Oculus - The Review

7:45 AM

Saya memang suka menonton wayang.
Paling saya suka adalah melibatkan superheroes, supernatural and scary movie!
Poster dia menimbulkan tanda tanya
Apabila saya terbaca review Oculus adalah agak menggalakkan, terus saya mengajak rakan-rakan saya menonton di pawagam.

SINOPSIS
Sebelum menonton, saya cadangkan agar rakan-rakan stay awake sepanjang wayang dan beri perhatian kerana kalau anda terlelap walau sekejap, anda tidak akan dapat memahami jalan cerita Oculus.

Oculus mengisahkan berkenaan sebuah keluarga yang baru berpindah rumah. 
Russell (ayah) telah membeli cermin antik, Lasser Glass dan meletakkannya di ruang pejabat di rumah mereka.
Tidak lama selepas itu, ayahnya mula kelihatan berperangai pelik.
Anak-anak mereka, Tim dan Kaylie juga pernah terlihat wanita dengan mata bersinar bersama ayah mereka di bilik tersebut.
Entiti di dalam Lasser Glass
Ibu mereka, Marie juga mula berperangai pelik setelah merenung cermin tersebut.
Marie merenung ke dalam Lasser Glass
Keadaan semakin teruk apabila Russell mula bertindak ganas dan mengurung Marie di dalam bilik tidur. 
Pada satu kejadian Russell telah menembak mati Marie. 
Walaupun begitu, sebelum Russell berjaya membunuh Tim dan Kaylie, Tim telah terlebih dahulu menembak mati Russell dalam usaha menyelamatkan kakaknya Kaylie.
Russell menenangkan Marie yang hampir mencekik mati Tim
Marie dikurung dan diikat di bilik tidur
Tim dan Kaylie yang ketakutan
Tim dimasukkan ke pusat rawatan mental kerana telah menembak ayahnya sendiri.
Manakala Kaylie pula membesar bersendirian.

11 tahun kemudian, apabila Tim dibebaskan, Kaylie telah menjemput Tim dan membawa Tim kembali ke rumah lama mereka di mana kejadian bunuh ibu dan bapa mereka berlaku.
Tim dan Kaylie selepas dewasa

Tim yang masih dalam rawatan berusaha memujuk Kaylie untuk tidak meneruskan niatnya yang ingin membalas dendam terhadap entiti yang terdapat di dalam sebuah cermin antik yang dikenali sebagai Lasser Glass.
Kaylie bertekad untuk membuktikan bahawa kematian ibu bapa mereka adalah disebabkan oleh entiti yang terdapat di dalam Lasser Glass dan bukannya kejadian bunuh.
Bukti kematian bekas pemilik Lasser Glass

Kaylie juga telah menjalankan kajian yang mana menunjukkan bahawa setiap pemilik Lasser Glass akan mati dalam keadaan yang mengerikan dan tidak logik.

Dengan menggunakan pelbagai kelengkap moden dan sistem alarm yang akan berbunyi setiap 30 minit dan 45 minit, Kaylie nekad untuk meneruskan misinya untuk merungkai misteri Lasser Glass walaupun Tim tidak bersetuju.



Berjayakan Kaylie dan Tim memecahkan rahsia sebenar Lasser Glass?

PENILAIAN
Plot : 4.5/5.0. Plot penceritaan agak mengelirukan kerana flashback scenes  yang terlampau kerap menyebabkan penonton agar sukar untuk mengikuti perkembangan jalan cerita. Walaupun begitu, corak penceritaan adalah agak menarik keran tidak jatuh kepada templat penceritaan wayang seram yang biasa yang melibatkan bunyian yang melampau serta babak mengejutkan yang banyak.

Penghayatan : 4.8/5.0. Walaupun kebanyakan pelakonnya adalah tidak dikenali, saya perlu akui bahawa penghayatan yang ditunjukkan adalah sangat baik. 

Will I watch it again : Cukup sekali walaupun ceritanya menarik untuk ditonton kerana kelainan penceritaannya.
Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam

You Might Also Like

0 GLAM People

Thanks for the GLAM write-ups

GLAM Comments

Recent GLAM

Recent Posts Widget

Top GLAM Friends

GLAM Tweet


Click Me To Visit Bargain Shoppe

Subscribe