Pengisytiharan Kemerdekaan


Rasanya belum terlambat untuk berkongsi sedikit fakta menarik berkenaan Kemerdekaan.

Untuk makluman semua, disertakan sedikit kisah berkenaan reaksi ALLAHYARHAM TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN ABDUL HAMID HALIMSHAH pada hari pengisytiharan Kemerdekaan Malaysia iaitu 31 Ogos 1957. 





Apabila tarikh Kemerdekaan telah ditentukan, Tunku telah mengarah Jabatan Kerja Raya untuk membina sebuah stadium terbuka yang akan dijadikan tempat pengistiharan Kemerdekaan. Tunku memilih sendiri lokasinya, di sebuah bukit yang rendah berdekatan Jalan Birch dan stadium itu dinamakan 'Stadium Merdeka'.

Stadium Merdeka 5.00 pagi, 31 Ogos 1957, hujan turun dengan lebatnya. Dato' Abdul Razak yang melawat Stadium pada pagi itu gelisah dengan takungan air di tengah-tengah padang di mana Askar Melayu akan mengadakan perbarisan kehormat. Dato' Razak adalah Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Persiapan Kemerdekaan dengan Tunku sendiri adalah Pengerusinya.

7.00 pagi, hujan mulai reda. Dato' Razak menalifon Tunku dan melaporkan keadaan di stadium. Beliau mencadangkan agar ketibaan Raja-raja Melayu, Duke serta isteri dan Pesuruhjaya Tinggi dilewatkan satu jam.

9.00 pagi, langit mulai cerah, rintik-rintik hujan semakin mengecil dan hilang dari pandangan. Perabut dan perhiasan mula dibawa keluar dengan kadar segera. Tunku telah bersiap sedia di rumahnya. Berbaju Melayu hitam, berkain samping, berselitkan keris bersarong gading dipinggang serta bertengkolok songket, Tunku menantikan saat untuk bertolak.

Di Stadium Merdeka, Tunku berdiri gagah menerima ketibaan Duke of Gloucester yang memakai pakaian istiadat ketenteraan British berpangkat Field Marshall. 'God Save The Queen' berkumandang ketika Duke of Gloucester yang merupakan pakcik Queen Elizabeth II masuk dan mengambil tempat. Duke telah diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray.

Raja-raja Melayu pula duduk dipayungi oleh sembilan payung kuning, Yang DiPertuan Agong pula duduk di tengah-tengah, di kirinya Tunku dan di kanannya Duke.

Duke kemudiannya menyerah 'Instrumen Kemerdekaan' yang mana merupakan suatu pengakuan British bahawa ia menyerahkan kedaulatan Pulau Pinang dan Melaka kepada negara baru ini dan seterusnya menarik balik 'perlindungan' yang diberikan kepada negeri-negeri Melayu.

Tunku kemudiannya membacakan pengistiharan Kemerdekaan yang antara lainnya menyebut "Dengan nama Allah, Persekutuan Tanah  Melayu untuk selamanya sebuah negara yang demokratik dan Merdeka". Acapkali suaranya tenggelam dan pekikan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh rakyat sebuah negara baru yang lahir dari suatu perjuangan yang suci.

Seorang anak bangsa yang menyaksikan segalanya di depan mata, menghuraikan pengalamannya, Hujan renyai-renyai menghiasi pagi. Tanpa disedari linangan air mata membasahi pipi. Stadium Merdeka dibanjiri oleh anak-anak bangsa yang datang dari setiap pelusuk negeri. Masing-masing hadir dengan harapan yang tinggi. Menjadi saksi, satu peristiwa yang penuh bererti, yang tidak akan dilupai tersemat disanubari sampai mati. 

Merdeka telah kita miliki 

'Merdeka! Merdeka! Merdeka!



Post a Comment

5 Comments

  1. Apa buktinya Malaysia merdeka pada 1957 sedangkan tidak ada negara yang bernama Malaysia pada tahun tersebut. Negara Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963 di Padang Merdeka, Kota Kinabalu Sabah dengan penggabungan Tanah Melayu. Sabah, Sarawak dan Singapura. Tapi Singapura ketika telah menarik diri kemudiannya.

