Phishing is not beautiful


Phishing?
Menda tu?
Macam bunyi fishing je

Menurut Wikipedia, phishing adalah satu kaedah untuk mendapatkan maklumat yang super sensitif sepertimana ID (username), kata laluan dan juga maklumat kad kredit dengan menyamarkan diri sebagai sebuah entiti yang boleh dipercayai, yakni dalam kebanyakan kes adalah institusi kewangan atau lebih dikenali sebagai bank dalam kaedah telekomunikasi elektronik.

In a way, phishing ngan fishing nie mempunyai modus operandi yang sama dalam mendapatkan hasilnya. Keduanya menggunakan umpan untuk mendapatkan mangsanya. Bezanya dalam phishing, ia akan menarik keluar segala 'isi perut' dalam akaun kita jika dia berjaya mengait mangsanya.

Dengan teknologi terkini, phishing banyak dijalankan melalui mel-e dan juga sistem pesanan ringkas kepada mana-mana individu. Kebiasaannya, kandungan mesej yang diterima akan mengundang rasa panik pada individu tertentu dan mana-mana individu yang cepat melatah, mereka akan terus memasukkan data peribadi mereka ke alamat lama web yang dibekalkan, yang mana mempunyai laman utama yang serupa dengan entiti yang sebenar.
Perlu diberi perhatian bahawa mana-mana institusi kewangan tidak akan menggunakan mel e / sms untuk mengemaskini data peribadi/ ciri keselamatan pelanggannya.
Jika pelanggan yang panik memasukkan data tanpa merujuk kepada institusi berkenaan terlebih dahulu, maka itu mungkin permulaan kepada kekosongan di dalam akaun bank anda.

Nape tetiba ials citer tentang phishing?
Sebab ials adalah salah seorang pelanggan yang mudah panik
Dan ia telah menyebabkan ials hilang sejumlah wang yang sangat besar jumlahnya.
Nasib ials sedar segera iaitu ambil langkah cek semula kepada bank dan didapati bahawa akaun ials tinggal RM0.01 je! Semua duit ials abis hilang tak sampai sejam!
Terus ials wat laporan polis dan syukur kerana wang itu dapat dijejaki dan dikembalikan kepada ials dalam tempoh seminggu!
Yang kesiannya adalah tuan punya akaun yang digunakan sebagai pelabuhan sementara wang tersebut. Rupa-rupanya beliau tidak menyedari akaun beliau telah digunakan sebagai pelabuhan sementara kerana beliau sudah agak lama tidak menggunakan akaun tersebut.


Contoh mel e yang akan diperolehi adalah seperti berikut :
Confirm Your Identity:
We are performing maintenance, which may interfere with access to your Online Services.

To Confirm Your Identity click the link below.

Kalau dapat mel e / sms yang ada berbau sebegini, call terus ke bank/ institusi berkenaan untuk mengesahkannya. Jangan masukkan sebarang data ke dalam laman web yang dicadangkan tersebut.


Juga dari Kosmo bertarikh 15 September 2011 dalam berita  Awang Hitam kaki kebas duit telah disebut berkenaan operasi sebegini. Kaedah-kaedah phishing adalah seperti di bawah :
So kengkawan, belajarlah menjaga harta kita dengan sebaiknya. Tidak rugi jika kita bertindak lebih berhati-hati daripada menangis tak berair mata kemudiannya. 
Sayang hasil titik peluh jika hilang sebegitu sahaja.

PEACE and LOVE


Post a Comment

4 Comments

  1. hohhoho.. bahya.. makin canggih utk kita, makin canggih lagi utk sindeket2 nih..

    ReplyDelete
  2. diorang nie bijak eva..makin canggih teknologi, makin bijak penjenayah...thanks singgah

    ReplyDelete
  3. Mered mmg selalu hati2 dgn penipu ini..... Sms, emel mencurigakan mmg tak layan....

    ReplyDelete
  4. betul msredcheesecake...senang kalau berhati2...selamat kita

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: rawlins.una@gmail.com