 12 Disember 2016 - Ratu Naga diserang 30 orang Jamal Yunos kerana menghantar bantuan air 12 Jun 2017 - Ratu Naga membawa 500 orang UMNO masuk PKR 3 Febuari 2018 - Ratu Naga serah diri untuk di soal siasat
Wanita kental ini banyak menghabiskan masa membahayakan diri untuk membuka mata rakyat sejak 2015. Pelbagai usaha beliau turut mengundang kontroversi semasa dan walaupun dirintangi pelbagai halangan, beliau tidak pernah patah semangatnya dalam menyuarakan hak rakyat.
*Ini adalah penulisan dari Otai Reformasi sendiri, bukan pendapat atau pendirian dari pihak SK
Sekadar berkongsi informasi dan bukannya pendapat atau pendirian Rawlins GLAM sendiri.
012.280.1977
3 GLAM People
Write GLAM PeopleThere are many unsung & persistent fighters di Malaysia. Thanks to them, we will get to see a brighter tomorrow.
ReplyThanks sharing about her. Before this memang tak pernah tahu dan ambil tahu pun siapa ratu naga ni. Dah baca entry nih baru kenal siapa beliau. Berani tegakkan kebenaran yang diselindungkan
ReplyHave read about "Ratu Naga" in passing on social media, but never bothered to know more about her, or what she has made a name for herself. With this balanced article, I feel compelled to Google more about her.
ReplyThanks for the GLAM write-ups