Carrie : The Review

8:30 AM

Terima kasih Nuffnang sebab tak jemu memberikan saya jemputan untuk premiere screening.
Kali ini adalah untuk tayangan Carrie, remake untuk filem yang sama yang diadaptasi dari novel Stephen King.

SINOPSIS
Carrie adalah anak luar nikah yang dilahirkan oleh ibunya yang obses dengan agama dan pengampunan dosa.
Membesar dalam keadaan sedemikian, Carrie jadi seorang remaja yang suka menjauhkan diri daripada interaksi sosial kerana 'dimomokkan' oleh ibunya dengan dosa dan hukuman oleh Tuhan.
Carrie panik apabila mendapati dia mengalami pendarahan
Carrie dan ibunya meninggalkan kawasan sekolah
Apabila Carrie mengalami datang haid yang pertama di sekolah, dia menjadi takut kerana tidak mengetahui daripada mana datangnya darah tersebut dan menjangkakan beliau akan mati.
Chris Hargensen telah merakamkan kejadian panik tersebut dan kemudiannya memuatnaik rakaman tersebut ke laman media.

Kejadian pertama berkenaan kuasa telekinesis bermula ketika sesi bertemu Pengetua yang berkeras mahu memaklumkan kepada ibu Carrie berkenaan kejadian itu.
Carrie tidak mahu kerana dia takut ibunya akan menghukumnya kelak.
Carrie menjalankan kajian berkenaan kuasa telekinesis beliau 

Ibu Carrie mempercayai bahawa kuasa Carrie adalah hukuman dari Tuhan dan berusaha menghapuskannya
Sue Snell, kawan kepada Chris merasa bersalah kerana mempersendakan Carrie dan berusaha untuk menebus kesilapannya dengan membenarkan teman lelakinya membawa Carrie ke Prom Night mereka.
Carrie dibawa menghadiri Prom Night oleh Tommy, kekasih Sue
Chris yang merasakan dirinya disingkirkan oleh Sue mula merancang untuk membalas dendam kepada Carrie kerana menyebabkan dia digantung sekolah dan tidak dibenarkan menyertai Prom Night.
Apakah yang terjadi sehingga Carrie berlumuran darah? 
Apakah tindakan yang dilakukan oleh Chris untuk membalas dendam?
Bagaimanakah Carrie membalas dendam terhadap semua perbuatan rakan-rakan sekolahnya yang mempersendakannya?

PENILAIAN :
Plot : 4.7/5.0. Plot yang mudah dan tidak berat. Cuma ada kalanya terlampau banyak skrip sehingga mengundang sedikit rasa bosan, di awal wayang.

Penghayatan : 4.9/5.0. Lakonan Julianne Moore dan Chloe Moretz are very believable. Thumbs up!

Will I watch it again : I don't mind watching it again, and I will buy the DVD too.

Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam

You Might Also Like

4 GLAM People

Thanks for the GLAM write-ups


Click Me To Visit Bargain Shoppe

GLAM Comments

Recent GLAM

Recent Posts Widget

Top GLAM Friends

GLAM Tweet

Subscribe