Blended - The Review


Terima kasih kepada +Churpchurp sebab menjemput saya untuk menonton kolaborasi ketiga oleh Adam Sandler dan Drew Barrymore dalam Blended.

Komedi romantik yang memang menarik!

SINOPSIS
Jim dan Lauren telah melalui blind date  yang sangat teruk sehingga mereka seakan tidak ingin untuk melalui pengalaman bertemu janji lagi.
Temujanji di Hooters yang meninggalkan kesan trauma pada Jim dan Lauren

Jim merupakan seorang bapa tunggal kepada tiga anak gadis yang telah kematian isteri kerana kanser. Manakala Lauren merupakan ibu tunggal kepada 2 orang anak lelaki yang bercerai kerana bekas suaminya curang.
Kejadian memalukan di farmasi apabila masing-masing membeli keperluan anak remaja mereka

Jim adalah pekerja di sebuah kedai peralatan sukan dan dia memakai anak-anak gadisnya dengan pakaian sukan sahaja sehingga anak-anaknya kelihatan seperti lelaki. Lauren pula bekerja sendiri dan merupakan seorang yang sangat tersusun.


Apabila rakan baik Lauren membatalkan percutiannya ke Afrika dengan ketua Jim, Lauren dan Jim telah masing-masing membeli percutian tersebut tanpa mengetahui bahawa mereka akan bercuti ke tempat yang sama.
Keluarga Lauren
Keluarga Jim
Apabila tiba di Afrika, mereka mendapati bahawa mereka didaftarkan di dalam program "family blending" iaitu percubaan untuk menjadikan penyatuan dua keluarga secara harmoni.




Pelbagai aksi lawak yang terjadi kerana keluarga Lauren dan Jim turut saling membenci tetapi 'terpaksa' menjalani aktiviti sebagai suatu keluarga.

Apakah Lauren dan Jim dapat melalui percutian tersebut tanpa mengorbankan perasaan masing-masing?
Bagaimana percutian tersebut membantu perkembangan kedua-dua keluarga ini?

PENILAIAN
Plot : 4.8/ 5.0. Plot penceritaan yang ringan dan teratur. Banyak babak komedi yang membuatkan penonton tidak kering gusi.

Penghayatan : 4.9/ 5.0. Penghayatan yang SUPERB dari semua pelakon dan ini merupakan kolaborasi yang sememangnya sangat menjadi dari Drew dan Adam. Pada awalnya, saya agak skeptikal terhadap lakonan Adam yang semakin hambar dalam filem-filem beliau yang kebelakangan ini. Namun, penghayatan dalam filem ini menyentuh perasaan saya walaupun ini merupakan komedi romantik kerana nilai-nilai kekeluargaan yang disentuh di dalam filem ini.

Will I watch it again : Yes!
Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam
Follow my blog with Bloglovin


Post a Comment

0 Comments