Enough Said : The Review

8:30 AM

Pernah tak anda merasa sebegini selepas anda telah memutuskan hubungan dengan kekasih/ pasangan anda?

Hehehehe. 
Saya pernah merasa begitu.
Tapi untuk meneruskan hidup dengan sihat, sewajarnya kita jangan mencari kesalahan bekas pasangan kita, malah sebaiknya kita menilai kekurangan diri dan tidak membanding-bandingkan di antara pasangan terkini dan pengalaman lampau kita.
Terima kasih kepada Churp-Churp sebab sudi menjemput saya menonton premiere screening Enough Said.

SINOPSIS
Eva adalah seorang pakar urut yang merupakan ibu tunggal kepada Ellen.
Eva and Ellen
Rakan baik beliau, Sarah selalu mencuba untuk memperkenalkan beliau kepada teman baru tetapi selalu tidak berjaya.

Pada suatu majlis meraikan seorang penyajak/ pemuisi, Marianne, dia telah bertemu dengan Albert.
Majlis di mana Eva bertemu Marianne kemudiannya Albert
Marianne kemudiannya telah meminta Eva untuk menjadi pakar urut beliau. Marianne yang kesunyian kerana tiada teman rapat selalu menceritakan perangai bekas suami beliau yang tidak beliau gemari.
Eva menjadi tempat Marianne meluah perasaan
Manakala Albert telah mengajak Eva keluar dan sedikit demi sedikit, mereka telah jatuh cinta. Masing-masing mengetahui bahawa mereka adalah single parent yang mempunyai anak gadis.


Semuanya indah bagi Eva sehingga beliau mengetahui bahawa Albert adalah bekas suami Marianne.

Eva mulai menilai Albert berdasarkan pandangan Marianne.
Eva mulai menilai setiap perilaku Albert berdasarkan cerita Marianne
Eva mentertawakan Albert yang tidak boleh berbisik
Manakala anak beliau, Ellen juga merasakan dirinya mulai jauh dari ibunya apabila ibunya lebih melayan rakab baik Ellen iaitu Chloe.
Apakah inside story berkenaan diri Albert akan merosakkan hubungan Eva dan Albert?
Dapatkan Eva memenangi hati Ellen semula?

PENILAIAN
Plot : 4.8/5.0. Jalan cerita yang bersih, tidak berat dan bersahaja. Banyak babak-babak lucu yang menyebabkan cerita ini sangat cute!

Penghayatan : 4.7/5.0. Lakonan yang superb dari barisan pelakon yang tidak saya kenali. 

Will I Watch it Again : I will buy the DVD.

Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam

You Might Also Like

1 GLAM People

  1. wah keren juga nih mas artikelnya..
    Mkasih mas suda berbagi..
    salam kenal kami dari homestay dijogja ingin menawarkan guest house di jogja kalau mungkin ada yang berminat.
    terima kasih sebelumnya...
    salam kenal semuanya

    ReplyDelete

Thanks for the GLAM write-ups

GLAM Comments

Recent GLAM

Recent Posts Widget

Top GLAM Friends

GLAM Tweet


Click Me To Visit Bargain Shoppe

Subscribe