Classique Yang Indah

8:00 AM

Pertamanya, diri ini memohon ampun dan maaf sebab lama bebenor tak mengemaskini blog ni.
*Mode membersihkan sawang-sawang di blog*

Almaklum, busy mengejar #JomEropah (ala... yang promote Free Trip Ke Austria dan Hungary tu) dan juga busy dengan kerja hakiki diri ini.

Kesudahannya, terbelangkalai beberapa entry yang akhirnya kini berjaya saya siapkan.
Salah satunya adalah jemputan untuk menghadiri konsert Classique oleh Kumpulan Koir Kebangsaan Malaysia (KKK) di Auditorium DBKL pada 20 September yang lepas.

Pertamanya, ucapan terima kasih kepada para sahabat yang telah menjemput untuk menyaksikan konsert ini.

Sebermulanya persembahan oleh KKK, terus terang saya katakan bahawa saya bangga dengan kemampuan vokal yang dibawakan oleh anak-anak muda ini.
Tersangat kagum adalah understatement untuk menyatakan perasaan saya sepanjang konsert tersebut.

Konsert Classique bukan konsert pertama yang diadakan oleh KKK. Konsert kali ini adalah kesinambungan kepada beberapa konsert yang telah dijalankan pada tahun-tahun sebelum ini. Siri Jelajah Konsert Koir telah bermula seawal 2005 sehingga kini. 

Pelbagai jenis konsep dan genre konsert telah diadakan dan yang paling terkini adalah apabila KKK diundang untuk membuat persembahan sempena Majlis Jamuan Negara Meraikan Tuan Yang Terutama Baracak Obama (Presiden Amerika Syarikat) pada 26 April 2014 di Istana Negara.

Bagi Konsert Classique, barisan lagu Klasik Melayu dan Klasik Barat ditampilkan sebagai kelainan. Ternyata barisan lagu yang dibawa dianggap sebagai mencabar kreativiti KKK dari segi penyampaian dan persembahan.

Dengan menampilkan 40 bakat muda ahli koir dan sebanyak 22 lagu, terus terang saya akui, kualiti yang ditampilkan adalah di tahap yang amat membanggakan. Terutamanya apabila membawakan lagu-lagu bangsa asing!
I WAS BLOWN AWAY!

Persembahan malam itu dibahagikan kepada dua segmen iaitu Segmen Lagu Klasikal Barat dan Lagu Klasikal Melayu.

Lagu Klasikal Barat
  1. Funiculi, Funicula
  2. Weep You No More
  3. Sad Fountains
  4. Il Est Bel Et Bon
  5. Les Filles De Cadix
  6. Brautgesang
  7. Susanna Or Via Sortite (Le Nozze Di Figaro)
  8. Dall'oriente L'astro Del Giorno (Ermione - Act 1)
  9. Matona Mia Cara
  10. Shivering Chorus (King Arthur)
  11. Neighbour's Chorus (La Jolie Parfumeuse)

Lagu Klasikal Melayu
  1. Puteri Ledang
  2. Dia Datang
  3. Medley Jalak Lenteng dan Joget Hitam Manis
  4. Sayang Di Sayang
  5. Bentan Telani
  6. Medley Masri Manis dan Inang Tua
  7. Ketawalah Lagi
  8. Zapin Malam Pengantin
  9. Joget Secawan Kopi
  10. Joget Lambak
Pada malam tersebut, hadirin juga menyaksikan pelancaran album KKM iaitu Voices Of Harmony  yang menampilkan 11 lagu sepertimana ini :
  1. Nuance of Rebab Fantasy
  2. Trek Tek-Tek
  3. Puteri Santubong
  4. Jong-Jong Inai
  5. Enjit-Enjit Semut
  6. Gadis Kampung
  7. Mak Inang
  8. Lancang Kuning Gunung Payung
  9. Kopi Susu
  10. Jambatan Tamparuli
  11. Rancak Bertemu
Bagi seorang yang mencintai seni, pada saya pembawaan dan lontaran vokal oleh semua ahli KKK adalah sangat merdu. 




Semoga usaha JKKN, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia ini akan terus mencambahkan bangsa Malaysia yang mencintai budaya diri dan bermegah berani membawa nama Malaysia ke merata dunia.

Terima kasih kepada Cik Paris Ashiqin kerana sudi menjemput saya untuk menikmati satu lagi keindahan Malaysia.

Ular senduk geraknya melata
Menegak tinggi mematuk sedia
Walau di mana jua berada
Namamu Malaysia di hati sentiasa

Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam

You Might Also Like

0 GLAM People

Thanks for the GLAM write-ups


Click Me To Visit Bargain Shoppe

GLAM Comments

Top GLAM Friends

GLAM Tweet

Subscribe