Turbo : The Review

2:51 PM

Impian kena besar, walaupun kita nie orang biasa-biasa je.
Ini kerana impian akan memotivasi diri kita untuk keluar dari kebiasaan dan menjadi yang luar biasa.

Inilah kesimpulan saya selepas menonton animasi terbaru Dreamworks Animation bertajuk Turbo.
Terima kasih kepada Churp- Churp sebab sudi menjemput saya untuk Churpremiere wayang ini.

SINOPSIS
Theo dan Chet merupakan siput yang hidup di kebun tomato. Chet boleh dikatakan sebagai penyelia di dalam komuniti siput di situ. 
Chet dan Theo di kebun tomato
Berlainan dengan Theo yang obses dengan kelajuan dan sentiasa mencabar dirinya untuk menjadi siput yang terpantas di dalam kumpulan itu.
Dia juga obses dengan pemandu yang terkenal iaitu Guy Gagne dan menjadikan Guy sebagai idolanya.
Obsesi Theo ini menjadi bahan gelak dan gurau di dalam komuniti siput di kebun itu.


Theo yang bosan dengan kehidupan yang 'slow' dan monotonous itu sentiasa mencari cabaran bagi dirinya sendiri.
Untuk bergerak sepanjang pembaris mengambil masa 17 minit!

Pelbagai aksi yang dilakukannya sehingga suatu hari apabila Theo tanpa sengaja telah tersedut ke dalam sistem Nitrous Oxide di dalam sebuah kereta lumba yang sedang berlumba.

Mencuba kepantasan di dalam kebun tomato
Kejadian itu membuat Theo berubah dan boleh memecut, malah lebih laju daripada sebuah kereta.
Keupayaannya ini disedari apabila dia cuba melarikan diri daripada dilanggar oleh budak lelaki yang dikenali sebagai 'Shell Crusher' dan apabila dia cuba menyelamatkan abangnya, Chet daripada dimakan oleh sekumpulan gagak.
Turbo dan Tito
Di situ juga Theo bertemu Tito yang terlibat di dalam perlumbaan siput, walhal dia sepatutnya membantu abangnya meniaga taco.
Apabila menyedari kelajuan Theo, Tito cuba menjadikan Theo sebagai satu fenomena baru bagi melariskan jualan taconya.

Kawanan siput yang ditemui di medan lumba yang diketuai oleh Whiplash - Smoove Move, White Shadow, Burn dan Skidmark membantu Theo menyesuaikan diri.
Aksi perlumbaan siput yang mengundang gelak
Apabila mendengar berkenaan pertandingan Indianapolis 500, pertandingan kereta lumba, Tito mendapat idea untuk menyertainya bagi menyelamatkan perniagaan abangnya dan rakan-rakannya.

Berbekalkan duit yang diberi oleh rakan-rakannya dan mengambil simpanan abangnya, Tito berserta rakan-rakannya termasuk Theo dan kawanan siputnya bergerak ke Indianapolis 500.

Di sana, Theo, yang kini dikenali sebagai Turbo bertemu dengan Guy Gagne secara berdepan.
Guy dan Turbo
Turbo memecut
Detik cemas ketika perlumbaan
Adakah Guy akan membantu Turbo dalam mencapai impian beliau?
Adakah Tito dapat menggantikan semual duit yang digunakannya untuk perlumbaan Indianapolis 500?
Adakah Turbo akan kehilangan kuasanya?

Penilaian terhadap Turbo :
Plot penceritaan : 5.0/5.0. Jalan penceritaan yang kemas, fun dan simplistic. Banyak babak yang mencuit rasa sampai saya gelak tak ingat orang di kiri dan kanan.

Penghayatan 5.0/5.0. Kartun yang melucukan dan memberikan pengajaran.  


Will I watch it again 
YES! Nak cari DVD untuk bagi anak-anak menonton.


Haiqal Rawlins 

012.280.1977 

E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam 

You Might Also Like

0 GLAM People

Thanks for the GLAM write-ups


Click Me To Visit Bargain Shoppe

GLAM Comments

Recent GLAM

Recent Posts Widget

Top GLAM Friends

GLAM Tweet

Subscribe