Focus - Movie Review


Will Smith merupakan pelakon yang berkaliber.
Sejak dari lakonan sebagai Fresh Prince of Bel Air, saya sudah meminati lakonan beliau yang lawak dan bersahaja.
Rasanya dia sudah melakonkan banyak watak - lawak, sedih, serius tetapi rasanya jadi penjahat belum lagi kot.
Will Smith as a baddie?
So, apabila +ChurpChurp menjemput untuk hadir #Churpremiere Focus memang tidak saya lepaskan peluang.

SINOPSIS
Nicky Spurgeon merupakan seorang conman yang mewarisi kemahiran menipu daripada datuk dan ayahnya.
Detik awal perkenalan Nicky dan Jess
Dia menemui Jess yang mencuba untuk menipunya ketika Nicky sedang makan malam.
Apabila Jess mengetahui bahawa skimnya terbongkar dan dia mengetahui bahawa Nicky juga merupakan seorang pakar tipu yang berjaya, Jess meminta untuk belajar sedikit ilmu daripada Nicky.

Kagum dengan kebolehan Nicky, Jess menjejaki Nicky sehingga ke bandar yang lain. Rupa-rupanya Nicky sedang mengumpulkan kumpulan beliau untuk menjalankan aktiviti menyeluk saku dan menipu orang ramai yang hadir untuk menyaksikan perlawanan American Football di bandar tersebut.

Setelah berjaya mendapatkan habuan sebanyak USD1.2 juta, Nicky mengumumkan bahawa tugasan mereka berakhir. Nicky dan Jess yang sudah mulai mesra meneruskan hari mereka dengan menonton perlawanan American Football tersebut.
Aksi mesra Nicky dan Jess
Menonton American Football bersama
My guess is..
Ketika menonton tersebut, mereka terserempak dengan seorang kaki judi yang amat kaya dan ruthless. Pada awalnya Jess bersetuju mereka bertaruh untuk suka-suka tetapi apabila Nicky semakin kalah dan akhirnya meletakkan hasil 'kerja' mereka (USD1.2 juta) sebagai taruhan, Jess mulai marah. Jess juga semakin gentar apabila nasib pertaruhan itu terletak pada dia apabila dia disuruh meneka nombor pemain yang sedang difikirkan oleh lawan mereka.
Amazingly, Jess berjaya meneka nombor yang tepat dan mereka keluar dari padang tersebut dengan keuntungan yang lebih banyak.

Nicky yang teringat pesan ayahnya agar tidak bermain emosi di dalam menjalankan 'kerja' memutuskan untuk meninggalkan Jess begitu sahaja selepas menyerahkan keuntungan Jess.


Tiga tahun kemudian, Nicky bertemu semula dengan Jess apabila dia cuba menipu seorang jutawan litar lumba, Garriga. Jess kini telah menjadi kekasih Garriga dan kehadiran Jess menyebabkan Nicky hilang tumpuan kerana ternyata dia memang benar-benar menyintai Jess.
Stunning Jess
Apakah Nicky akan berjaya menipu Garriga?
Bagaimanakah penyelesaian kepada kisah hati di antara Jess dan Nicky?

PENILAIAN
Plot : 4.9/ 5.0. Penceritaan yang kemas dan sangat twisted sehingga saya sempat pening memikirkan keadaan sebenar dan siapa yang bersalah pada beberapa babak. Believe me, you will never know what actually happens during the movie, in a good way. And you will be emotionally attached to the movie through out the screening too.

Penghayatan : 4.9/ 5.0 Memang thumbs up kepada semua yang terlibat. Penghayatan yang memang superb dan believable.

Will I watch it again : Yes and I will buy the DVD too.

Haiqal Rawlins
012.280.1977
Facebook RSS Twitter Email


Post a Comment

0 Comments