The Mortal Instruments - City of Bones : The Review

8:30 AM

Sukanya saya apabila Nuffnang menjemput untuk premiere screening wayang ini.


Saya suka cerita yang mistik, ada unsur-unsur fantasi nie so anggapan saya bahawa cerita ini adalah seakan-akan Twilight, LOTR dan yang lain-lain yang sewaktu dengannya.

SINOPSIS
Mengisahkan berkenaan titik perubahan dalam kehidupan seorang gadis remaja berusia 15 tahun yang mempunyai kebolehan tersendiri iaitu untuk melihat dunia selain daripada dunia manusia.
Pembunuhan di kelab malam
Clary telah menyaksikan satu pembunuhan ketika berada di dalam sebuah kelab. Tetapi 
yang hairannya, hanya dia yang boleh melihat aksi tersebut manakala manusia lain di sekitar beliau tidak dapat melihat kejadian itu.
Contengan Clary memenuhi bilik tidur beliau
Semenjak kejadian itu, Clary menjadi semakin tertekan kerana pembunuh itu asyik mengekori beliau dan dia juga kerap melukis satu simbol yang dia sendiri tidak mengetahui maksudnya.

Setelah ibunya hilang dan Clary diselamatkan oleh Jace, pembunuh yang mengekori beliau, dunia Clary menjadi semakin berubah.
Calry mencari maklumat
Clary mendapati bahawa ibunya hilang kerana melindungi satu artifak yang boleh digunakan untuk membangunkan sekumpulan Shadowhunter di bawah pimpinan Valentine.

Clary dan Magnus
Misi menyelamatkan Simon
Apabila didapati bahawa minda dan ingatan Clary telah dihalang, beliau dibawa berjumpa Magnus bagi membantu mengembalikan ingatan Clary. Apabila Magnus menolak permohonan itu, Simon pula telah diculik oleh kumpulan Vampire.
Luke menyelamatkan Clary
Luke, kekasih kepada ibu Clary, telah menyelamatkan Clary dan rakan-rakan apabila diserang oleh Vampire. Luke merupakan werewolf yang membantu melindungi Clary.
Isabelle menyelamatkan Simon dan Clary
Di dalam The Institute, lokasi persembunyian Shadowhunter, Clary dan Jace menjadi semakin rapat tetapi perhubungi mereka tidak disenangi oleh Alec.
Hodge dan Clary
Isabelle dan Alec
Kebolehan Clary yang menjadi tarikan
Berdasarkan cebisan ingatan Clary, mereka menjumpai The Mortal Cup dan mengembalikannya kepada Hodge, ketua di Institute. Hodge telah menyerahkan  The Mortal Cup kepada Valentine sebagai ganti untuk membantu menghilangkan sumpahan yang dikenakan kepadanya.

Apakah Clary dapat menemukan semula ibunya?
Apakah Simon akan dapat merebut cinta Clary daripada Jace?
Apakah hubungan sebenar di antara Jace, Clary dan Valentine?

PENILAIAN
Plot Penceritaan : 4.3/5.0. Garapan penceritaan yang longgar dan ada kalanya melalut. Garapan yang tidak kuat menyebabkan penghayatan penonton hilang dan tidak begitu menghayati wayang ini.

Penghayatan : 4.4/5.0. Lakonan Lily Collins agak memberangsangkan tetapi masih belum mencapai tahap yang boleh dibanggakan. Secara umumnya, lakonan kesemua pelakon perlu lebih dipertingkatkan.

Will I watch it again : Tidak. Tetapi mungkin saya akan berubah fikiran selepas menyaksikan sekuelnya kelak.


Haiqal Rawlins 
012.280.1977 
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam 

You Might Also Like

1 GLAM People

  1. rating yg tinggi.. huhu well citer dia serius and dark sangat.. tp bolehlah.. jgn lupa baca review kat blog ni jgak..
    http://syncronizeq.blogspot.com/2013/08/the-mortal-instruments-city-of-bones.html

    ReplyDelete

Thanks for the GLAM write-ups


Click Me To Visit Bargain Shoppe

GLAM Comments

Top GLAM Friends

GLAM Tweet

Subscribe