The Watch : The Review




Thanks to Nuffnang and ChurpChurp, ials dapat la tengok premiere screening untuk The Watch

Cerita ini adalah berbentuk sains fiksyen komedi (camne tu?)
Pelakonnya pula Ben Stiller, Vince Vaughn, Jonah Hill dan Richard Ayoade

Untuk pengetahuan semua, tajuk asal citer nie adalah Neigbourhood Watch

Wayang nie mengisahkan sekumpulan lelaki dewasa di Glenview, Ohio yang memiliki kehidupan yang selesa dan aman
Mereka menjalankan rutin harian sepertimana biasa sehingga terjadi satu kes kematian misteri yang melibatkan pekerja kepada Evan, di dalam gudang perniagaan beliau.
Evan yang merupakan seorang lelaki yang terlalu mengambil berat akan kebajikan persekitarannya telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan satu jawatankuasa jiran tetangga untuk memastikan keselamatan sekitarannya. Hanya tiga lelaki dewasa yang berminat iaitu Bob, Franklin dan Jamarcus.


Evan merupakan seorang yang komited dan serius terhadap pekerjaan beliau manakala rakan-rakannya yang lain bercadang untuk menggunakan pertubuhan mereka yang dikenali sebagai The Watch untuk dijadikan alasan bagi mereka mencari keseronokan.
Evan yang pada awalnya kurang berkenan dengan niat tersebut, lama-kelamaan turut terjebak sehingga mereka betul-betul terserempak dengan pembunuh yang mengganggu-gugat keamanan perumahan mereka.

Aksi-aksi lucu serta frasa-frasa lawak banyak dilontarkan di sepanjang wayang nie.
Pada awalnya, mungkin akan ada yang sedikit keliru kerana garapan cerita adalah agak serius dan menyerupai wayang Predator.

Sedikit pesanan untuk ibu bapa : Banyak lawak yang melibatkan kemaluan lelaki, so ber very cautious ye!

Plot : 4.5/5.0. Permulaan wayang yang agak serius tetapi semakin ringan dan melucukan selepas pertengahan tayangan. 

Penghayatan watak : 4.7/5.0. Barisan pelawak yang mantap menjadikan penghayatan watak yang menyeronokkan. 

Will I watch it again : Yes, on DVD.
CONTACT ME
RAWLINS 
Facebook : www.facebook.com/rawlins.ichigo
E-mail : rawlins.una@gmail.com
Mobile : 012-2801977


Post a Comment

0 Comments