Jom Uji Bakat Seludup


Astro lancar Seludup?

Hehehe.

Gempak tak?

Sebenarnya, Astro Prima (Saluran 105) dan Mastermind Group Sdn Bhd memperkenalkan satu drama bersiri 13 episod yang bakal menggegar Malayia bertajuk SELUDUPSELUDUP dijangka akan mula ditayangkan mulai penghujung 2014.
Pada 25 Jun 2014 yang lepas, bertempat di Serai Restaurant, KL Life Centre, telah diadakan sebuah sidang media bagi memperkenalkan SELUDUP dan barisan pelakon-pelakonnya. Turut hadir ialah Penerbit Eksekutif SELUDUP iaitu Jehan Miskin.

Sebelum bercerita sikit pasal Seludup nie, meh la kenali siapa pelakon-pelakonnya kan.

Sidang dimaklumkan oleh Jehan bahawa dia memilih SELUDUP selepas memerhatikan kegiatan penyeludupan yang semakin menular di negara ini. Kecenderungan untuk memilih barangan tiruan juga meningkat kerana keadaan ekonomi semasa. Kecenderungan ini juga secara tidak angsung memberi kuasa kepada penjenayah dan kesan negatif kepada masyarakat dan negara.

Seludup berkisar tentang kehidupan Amran yang merupakan seorang nelayan dan usahawan di perkampungan nelayan Teluk Permata. Amran berusaha untuk menentang kegiatan penyeludupan di kampungnya tetapi tindakannya itu membahayakan nyawa dirinya serta insan-insan yang disayanginya.

Bagi anda yang berminat dan berbakat, Mastermind Production Sdn Bhd juga turut mengumumkan pelancaran peraduan #MasukDramaSeludup di mana seorang pemenang lelaki dan seorang pemenang wanita kan dipilih untuk tampil di dalam drama tersebut. Selain itu, mereka juga akan mendapat hadiah menarik bernilai RM6,000 setiap satu.
Bagaimana caranya?

Senang sangat-sangat.
Bagi rakan-rakan yang ada bakat berlakon, just pergi je ke FB SELUDUP (https://www.facebook.com/Seludup) dan muatnaik video diri anda membaca skrip pendek yang telah dibekalkan. Kemudian, ajak kawan-kawan LIKE video tersebut.

Mana tau kan?
Tuah anda boleh menjadi artis dan menang hadiah yang lumayan itu kan.

Nak tahu lebih lanjut pasal uji bakat SELUDUP?
Boleh juga membaca detail di sini (Bit.ly/Seludup)
Jangan lupa follow akaun rasmi SELUDUP di Instagram juga (http://instagram.com/seludup)


Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam


Post a Comment

0 Comments