Tentang Sebuah Rumah dan Rasa Tenang di Laman Sendayan 2


Selamat Tahun Baru 2026 buat semua. 

Masih belum terlambat untuk Rawlins ucapkan Selamat Tahun Baru dan mendoakan agar semua urusan dipermudahkan sepanjang tahun ini. 

Masih ada di kalangan kita yang sedang mencari rumah? 

Jika ada, mungkini ini rezeki korang. Kali ini Rawlins nak kongsi berkenaan satu kawasan kediaman yang memang memikat nurani Rawlins iaitu Laman Sendayan 2. 

Laman Sendayan 2, Matrix Homes, Bandar Sri Sendayan, Smart Home Living, Rawlins GLAM, Rawlins Lifestyle

Bagi Rawlins, memilih lokasi kediaman bukan sekadar soal rumah itu sendiri. Kawasan yang matang, lengkap dengan pelbagai kemudahan dan mudah dihubungi adalah antara perkara paling penting. Atas sebab itu, Laman Sendayan 2 memenuhi banyak ciri yang biasanya menjadi keutamaan dalam membuat keputusan.

Laman Sendayan 2 terletak dalam Bandar Sri Sendayan, sebuah township yang sudah matang dan terancang. 

Kehidupan di sini dikelilingi kemudahan bertaraf dunia yang menyokong gaya hidup seharian. d’Tempat Country Club, sebuah kelab rekreasi terbesar di negeri ini, menjadi ruang untuk aktiviti sukan dan santai bersama keluarga. Matrix Global Schools pula menawarkan sistem pendidikan antarabangsa dan persendirian, sesuai untuk keluarga yang mementingkan kesinambungan pendidikan anak anak.

Laman Sendayan 2, Matrix Homes, Bandar Sri Sendayan, Smart Home Living, Rawlins GLAM, Rawlins Lifestyle

Bagi penggemar aktiviti lasak atau sekadar menjalani hujung minggu yang lebih aktif, X-Park Sendayan menawarkan pelbagai tarikan seperti go-kart, futsal, paintball dan flying fox. Dalam masa yang sama, Sendayan Merchant Square menjadi nadi komersial kawasan ini dengan pelbagai pilihan tempat menjamu selera, membeli-belah dan urusan harian. Kehadiran jenama-jenama popular seperti Watsons, Family Mart, A&W dan Zus Coffee melengkapkan gaya hidup moden tanpa perlu keluar jauh dari Bandar Sri Sendayan.

Sungguh lengkap kan?

Jom kita selidik pula keadaan rumah di Laman Sendayan 2. Sejurus melangkah masuk ke unit rumah contoh, reaksi pertama yang terlintas di fikiran hanyalah satu, 'Selesanya susun atur rumah ni'.

Laman Sendayan 2, Matrix Homes, Bandar Sri Sendayan, Smart Home Living, Rawlins GLAM, Rawlins Lifestyle

Ruang tamu direka dengan konsep terbuka yang membolehkan cahaya semula jadi menerjah masuk ke segenap ruang. Keseluruhan rumah terasa lebih lapang, cerah dan tenang, walaupun berada dalam kategori rumah teres. Dengan keluasan binaan 20’ x 70’ hingga 75’, rumah ini menawarkan ruang dan keselesaan tanpa terasa terlalu padat atau terlalu kosong.

Laman Sendayan 2, Matrix Homes, Bandar Sri Sendayan, Smart Home Living, Rawlins GLAM, Rawlins Lifestyle
Laman Sendayan 2, Matrix Homes, Bandar Sri Sendayan, Smart Home Living, Rawlins GLAM, Rawlins Lifestyle

Reka bentuk rumah ini dilengkapi dengan empat bilik tidur dan tiga bilik air, menjadikannya sesuai untuk keluarga yang sedang membesar atau mereka yang memerlukan ruang tambahan untuk bekerja dari rumah. Susun atur bilik yang praktikal membolehkan setiap ahli keluarga mempunyai ruang sendiri, sesuatu yang semakin penting dalam gaya hidup hari ini. 

Satu perkara kecil yang memberi kesan besar ialah kehadiran bilik air yang tidak perlu dikongsi. Tidak perlu berebut pada waktu pagi, tidak perlu menunggu giliran dan rutin harian pun berjalan lebih lancar. Kadang kadang, keselesaan rumah bukan datang daripada reka bentuk yang mewah, tetapi daripada keputusan susun atur yang bijak dan benar benar memahami keperluan sebenar penghuni

Ciri rumah pintar yang disertakan pula menjadikan kehidupan seharian lebih mudah dan selamat. Kawalan pencahayaan, fungsi tertentu dalam rumah serta ciri keselamatan asas membantu mengurangkan kerisauan, sama ada ketika berada di rumah atau semasa keluar. Ia bukan teknologi yang rumit, tetapi kemudahan kecil yang benar-benar memudahkan rutin harian dan memberi ketenangan fikiran. Kalau terpaksa bekerja lewat pun tidak runsing memikirkan keselamatan keluarga yang berada di rumah. 

Laman Sendayan 2, Matrix Homes, Bandar Sri Sendayan, Smart Home Living, Rawlins GLAM, Rawlins Lifestyle `

Bagi Rawlins, Laman Sendayan 2 bukan sekadar menawarkan sebuah rumah, tetapi satu ruang hidup yang realistik dan selesa untuk jangka panjang. Rumah sebegini menjadikan kita sentiasa tidak sabar untuk kembali selepas bekerja seharian, melepas lelah dan berehat dengan tenang bersama yang tersayang.

Laman Sendayan 2, Matrix Homes, Bandar Sri Sendayan, Smart Home Living, Rawlins GLAM, Rawlins Lifestyle
Laman Sendayan 2, Matrix Homes, Bandar Sri Sendayan, Smart Home Living, Rawlins GLAM, Rawlins Lifestyle

Nie Rawlins nak khabarkan buat yang masih mencari lokasi untuk keluarga korang. 

Pada 10 dan 11 Januari 2026, dari jam 10 pagi hingga 3 petang, Laman Sendayan 2 akan mengadakan Purr & Play Showhome Day

Laman Sendayan 2, Matrix Homes, Bandar Sri Sendayan, Smart Home Living, Rawlins GLAM, Rawlins Lifestyle

Selain berpeluang melihat unit pameran yang baharu, semua juga boleh menikmati pelbagai aktiviti santai untuk seisi keluarga. Yang bestnya,  bagi yang membuat tempahan juga boleh menyertai Blind Box Reward Program di mana anda berpeluang memenangi hadiah gaya hidup seperti Petron E-Fuel Card, Grab Rewards, penginapan Lexis Hibiscus 3H2M, Airwheels Electric Smart Riding Suitcase dan Marshall Stanmore III Bluetooth Speaker.

Maybe, ini adalah peluang yang sesuai untuk melihat dan merasa sendiri suasana Laman Sendayan 2. 

Jika ingin mengetahui lebih lanjut tentang Purr & Play Showhome Day, maklumat lanjut boleh didapati di Matrixtogo.com atau dengan menghubungi 1800 88 2688. Boleh juga imbas pada QR yang ada pada poster di atas. 

Kadang-kadang, keputusan tentang membeli rumah bukan dibuat melalui pelan lantai atau angka semata-mata, tetapi melalui rasa tenang yang hadir apabila kita membayangkan hidup yang lebih mudah, selamat dan seimbang di dalamnya.

#LamanSendayan2 #MatrixHomes #BandarSriSendayan #SmartHomeLiving #RawlinsGLAM #RawlinsLifestyle 




Post a Comment

0 Comments