Bait : The Review

9:00 AM

Pictures credits to AceShowBiz
Thanks to Churp-Churp sebab sudi juga bagi tiket lagi kat saya

Bila tengok tajuk, teringat siri movie Jaws
Siri movie nie menyebabkan saya trauma nak mandi sungai atau laut for sometime

Sinopsis:
Josh, merupakan seorang ahli penyelamat pantai yang telah bersara selepas kematian sahabat karibnya yang juga merupakan bakal adik iparnya. Adik iparnya itu telah menjadi mangsa kepada serangan jerung ketika menggantikan Josh untuk bertugas.

Selepas bersara, Josh bekerja di pasaraya yang terletak berhampiran pantai dan telah memutuskan pertunangannya kepada Tina. 

Doyle pula merupakan seorang lelaki yang telah dipaksa untuk merompak pasaraya tersebut untuk menyelamatkan adiknya.


Ketika rompakan sedang berlaku, tsunami melanda dan telah membanjiri seluruh pasaraya termasuk ruangan meletak kenderaan di bawah pasaraya tersebut.

Apabila ombak telah reda, mangsa yang masih hidup cuba menyelamatkan diri dengan memanjat ke atas para paling tinggi di dalam pasaraya. Kemudian mereka menyedari bahawa terdapat jerung yang terperangkap di dalam pasaraya bersama-sama mereka dan mula mengintai peluang untuk menjadikan mereka sebagai mangsa.


Begitu juga dengan beberapa orang mangsa yang terselamat di ruang meletak kenderaan di bawah tanah. Terdapat juga seekor jerung yang turut terperangkap di situ dan turut mengintai peluang untuk menjadikan mereka mangsa.

Di sini, kita disajikan dengan pelbagai usaha untuk mangsa menyelamatkan diri dan juga rakan-rakan yang terselamat.


 Aksi menyelamatkan mangsa ini banyak mengundang perasaan cemas di kalangan penonton sehingga kerapkali terdengar jeritan.

Ada juga di antara aksi yang disajikan mengundang gelak di kalangan penonton.



Penilaian ials terhadap movie nie :

Plot penceritaan : 4.7/5.0. Not bad untuk cerita yang kita akan tahu jalan ceritanya kerana pernah ada siri Jaws. Tetapi apabila diselitkan babak rompakan, kita menjadi sedikit berdebar dan menantikan "the dark side" di kalangan mangsa muncul apabila ingin menyelamatkan diri.

Penghayatan : 4.8/5.0. Kagum dengan lakonan semua. Believable. Walaupun ada kalanya Josh kelihatan seperti Lara Croft lelaki. 

Will I watch it again : Definitely!






CONTACT ME TO ADD YOUR MONTHLY INCOME
RAWLINS
Facebook : www.facebook.com/rawlins.ichigo
E-mail : rawlins.una@gmail.com
Mobile : 012-2801977

You Might Also Like

4 GLAM People

  1. Thumbs up

    P/s: DOne follow you, like fb you, and also follow twitter

    ReplyDelete
  2. nice movie! im lookin'4ward to watch it :) hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. It is a very good movie
      I recommend to go and watch it!

      Delete

Thanks for the GLAM write-ups


Click Me To Visit Bargain Shoppe

GLAM Comments

Top GLAM Friends

GLAM Tweet

Subscribe