Judge Dredd : The Review


Mana-mana yang membesar pada tahun 1980an mesti pernah menonton cerita Judge Dredd
Back then, I was not so privileged dan tidak dapat menonton Judge Dredd
But what I know is, Arnold was the hero of the movie

So, bila Judge Dredd ditayangkan as a remake pada 2012, ials pun try nak tengok la kan, what the fuss was all about

Sinopsis
Seluruh dunia menjadi satu planet yang tercemar dan digelar The Cursed Earth. Amerika pula dikenali sebagai Mega City One, menempatkan hampir kesemua penduduk Bumi. Kadar jenayah adalah sangat tinggi dan golongan Judge adalah paling berkuasa dalam menegakkan keadilan.
Judge Dredd adalah seorang Judge yang dikenali kerana track-record beliau yang sangat menakjubkan dalam membanteras jenayah.

Suatu hari, beliau telah ditugaskan untuk melatih dan menilai, Cassandra Anderson, Judge baru yang mempunyai kuasa psikik yang sangat menakjubkan. Kebanyakan penduduk Bumi yang dilahirkan di luar benteng Mega City One akan mempunyai kuasa psikik kerana mutasi genetik.
Slo-Mo adalah sejenis dadah yang terbaru di pasaran yang menjadikan penggunanya merasakan bahawa masa bergerak dengan sangat perlahan dan seluruh dunia di dalam warna-warni yang mengasyikkan. MaMa adalah seorang pengedar dadah yang kini menguasai hampir keseluruhan pasaran dadah di Mega One City dan menjadikan Peach Trees, sebuah kediaman beraras tinggi, setinggi 200 tingkat sebagai pusat perniagaan beliau.

Pada hari pertama latihan, Judge Dredd telah membawa Judge Anderson ke Peach Tree untuk menyiasat kes kematian tiga orang penjenayah. Penyiasatan kes homisid ini telah membawa kepada satu faktu baru bahawa MaMa telah menjadikan Peach Tree sebagai pusat pengedaran Slo-Mo dan juga pusat pemerintahan beliau. 
Dengan penangkapan Kay, seorang ahli kanan di bawah kumpulan MaMa, kedua-dua Judge menyedari bahawa Peach Tree juga merupakan makmal penghasilan Slo-Mo. Berazam untuk memusnahkan makmal tersebut dan juga kumpulan MaMa, Judge Dredd dan Judge Anderson berusaha menjejak dan mematahkan pemerintahan MaMa.

Di sini berlaku banyak aksi tembak-menembak, to the extreme dan banyak aksi pecah kepala, perut terburai, darah memancut di merata tempat.
Beware kalau membawa anak kecil yang mudah terpengaruh.
Penggunaan bahasa yang kurang sesuai juga berleluasa di sepanjang movie ini.
Memandangkan MaMa telah menguasai hampir keseluruhan pasaran dadah di Mega City One, maka kumpulan MaMa mempunyai ramai pengikut dan apabila MaMa menawarkan ganjaran yang besar untuk membunuh kedua-dua Judge tersebut, hampir keseluruhan penduduk Peach Trees terlibat dalam misi memburu dan membunuh keduanya.
Bagaimana Judge Dredd dan Judge Anderson menyelesaikan misi mereka untuk mematahkan penguasaan MaMa?
Adakah mereka akan berjaya?
Adakah MaMa akan berjaya membunuh kedua-dua Judge ini dan meneruskan penguasaannya?

That's for me to know and for you to find out!

Penilaian ials terhadap Juge Dredd :
Plot penceritaan : 4.7/5.0. Jalan cerita yang menarik dan tidak membosankan. Ada watak yang tidak dijangka akan muncul dan ada kesudahan yang tidak terduga akan terjadi di sepanjang movie ini. Selitan aksi dan lawak di sana sini menyebabkan jalan penceritaan yang tidak mendatar dan menarik perhatian.

Penghayatan : 4.7/5.0. Penghayatan watak yang menjadi oleh kesemua watak. No complain here!

Will I watch it again : I will buy its DVD.


CONTACT ME TO ADD YOUR MONTHLY INCOME
RAWLINS
Facebook : www.facebook.com/rawlins.ichigo
E-mail : rawlins.una@gmail.com
Mobile : 012-2801977



Post a Comment

0 Comments