LIFE IS GOOD | LG Fiesta @ The Curve


Khemah LG Fiesta yang gah!
Wah!
Ada fiesta!
Bertempat di The Curve pada 8 Jun 2013, saya dan beberapa rakan bloggers lain telah mendapat jemputan daripada Bro Framestone untuk join sekali LG Fiesta nie.
Terharunya sebab dapat jemputan daripada beliau.
Thanks Bro.
InshaAllah lain kali akan join jika diberi kesempatan lagi.

Masuk-masuk je kat dalam khemah yang gah itu, saya terpana seketika.
Mak aih!
BESARNYA TV NIE!

Mana tak besarnya. 
Sama besar dengan keempat-empat ahli kumpulan 10 bila berdiri sama-sama tu!
Thanks to Bro Framestone, Makcik Konah dan Syukri Tahir for the amazing cooperation.

84LM9600 adalah TV Ultra HD terbesar yang pertama di dunia!
Saiz monitornya adalah bersamaan dengan 4 biji TV 42' diletakkan bersama-sama.
Besarnya kan!

Ciri Ultra HD dan juga 8.3 Megapixel memang memberikan pengalaman menonton yang sangat SPECTACULAR!

Cukup pasal TV buat masa nie.
Kita beralih kepada Fiesta plak la kan.

Majlis dimulakan oleh dua pengacara yang comel-comel sungguh!

Mereka memaklumkan LG Fiesta adalah bertujuan untuk memaklumkan kepada pengguna berkenaan produk terkini, terbaru dan terhebat.

Pertamanya kami diberikan penerangan berkenaan 84LM9600.

Selain daripada yang saya terangkan di atas tadi, ada banyak lagi kelebihan yang ada pada keluaran terbaru LG yang mengatasi produk yang ada di pasaran.
Amazing features pada 84LM9600
Nak tau lebih lanjut berkenaan features yang amazing nie?
Layari je 84LM9600.

Kemudian kami dibawa melawat kawasan lain di dalam khemah LG Fiesta itu.
Memang menakjubkan sebab kesemua produk terbaru LG memiliki features yang terkini dan hampir sama seperti 84LM9600. 
60LA8600
Seperti model 60LA8600 iaitu LG 60 Inch Cinema 3D Smart TV LA8600.
Features yang menjadi tarikan pada model ini adalah Smart Home, Cinema Screen, 3D World, Miracast, Time Machine dan Magic Remote.

Apa benda itu semua Rawlins?

Well, senang jika nak paham, just layari je 60LA8600.
Kalau nak tau lagi, pergi je ke showroom LG terdekat, confirm anda semua akan terpukau!
Yang pasti, selepas mencuba mana-mana satu produk terbaru LG ini, TV yang ada kat rumah terus rasa cam tak best!
Huhuhuu!
 9.1CH Cinema Sound Home Theater (BH9530TW)
Dan yang paling bestnya adalah, mana-mana produk ini boleh dipasangkan dengan 9.1CH Cinema Sound Home Theater (BH9530TW) untuk pengalaman menonton yang memang out of this world!
BH9530TW terdiri daripada 9 pembesar suara pelbagai arah dan sebuah woofer. Kehadiran 9 pembesar suara pelbagai arah ini memberikan definisi bunyi yang dinamik, tepat dan tulen yang menjadikan kita lupa bahawa kita berada di rumah dan menjadi seakan-akan sebahagian daripada wayang tontonan di rumah.
Bayangkan kalau time menonton Teduhan Kasih, MasterChef Selebriti Malaysia ke, mesti gempak kan! Siap boleh gaduh dengan Papa Ehsan kan kalau ada sistem suara nie kan.

Satu lagi kualiti yang terbaik pada sistem suara ini adalah penggunaan Aramid Fiber yang sangat resistan kepada stimulasi luaran bagi mengurangkan gangguan bunyi (sound distortion).
Di sekitar khemah LG Fiesta, promosi produk terkini LG

Selepas selesai penerangan, kami dibawa masuk semula untuk pertandingan di antara blogger.
Dua bentuk permainan disediakan iaitu Guess The Movie berdasarkan snipet 10 wayang dan juga meniru gaya tarian Oppa Gangnam Style.

Nak tengok sebahagian daripada persembahan Oppa Gangnam Style daripada blogger tak?
Terima kasih Yana Yassin sebab sempat merakam persembahan ini.




Ada banyak lagi video di laman Yana Yassin tu kalau nak tonton.

Seronok bila ramai-ramai blogger berkumpul.
Riuh rendah dalam khemah tu bagaikan ada perhimpunan 1000 orang.
Hehehehe.

Last but not least, thanks to LG and Advertlets sebab sudi menjemput saya.
Latest updates on LG's product >>> Life's Good

Haiqal Rawlins 

012.280.1977 

E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam 


Post a Comment

0 Comments