X Men Days of Future Past - The Review


Thanks to Klips.my dan +ChurpChurp kerana menjemput saya dan rakan-rakan untuk menonton sekuel yang ditunggu ramai ini.

Apatah lagi lepas membaca komen +Budiey Isma ketika beliau ke Singapura menjadikan saya semakin tidak sabar untuk menontonnya.

SINOPSIS
Pada tahun 2023, mutan diburu secara agresif oleh Sentinels. Manusia yang membantu ataupun memiliki gen mutan dan bakal mewariskannya juga turut diburu dan dibunuh oleh Sentinel.
Sekumpulan mutan yang cuba melarikan diri berjaya melarikan diri dengan kembali ke masa lampau dengan kebolehan unik pada Shadowcat dan Bishop.
Sentinel yang mampu mengadaptasi diri untuk memusnahkan mutan
Sunspot menyerang Sentinel
Blink menghasilkan portal untuk membolehkan mutan teleport
Apabila mereka bertemu dengan Magneto, Profesor X, Wolverine dan Storm, semuanya bersetuju untuk menghentikan tindakan Mystique yang telah membunuh Dr Blovar Trask pada 1973 yang kemudiannya memulakan Projek Sentinel.
Shadowcat dalam cubaan 'menghantar' Wolverine kembali ke masa lampau
Usaha menghantar Wolverine ke 1973 berjaya dan bermula misi dia untuk mengumpulkan dan menyatukan semua mutan yang dikenalinya pada masa itu, termasuk Magneto dan Profesor X.
Bagi melepaskan Magneto yang ditahan di Pentagon kerana tuduhan membunuh Presiden JFK, mereka mendapatkan bantuan Quiksilver.
Quiksilver menggunakan kebolehannya untuk menyelamatkan Magneto dan sahabat
Manakala Mystique pula pada ketika ini sedang membebaskan rakan-rakan mutannya yang telah dikerah untuk menjadi askar bagi Perang Vietnam. Misinya itu juga merupakan sebahagian dari rancangannya untuk menjejak Trask dan menyelamatkan lebih ramai rakannya dijadikan bahan ujikaji oleh Trask.
Mystique membebaskan rakan-rakannya di Saigon

Apabila terjadi serangan oleh Mystique di Paris telah menyebabkan Presiden Nixon meluluskan Program Sentinel yang akan menjejak mutan dan hanya akan memusnahkan mutan.
Cubaan menghentikan serangan Mystique


Perbalahan di antara Beast dan Magneto
Trask menjadi sangat tertarik dengan kebolehan Mystique yang boleh menyamar menjadi sesiapa sahaja dan mengimpikan bahawa Sentinel juga mempunyai kebolehan untuk mengubah diri menjadi apa sahaja dalam melawan musuhnya kelak. Ini menjadikan beliau mensasarkan Mystique sebagai sasaran utama beliau dalam memburu mutan.
DR Trask obses dengan kebolehan Mystique berazam menjadikan Sentinel memiliki kebolehan unik Mystique
Semasa majlis pelancaran Program Sentinel, Magneto telah menyerang Rumah Putih dan telah mengubah modifikasi Sentinel agar membolehkan dikawal olehnya. 
Pelancaran Program Sentinel

Magneto menyerang Presiden Nixon dan cuba membunuh Dr Trask
Kenapa Mystique menyelamatkan manusia dan menentang Magneto?
Apakah tindakan Magneto menyerang Rumah Putih akan menghapuskan Program Sentinel yang akan memusnahkan mutan di masa akan datang?
Apakah mengubah sejarah akan dapat menukar masa depan menjadi yang lebih selamat?
Storm diserang oleh Sentinel dan terbunuh.



PENILAIAN
Plot : 4.9/5.0. Penceritaan yang mantap dan terkesan. Mungkin juga kerana saya menggemari wayang sebegini menyebabkan saya sedikit bias tapi tak kisahlah. X-Men Days of Future Past menyebabkan saya tidak sabar untuk menantikan sekual berikutnya, Apocalyspe yang dijadualkan tayangannya pada 2016.
Peringatan : Tunggu sehingga selesai kredit kerana ada babak dan watak baru yang akan muncul di penghujung kredit.

Penghayatan : 4.9/5.0. Pembawaan watak yang matang dan berkesan, sama ada watak baru mahupun yang senior. MANTAP!

Will I watch it again : Wanna watch it in 3D and will absolutely buy the DVD.

Haiqal Rawlins 
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam


Post a Comment

0 Comments