Fast & Furious 6 : The Review

8:30 AM

Crew Fast & Furious 6

Siapa tak suka tengok cerita Fast & Furious silakan berhenti membaca ye.
Saya peminat tegar cerita ini, walaupun tak tahu menahu sangat pasal kereta.

Semestinya terima kasih kepada Nuffnang sebab menjemput saya ke premiere screening Fast & Furious 6.
Memang ditunggu-tunggu cerita nie.

By the way, kalau nak faham cerita kali ini, better pergi buka balik movie Fast & Furious 5, so that awak semua faham jalan cerita kali ini.

SINOPSIS
Kumpulan di bawah pimpinan Dom telah berpecah dan masing-masing membawa haluan sendiri.
Brian dan Mia telah berkeluarga dan mempunyai anak sendiri, Jack manakala Dom tinggal bersama-sama Elena dan yang lainnya di merata tempat, menjalani kehidupan sebagai penjenayah antarabangsa yang telah bersara.
Penjenayah yang bersara
Apabila Hobbs datang berjumpa Dom dan memaklumkan bahawa Letty masih hidup dan memerlukan bantuan Dom dan krewnya untuk memerangkap kumpulan Shaw yang dikhuatiri mempergunakan kepakaran Letty untuk mencuri cip komputer tentera yang berbahaya, Dom terus bersetuju. 
Cip itu adalah untuk melengkapkan senjata ketenteraan yang dikenali sebagai NightShade yang boleh melumpuhkan kekuatan ketenteraan selama 24 jam.

Dom bersetuju dengan syarat, kumpulan Dom akan mendapat 'amnesty & pardons' atas semua kesalahan mereka (semua kesalahan dihapuskan rekod).
"You are not that hard to find - Was not hiding"
Hobbs dan Riley
Setelah mengumpulkan pasukannya, mereka mula merancang strategi untuk mendekati Shaw dan menggagalkan rancangannya untuk mendapatkan cip ketenteraan.


New and improved rides, extremely different from the last ones
Dom bertemu semula dengan Letty tetapi Letty tidak mengenali Dom kerana dia mengalami masalah hilang ingatan selepas kemalangan.
Keadaan Letty ini telah dipergunakan oleh Shaw untuk menjadikan Letty sebahagian daripada krewnya.
Dom bertemu Letty
Brian pula mendapatkan bantuan dari rakannya di FBI, Stasiak untuk memasukkan dia ke dalam penjara untuk mendapatkan maklumat berkenaan Shaw dari Braga.


Even tank is also the star in this sequel
Berdasarkan maklumat yang diperolehi, krew Dom berjaya menggagalkan rancangan Shaw untuk mendapatkan cip ketenteraan tersebut.


ATAU,

Adakah mereka betul-betul berjaya dalam usaha menggagalkan rancangan Shaw?
Siapakah talam dua muka di dalam krew Dom yang menyebabkan setiap pergerakan mereka diketahui oleh Shaw?
Apakah krew Dom akan berjaya menjalani kehidupan sebagai rakyat bebas selepas menyelesaikan misi ini?


Yang penting, apakah ini adalah filem terakhir dalam Fast & Furious atau mungkinkah akan ada Fast & Furious 7 sebab tiba-tiba mamat di bawah nie muncul plak? Apa kaitan dia dengan Fast & Furious?
Kenapa ada Jason Statham dalam filem nie?
Penilaian terhadap Fast & Furious 6 :
Plot penceritaan : 5.0/5.0. Jalan cerita yang kemas dan memang engaging. Kebijaksanaan mengatur jalan cerita sehingga membawa bersama penonton dalam perjalanan emosi pelakon adalah sangat terbaik. Terdapat juga twist di sepanjang penceritaan yang menyebabkan penonton menjadi tidak sabar untuk mengetahui kesudahannya di babak berikut. Aksi-aksi yang ditampilkan juga adalah terbaik dan sangat believable.  

Penghayatan : 5.0/5.0. Sangat-sangat menjadi. Sampai penonton menjadi tidak senang duduk sepanjang filem ini kerana penceritaan yang jelas sehingga menampilkan emosi lakonan yang menjadi. Terus-terang saya katakan, saya masih lagi cemas, geram dan benci yang bercampur-baur walaupun setelah selesai menonton filem ini.


Will I watch it again 
: Yes! Yes! Yes!

Facebook : www.facebook.com/rawlins.ichigo

E-mail : rawlins.una@gmail.com

Mobile : 012-2801977

You Might Also Like

0 GLAM People

Thanks for the GLAM write-ups


Click Me To Visit Bargain Shoppe

GLAM Comments

Recent GLAM

Recent Posts Widget

Top GLAM Friends

GLAM Tweet

Subscribe