PENIPU!

7:30 AM 21 Comments A+ a-

Amboi!
Kasarnya bahasa ko Rawlins.
Sakitnya hati dengan PENIPU
Maaf.
Terpaksa saya lakukan.

Rasanya dah banyak juga online entrepreneur yang telah mengalami kejadian di tipu di atas talian ni.

Yes.
Bukan hanya pelanggan je kena tipu, malah peniaga pun ada juga ditipu oleh potential client.

So, kisah saya nie terjadi semalam, 25 Disember 2014.

Saya telah post up iklan untuk menjual Samsung Note 3 saya di beberapa FB Groups.
Tak beberapa lama, ada yang mula PM menanda bertanyakan harga, gambar dan segala pertanyaan yang biasa.
Soal jawab bermula sehingga ada seorang nie menunjukkan memang berminat.

So, saya pun menghubungi melalui mesej.
Kemudiannya beralih ke Whatsapp.
Gembira sungguh bila dapat client nak segera
Dia bertanyakan agar disertakan gambar yang lebih jelas menunjukkan fizikal handphone saya tersebut.
Normal lah kan.
Nak beli gajet memang kena detail.
Setelah dia berpuas hati, maka perbincangan diteruskan untuk menentukan masa dan lokasi pertemuan untuk penentuan kali terakhir.
Pada awalnya dia minta agar bertemu pada malam 24 Disember 2014. Saya terpaksa menolak dan mencadangkan agar bertemu pada 26 Disember 2014.

Dia bersetuju dan mencadangkan agar bertemu di Uptown Damansara.

Pada 25 Disember 2014, setelah saya siap membuat back-up untuk semua data yang terdapat dalam handphone  saya, saya hubungi dia semula seandainya boleh saya bertemu dia pada malam 25 Disember 2014. Dia bersetuju untuk bertemu pada jam 8 malam di Uptown Damansara.

Sepanjang hari tersebut, saya masih bermesej dengan dia untuk mengesahkan pertemuan pada malam tersebut.
Almaklum, saya dari Kajang. Kang datang ke Uptown Damansara, tetiba dia busy  atau berubah fikiran, naya pula saya kan.
Dia juga mengesahkan pertemuan dan pada satu ketika, cuba menawar harga yang saya tawarkan.
Saya sampai awal di Uptown Damansara (7:09 malam) dan terus mencari kedai makan.
Sambil itu, saya menghantar mesej memaklumkan bahawa saya telah sampai awal melalui Whatsapp kepada dia tetapi tiada jawapan.
Saya beranggapan dia mungkin sedang solat Maghrib ataupun dalam perjalanan.

Apabila menghampiri jam 8 malam dia masih tidak memberikan sebarang respons, saya terus menghubungi beliau.
Kegusaran mula bercambah.

Berkali-kali saya hubungi tetapi tidak berjawab.
Setelah dicuba berkali-kali, akhirnya dia menjawab panggilan dengan soalan pertama dia "Siapa ni?"

Berderau darah saya mendengar soalannya.
Masih lagi bersangka baik, saya anggap dia tak menyimpan nombor saya dan terus memperkenalkan diri.
Kemudiannya dia kata berkata dia akan sampai lagi 10 minit dan bersetuju untuk bertemu di Starbucks Uptown.

Tak lama selepas itu, dia menghantar mesej kepada saya menyatakan bahawa dia tidak dapat datang kerana tiada kenderaan.
Terus saya merasa marah kerana saya dapat merasakan bahawa dia nie sengaja mempermainkan saya dan menipu saya.

Saya hubungi dia bertalu-talu tetapi dia sudah tidak menjawab panggilan.
Apabila saya bertanyakan kawasan rumah agar saya boleh menghantar handphone itu, lambat sungguh dia nak menjawab. Pun jawapannya berdalih.
Akhirnya apabila saya memaklumkan bahawa saya akan melaporkan kejadian ini, baru dia memohon maaf (KO GHASE).
Apabila saya tengok di FB dia, lain pula lokasinya.

