Paranormal Activity - The Marked Ones : The Review
8:30 AM
Thanks to Churp-Churp sebab menjemput saya untuk #churpremiere bagi Paranormal Activity : The Marked Ones.
SINOPSIS
Jesse dan Hector adalah dua remaja yang baru selesai sekolah tinggi.
Dengan menggunakan peralatan GoPro, kamera mudah alih, mereka mendapati jiran di aras bawah rumah Jesse mengamalkan suatu ritual yang pelik.
Apabila jiran tersebut mati dibunuh oleh rakan mereka, Jesse dan Hector memberanikan diri memasuki rumah jiran itu untuk menyiasat kegiatan sebenar jiran itu. Apabila mereka menemui ruang di bawah tanah dan pelbagai peralatan yang mencurigakan, mereka menjadi takut.
Kemudiannya, Jesse mendapati terdapat tanda gigitan pada lengan beliau yang tidak diketahui asal-usulnya.
Setelah kejadian itu, Jesse seakan-akan mempunyai kuasa luar biasa di mana dia boleh mencederakan orang lain tanpa mendekati mereka dan juga boleh terapung.
Jesse kemudiannya mendapati dia mula berasa murung dan pemarah.
Perubahan pada Jesse menyebabkan Hector dan ahli keluarga Jesse mencari kaedah untuk mengubati beliau yang dipercayai telah dirasuk oleh kuasa jahat.
Didapati juga bahawa kejadian rasukan pada Jesse bukan yang pertama terjadi.
Apakah tindakan rakan dan ahli keluarga Jesse akan membantu menyelamatkan Jesse?
PENILAIAN
Plot : 4.6/5.0. Jika anda tidak menonton siri-siri yang awal, anda mungkin akan terkeliru dengan pengakhiran siri ini. Walaupun begitu, jalan cerita kali ini lebih jelas dan actually boleh berdiri sendiri tanpa mengaitkannya dengan siri-siri terdahulu.
Penghayatan : 4.7/ 5.0. Lakonan Jesse dan Hector memang menjadi, walaupun tidak saya kenali pelakon-pelakonnya.
Will I watch it again : Yes, and I will buy the DVD too.
I, as the owner of the blog WILL NOT BE RESPONSIBLE for any damage/ loss/ risk (personally or otherwise) that occurs directly or indirectly upon the use of any information/ content obtained from this blog.
Your wisdom as a reader is highly appreciated to make the best decision for yourself.
I will not be responsible for any comments posted and it is the sole responsibility of the commentators themselves.
The articles published are just personal opinions for future references.
Saya, sebagai pemilik blog ini secara khususnya TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB terhadap apa jua kerosakan/ kehilangan/ kerugian/ risiko (secara peribadi atau sebaliknya) yang terjadi secara langsung atau tidak di atas penggunaan apa jua maklumat/ kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Kebijaksanaan anda sebagai pembaca adalah amat diharapkan untuk membuat keputusan yang terbaik untuk diri anda.
Saya juga tidak akan bertanggungjawab ke atas segala komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Artikel yang disiarkan adalah sekadar pendapat peribadi yang ingin dikongsi bersama dan juga sebagai koleksi rujukan peribadi di masa akan datang.
3 GLAM�comments
Oh best jugak lah eh cerita ni? :O
ReplyDeleteWahhh~ Heheheh
Saya rasa best
DeleteTapi jangan terlalu mengharap sebab semua Paranormal Activity mempunyai jalan cerita yang lebih kurang sama je
wow.. rating tinggi jugak ni.. macam best je.. phewwww..
ReplyDeleteThanks for the GLAM write-ups