More Than One : HTC One M9+


HTC One M9+, smartphone, duo camera, HTC, byrawlins, Dolby Audio
HTC One M9+
Tahniah kepada HTC kerana telah melancarkan satu lagi model baru dalam barisan telefon pintar iaitu HTC One M9+ dengan tagline "More Than One".
HTC One M9+, smartphone, duo camera, HTC, byrawlins, Dolby Audio
HTC One M9+ dilancarkan secara rasmi bertempat di Rootz pada 28 April 2015
Kenapa "More Than One"?

Mungkin kerana gabungan warna menarik pada all metalic unibody HTC One M9+ iaitu warna emas dan perak. (Ada warna lain juga 

Mungkin juga kerana adanya Duo Camera dalam menghasilkan gambar yang profesional.

Atau mungkin juga kerana reka bentuk HTC One M9+ merupakan gabungan ciri terbaik daripada HTC One M7 dan HTC One M8 yang mana masing-masing pernah memenangi anugerah kerana ciri-cirinya yang unik. Manakan tidak, pembuatan HTC One M9+ mengambil masa 3 tahun untuk menghasilkan hanya yang terbaik.
HTC One M9+, smartphone, duo camera, HTC, byrawlins, Dolby Audio
Cantik kan model (dua-dua cantik, model telefon dan yang memegangnya)

Sekali pandang, sesungguhnya HTC One M9+ seakan-akan perhiasan berharga dek kerana rekabentuknya yang jitu dan kemas. 

Di antara ciri-ciri pada HTC One M9+ yang menarik perhatian saya adalah :
  1. Duo Camera  yang membolehkan imej yang diambil seperti hasil kerja jurukamera profesional. Kemudahan untuk pengguna mengambil selfie  juga diambil kira dalam pembangunan model ini kerana ia mempunyai kamera depan 4 Ultrapixel dan 20 Megapixel pada kamera belakang.
  2. Pelbagai aplikasi yang membolehkan penggunanya mengedit gambar dengan segera. HTC Sense 7 dengan HTC Eye Experience memudahkan kerja pengeditan gambar dan aplikasi ini memang sesuai bagi para blogger yang sentiasa ingin berkongsi gambar yang profesional dengan kadar segera.
  3. Buat yang gemar menonton apa sahaja menggunakan telefon pintar, HTC One M9+ adalah pilihan terbaik kerana dilengkapi dengan HTC Boomsound - dual front-facing speakers combine with 5.1 channel Dolby Audio , 24-bit high definition sound
  4. Kamera berupaya mengambil gambar dalam kualiti pencahayaan yang sedikit - suatu kualiti yang sangat diperlukan oleh semua orang agar dapat mengabdikan kenangan tak kira di mana jua.
  5. Tambahan terbaru adalah ciri keselamatan Fingerprint sensor. Sensor ini dapat mengenalpasti cop jari empunya, sama ada dalam keadaan menegak, melintang. You can swipe your thumb anywhere, any direction and it will detect it. Cool kan!
HTC One M9+, smartphone, duo camera, HTC, byrawlins, Dolby Audio
Selain Gold + Metal, terdapat Gold + Gold & Gunmetal Grey
Intense kan ciri-ciri ini semua!
Ruang simpanan juga boleh ditingkatkan sehingga 2 TB (ruang asal ialah 32GB) dan memiliki 3GB RAM.

Harga?

Hanya RM2,599 termasuk GST ye.

Pada masa yang sama, HTC Desire 826 juga diperkenalkan dengan harga RM1,359 termasuk GST.

Kedua-dua model ini boleh mula diperolehi mulai 30 April 2015.

Info lanjut ada di HTC
HTC One M9+, smartphone, duo camera, HTC, byrawlins, Dolby Audio
Tahniah Iena Eliena di atas kemenangan
Haiqal Rawlins
012.280.1977
Facebook RSS Twitter


Post a Comment

0 Comments