Mafia Paling Lawak - Laugh Die You II : The Mob


Laugh Die You II - The Mob
Dengar perkataan mafia mesti jadi kecut perut kan?
Tapi yang nie bukan mafia yang dok belasah orang guna kaki sana-sini, tapi mafia yang 'belasah' orang guna lawak iaitu mafia lucu! Confirm kecut perut gak tapi kecut sebab gelak tanpa henti!

Lanjutan daripada 'Laugh Die You' pada Mei lepas, Popcorn Studio membawakan 'Laugh Die You II - The Mob' hence panggilan mafia tadi.
Jika pada 'Laugh Die You' yang lepas menyaksikan 4 orang pelawak dari Singapura dan Malaysia, 'Laugh Die You II - The Mob' akan menampilkan 5 orang pelawak dari Singapura dan Malaysia untuk meneruskan the epic battle of laughter pada 1 - 2 Oktober 2015 bertempat di HGH Convention Centre.
The Godfather
The Mob mengisahkan pertempuran di alam komedi yang bermula kerana 'pencerobohan' pelawak Singapura ke Malaysia. Demi memperjuangkan kemerdekaan, The Godfather (Harith Iskander) bertekad untuk menghentikan 'pencerobohan' tersebut dan telah menghubungi The Contractor, pembunuh upahan yang terkenal di rantau ini.
The Mob
Malaysia diwakili oleh Ikon Lawak Malaysia iaitu Harith Iskander dan juga Malaysia's very own angry Indian, Kavin Jay yang akan menentang Jonathon Artherton (The Don) dan juga Fakkah Fuzz, the Melayu on the wrong side of the Causeway.
The Contractor
Nak tahu tak siapa The Contractor yang akan menjalankan tugas pembasmian pencerobohan sepertimana diarahkan oleh The Godfather?  Tidak lain tidak bukan Phua Chu Kang yang merupakan pembunuh upahan yang tidak kenal belas kasihan.

The two-hour battle will also feature Malaysia's fast-rising, home-grown rock band Hydra.

Why Laugh Die You?
Laugh Die You adalah terjemahan secara langsung daripada frasa Kantonis 'siu sei lei' yang membawa maksud Laugh Die You. Hehe.

Jika taknak ketinggalan zaman daripada menonton 'Laugh Die You II - The Mob', rakan-rakan segeralah menempah tiket masing-masing di VIP.MY. Pembelian sehingga 10 Oktober akan mendapat harga earlybirds (20% discount). Jualan tiket bermula dari RM158 (Silver), RM258 (Gold) dan RM308 (VIP)

Bagi mengelakkan kelewatan tiba ke HGH Convention Centre, saya suka mencadangkan agar rakan-rakan dapatkan perkhidmatan GrabCar. Bagi mendapatkan perkhidmatan teksi percuma, berikut adalah kod promosi yang boleh digunakan :
  • Grabcar - 'LAUGHDIEYOUGC' : dua pengangkutan percuma dengan kadar maksima RM20
  • MyTeksi - 'LAUGHDIEYOUMT' : dua pengangkutan percuma dengan kadar maksima RM5
Manakala yang memerlukan penginapan pula, Seri Pacific Kuala Lumpur memberikan diskaun istimewa iaitu RM330 nett untuk semua bilik (single atau double occupancy berserta sarapan pagi) dengan tempahan awal berserta bukti pembelian tiket 'Laugh Die You II - The Mob'. Bagi syarikat yang ingin memberikan motivasi/ ganjaran kepada kakitangan pun boleh mendapatkan tiket dengan harga istimewa Discounted Corporate.

Bagi mengetahui maklumat terkini, boleh la stalk FB Laugh Die You.

Jom kita tengok mana yang power. Hehehe.
Haiqal Rawlins
012.280.1977
Facebook RSS Twitter


Post a Comment

0 Comments