Sudah!
Memang sah AKU KENA TIPU!

So, kawan-kawan, jika ada budak dengan nama seperti tertera di bawah atau dengan nombor telefon di atas menghubungi anda dan menyatakan minat untuk membeli barangan anda, JANGAN LAYAN.

Kang tak pasal-pasal rugi duit minyak dan duit tol.


Haiqal Rawlins
012.280.1977
Facebook RSS Twitter Email

21 GLAM People

Write GLAM People
Friday, 26 December, 2014 delete

Eeeeee bodohnyaaaaa ! Apa dia ingat minyak tu boleh isi gune air ke ? Sedey !

Reply
avatar
Rawlins GLAM
AUTHOR
Friday, 26 December, 2014 delete

Memang sakit hati dengan perangai dia @Nuriesya Nadia

Reply
avatar
KiD
AUTHOR
Friday, 26 December, 2014 delete

jommmm.... kita suh dia jumpa jugak! mohon share... geram lak aku..

Reply
avatar
Chera miche
AUTHOR
Friday, 26 December, 2014 delete

wajib expose! len kali jangan main2..

Reply
avatar
reezluv
AUTHOR
Friday, 26 December, 2014 delete

bersangka baik je le dia ada masalah tu..kalau COD, aku galakkan seller yang tentukan lokasi yang berdekatan dengannya untuk elakkan jadi gini.kalau buyer tu betul-betul nak, dia yang usaha nak pegi..:D itu lebih baik

Reply
avatar
amirnawawi
AUTHOR
Friday, 26 December, 2014 delete

hampuk kepala ngan keybqard.. Geram jugak

Reply
avatar
Friday, 26 December, 2014 delete

Kalau dapat depan2, cepok pun best jugak ni...

Reply
avatar
adarain
AUTHOR
Friday, 26 December, 2014 delete

Dah la jauh dari kajang nak ke damansara. Boleh plak dia loyar buruk plak.

Reply
avatar
Scha Nazri
AUTHOR
Friday, 26 December, 2014 delete

suka suki betul gini. haish. sabar je lah.

Reply
avatar
Rawlins GLAM
AUTHOR
Friday, 26 December, 2014 delete

Buat pengajaran kan. Lain kali jangan mainkan orang

Reply
avatar
Rawlins GLAM
AUTHOR
Friday, 26 December, 2014 delete

Tu la. Jadi pengajaran nie.

Reply
avatar
Rawlins GLAM
AUTHOR
Friday, 26 December, 2014 delete

Lebih dari hempuk kalau boleh

Reply
avatar
Rawlins GLAM
AUTHOR
Friday, 26 December, 2014 delete

Tu la... memang bengang la semalam tu

Reply
avatar
Rawlins GLAM
AUTHOR
Friday, 26 December, 2014 delete

Suka suki makan gigi kang hehehe

Reply
avatar
Wiida Ribbon
AUTHOR
Monday, 29 December, 2014 delete

budak ni nk kena sunat kali kedua ni. mesti tak penah cari duit sendiri tu pasal tak reti pikir. hmm. pantang sikit orng main2 minyak2 ni. ingat minyak toll kete murah? Aish!

Reply
avatar
Rawlins GLAM
AUTHOR
Wednesday, 31 December, 2014 delete

Ke potong terus lagi elok Wiida?
Hahaha

Reply
avatar
Nur Inani
AUTHOR
Wednesday, 31 December, 2014 delete

memang panas hati kalau kena macam ni. suka hati dia je. ingat orang tak dek kerja lain gamaknya.

Reply
avatar
Rawlins GLAM
AUTHOR
Wednesday, 31 December, 2014 delete

Memang panas hati masa tu

Reply
avatar
Emily
AUTHOR
Friday, 21 October, 2016 delete

Was looking at your archives and came across this old post. As a former online seller myself, I too am angry just reading your post. Thank God I never kena because I tak layan COD.

Reply
avatar

Thanks for the GLAM write-ups


Click Me To Visit Bargain Shoppe