    Maaf andai berlagak seperti guru, cuma ingin membetulkan fakta yang membuatkan ramai keliru antara MALAYSIA dan TANAH MELAYU.

    Lebih afdal andai kita start perbetulkan fakta. ALLAHYARHAM TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN ABDUL HAMID HALIMSHAH mengisytiharan Kemerdekaan TANAH MELAYU/ MALAYA (bukan MALAYSIA) pada 31 Ogos 1957.

    Sekadar berkongsi :)

    Saya ada membuat entri berkenaan fakta ini di sini: http://ladymariahthehardcoreblogger.blogspot.com/2011/09/apa-buktinya-malaysia-merdeka-54-tahun.html

    ReplyDelete
  2. Ladymariah...bukan ingin memperbetul fakta jua...cuma itu yang telah diwartakan...kita tau bahawa pembentukan Malaysia ialah 16 September 1963...Tapi tarikh keramat yang membawa kepada pembentukan Malaysia bermula pada 31 Ogos 1957...tanpa tarikh itu..apakah mungkin Malaysia terbentuk? Apakah mungkin Sabah, Sarawak dan Singapura mencapai kemerdekaan masing-masing?
    Itulah yang diraikan..tarikh kemenangan yang membolehkan kita semua mengecap kebahagiaan kini...
    Sekadar berkongsi jua..

    ReplyDelete
  3. tapi kalau kita cakap Selamat Hari Merdeka Malaysia 54 kan salah...

    Adalah lebih 'bijak' dan tepat jika Selamat Hari Kemerdekaan Malaya 54 (bukan Malaysia).

    ReplyDelete
  4. Maaf kerana tidak 'sebijak' ladymariah

    Mungkin yang ingin ditimbulkan di sini ialah ia bermulanya titik kemerdekaan untuk semua

    Saya mungkin bodoh tetapi maafkan saya kerana saya ingin bertanya
    Apakah yang menyebabkan ladymariah agak 'angin' dengan '54' dan 'kemerdekaan malaysia'?
    Apakah ladymariah inginkan angka '54' dikurangkan kepada '48' bersesuaian dengan tarikh pembentukan Malaysia?
    Apakah ladymariah ingin juga meraikan tarikh kemerdekaan khusus untuk sabah dan sarawak berbeza dari tarikh kemerdekaan malaysia sekarang iaitu 31 Ogos?

    Saya tidak punya kuasa untuk merubah ini semua
    Maybe ladymariah boleh mengutarakan kepada pihak yang berkenaan untuk mendapatkan maklumbalas yang boleh menenangkan pergolakan rasa ladymariah

    Pada saya, saya bersyukur sarawak turut menerima kemerdekaan lanjutan daripada kemerdekaan tanah melayu dan diiktiraf sebagai sebahagian dari Malaysia
    Tanpa titik keramat itu, saya mungkin tidak berpeluang untuk menikmati keindahan yang saya kecapi kini...

    but hey
    this is just stupid me talking

    ReplyDelete
  5. alah.. siapa yg naik angin.. kita cuma bertukar pendapat...

    Selamat Hari Kemerdekaan ke 54 Tanah Melayu
    Selamat Hari Kemerdekaan ke 48 Sabah (North Borneo)

    Selamat Ulang Tahun Malaysia ke 48 (pada 16 Sepetember ini)

    * Janganlah kita menegakkan benang yang basah. Kalau salah, maka salah la. Kan baik kalau ada orang lain yang kongsikan faktanya... Kalau tidak mahu dicomment entrinya, maka off sahaja comment. Kan adik dah taip kat sana "Meh la komen ke carut ke...tak kisah asalkan ikhlas". Maaflah kalau terkasar bahasa sampai anggap diri bodoh. Huhuhu. Sampai ke situ pulak...

    Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin :)

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: rawlins.una@gmail.com