The Hobbit - The Desolation of Smaug : The Review

8:30 AM

Sebagaimana Lord of The Rings menjadi fenomena antarabangsa, The Hobbit pun dijangka akan melalui kegemilangan yang serupa.

So, apabila Churp-Churp menjemput saya untuk menghadiri Churpremiere untuk The Hobbit : The Desolation of Smaug, sudah pasti saya menyatakan persetujuan saya dengan segera.

SINOPSIS
Ini adalah second installment  untuk siri The Hobbit.

Pengembaraan kali ini mengisahkan perjalanan Thorin dan kumpulannya bersama Gandalf menjejak Arkenstone di Lonely Mountain yang didiami oleh Smaug.
Apabila terpaksa meneruskan perjalanan bersendirian tanpa Gandalf di Mirkwood, Thorin dan kumpulannya berhadapan dengan serangan labah-labah gergasi.
Bantuan daripada wood elves yang diketuai oleh Legolas dan Tauriel telah berjaya menyelamatkan mereka daripada menjadi mangsa labah-labah gergasi. Sebaliknya mereka ditangkap oleh Legolas dan dipenjarakan.

Dengan bantuan Bilbo yang ghaib apabila memakai One Ring, kumpulan Thorin berjaya melepaskan diri dari penjara dan melarikan diri menggunakan tong wain yang dibuang melalui sungai.

Tetapi usaha mereka ini disedari oleh Tauriel dan Legolas yang segera mengekori mereka.
Apabila sampai di pagar sempadan negara Elves, kumpulan Orc telah menyerang hendap semua Elves dan juga Thorin serta kumpulannya.

Dengan bantuan oleh Tauriel dan Legolas, kumpulan Thorin berjaya menyelamatkan diri sehingga bertemu dengan Bard.
Bard bersetuju membawa mereka ke Esgaroth di mana mereka berjaya mendapatkan sokongan penduduknya untuk merampas Lonely Mountain daripada Smaug.
Gandalf pula telah menjejak kubur Nazgul yang telah dipecahmasuk dan dikuatiri telah dibangkitkan semula oleh kuasa hitam, Necromancer. 
Apabile bertembung dengan kumpulan Orc yang diketuai oleh Azog, Gandalf telah hampir tewas ketika bertarung dengan Necromancer yang akhirnya diketahui identiti beliau iaitu Sauron.
Dengan bantuan Bilbo, Thorin dan kumpulannya berjaya memasuki Lonely Mountain dan memulakan operasi mencari Arkenstone.
Apakah Thorin dan kumpulannya akan berjaya menemukan Arkenstone?
Apakah mereka akan berjaya menewaskan Smaug dan menawan semula Lonely Mountain?

PENILAIAN
Plot : 4.7/5.0. Jalan cerita yang a bit predictable, ringan dan bersahaja. Bagi yang sudah menonton LOTR, kita dapat menjangkakan plot penceritaan bagi The Hobbit.

Penghayatan : 4.7/5.0. Lakonan yang komited. 

Will I Watch It Again : 4.6/5.0. I would but in my own home. Tayangan selama 2 jam 35 minit mungkin boleh menyebabkan anda mengantuk.

Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam

You Might Also Like

9 GLAM People

  1. Best bestttt cita ni ! Tapi masa premiere haritu boleh pulak sangkut sangkut. :D
    Eksaited nak tunggu yang next pula. Nak tau apa jadi dengan naga tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul
      Saya pun tak menyabar nak tunggu next @Nuriesya Nadia

      Delete
  2. awesome. my fav movie. tak pernah miss pun dari LOTR

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama le kita @Ija Rased
      Siap buat ulangkaji LOTR sebelum tonton hobbit

      Delete
  3. ika pun tengok juga ni masa premiere screening...ada juga buat review di blog ika...
    overall memang best! :)
    ni first time ika tengok the hobbit, encik tunang suruh tengok series LOTR n the first hobbit untuk faham cerita :)

    ReplyDelete
  4. Yang ni pun MB tak sempat nak tonton lagi...macam best..

    ReplyDelete

Thanks for the GLAM write-ups


Click Me To Visit Bargain Shoppe

GLAM Comments

Top GLAM Friends

GLAM Tweet

Subscribe