The Quiet Ones - The Review


Terima kasih kepada Klips Malaysia kerana menjemput saya untuk menonton premiere The Quiet Ones ini.
Kalau wayang seram, memang saya suka la.
Hehehehe

SINOPSIS
Berlatar belakangkan pengajian di Oxford pada 1974, The Quiet Ones mengisahkan ujikaji oleh Prof. Coupland dalam membuktikan bahawa tidak wujud kuasa supernatural dan seangkatan dengannya di dunia ini.
Berdasarkan kejadian misteri yang pernah terjadi pada seorang kanak-kanak lelaki, kumpulan Prof. Coupland menjalankan ujikasi terhadap Jane Harper, seorang anak yatim piatu. Jane telah berpindah ke banyak rumah keluarga angkat dan akan menyebabkan kejadian pelik hingga menyebabkan Jane dipindahkan semula.


Prof. Coupland menjalankan ujikaji dengan menganggap kejadian pelik dan misteri yang terjadi pada Jane boleh 'dibuang' dan Jane akan menjadi normal semula.

Brian, bertugas sebagai jurukamera, mula merasakan kasihan terhadap Jane apabila melihat Jane seakan-akan disiksa setiap kali ujikaji dijalankan.
Semakin mereka menekan Jane, kejadian pelik dan misteri semakin kerap berlaku di sekitar mereka.

Dapatkah Prof. Coupland menyembuhkan Jane dari penyakit misteri tersebut?
Adakah Brian akan dapat menyelamatkan Jane daripada terus dijadikan bahan ujikaji oleh Prof. Coupland?
Apakah kaitan kes tersebut dengan prof Coupland?

PENILAIAN
Plot : 4.6/5.0. Jalan penceritaan yang agak mantap. Corak penceritaan juga tidak seperti wayang seram lain yang memberatkan efek bunyi menyeramkan. 

Penghayatan : 4.7/5.0. Meyakinkan dan memberangsangkan bagi sekumpulan pelakon yang tidak saya kenali. Penghayatan pelakon adalah mantap terutama Jane Harper dan Brian.

Will I watch it again : No, even though it is a good movie.


Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam


Post a Comment

0 Comments