Captain America - The Winter Soldier : The Review

9:23 AM

Frankly, saya sebenarnya makin pening sebab banyak sangat dah movie dari Marvel Comics - The Avengers, Thor, Ironman etc and sekarang jalan cerita dia pun dah saling berkait. 
Nevertheless, I was so eager to watch this sequel!
Poster mana satu yang lebih menarik perhatian?
And thanks to +Churpchurp for inviting me to the Churpremiere of Captain America : The Winter Soldier.

SINOPSIS
Selepas dua tahun berlakunya tragedi bersama The Avengers, Captain Steve Rogers @ Captain America (CA) mula menyesuaikan diri dengan kehidupan moden di Washington.
CA dan Falcon jogs in Washington
Ketika dalam misi menyelamat sebuah kapal laut S.H.I.E.L.D yang dirampas oleh lanun Algeria, CA mendapati Black Widow sedang memuatturun data daripada komputer kapal tersebut. Bermula dari kejadian itu, CA mula mempertikai dan mempersoalkan tujuan perjuangannya di samping S.H.I.E.L.D.



Apabila Nick Fury diserang oleh askar yang dikenali sebagai The Winter Soldier dan disahkan meninggal, CA seakan kehilangan arah sehingga dia diarahkan untuk bertemu dengan Alexander Pierce, seorang pegawai kanan di S.H.I.E.L.D. Ketika di bangunan S.H.I.E.L.D, CA diserang oleh pasukan askar S.H.I.E.L.D dan beliau melarikan diri bersama-sama maklumat yang dibekalkan oleh Nick Fury.




CA bertemu dengan Black Widow dan berbekalkan maklumat yang diberikan oleh Nick Fury, mereka telah berjaya menemui ibu pejabat lama S.H.I.E.L.D yang telah ditinggalkan. Di sini, mereka menemui maklumat baru bahawa HYDRA telah menyerap masuk ke dalam S.H.I.E.L.D dan bercadang menggunakan kemudahan dan peralatan canggih S.H.I.E.L.D untuk menakluk Bumi iaitu Helicarrier yang mampu memusnahkan berjuta-juta manusia dalam masa beberapa saat sahaja.

Dengan bantuan sahabat baru CA iaitu Sam Wilson yang turut dikenali sebagai Falcon, mereka berusaha menjejak musuh di dalam selimut dan memusnahkan pergerakan ini.






Adakah mereka berjaya memusnahkan HYDRA yang kini merupakan sebahagian daripada S.H.I.E.L.D?
Siapakah The Winter Soldier?

p.s : Please tunggu sehingga credits selesai sebab ada penampilan baru (actually ada dua scenes sepanjang credits)
Skasikan kemunculan Scarlet Witch dan Quiksilver

PENILAIAN
Plot : 4.7/5.0. Plot yang menarik sebab agak twisted. Walaupun ada cliche menyatakan sequel biasanya tidak menarik, saya rasakan sequel ini agak menarik dan engaging. Plot cerita yang agak twisted menyebabkan saya tertarik untuk mengetahui scene berikutnya.

Penghayatan : 4.8/5.0. Dengan tambahan pelakon seperti Robert Redford, Emily VanCamp, Anthony Mackie, Sebastian Stan dan lain-lain, it is a star-studded movie. Penghayatan memang terbaik. But I can't help feeling that Emily VanCamp adalah seperti Emily Thorne gak. Vengeful! But I still love her!

Will I watch it again : Yes, probably in 3D the next time.

Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam

You Might Also Like

4 GLAM People

  1. Replies
    1. Silakan @macikz konah! Memang best!!

      Delete
  2. memang tertunggu2 sekuel movie Captain America ni...sememangnya movie Marvel's ni saling berkait2...siapa yang tak pernah layan memang akan kata movie ni tak best...

    P.S - lebih suka suit Captain America semasa perlawanan akhir dengan The Winter Soldier tu berbanding iaitu suit yang digunakan masa sekuel pertama CA...suit CA masa movie The Avengers (2012) nampak pelik...hee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha....
      Yang penting semua kelihatan sexy kan @Ezad Skytech

      Delete

Thanks for the GLAM write-ups


Click Me To Visit Bargain Shoppe

GLAM Comments

Recent GLAM

Recent Posts Widget

Top GLAM Friends

GLAM Tweet

Subscribe