47 Ronin : The Review


Wah!
Agak lama kan tak menonton lakonan Keanu Reeves di layar perak (the ones that counts la kan, Tai Chi Man tak masuk list pun).

Thanks Churp-Churp sebab menjemput saya untuk menonton Churpremiere untuk 47 Ronin, sebuah kisah yang dibangunkan dari kisah benar perjuangan 47 samurai pada abad ke-18 di Jepun.

SINOPSIS
Kai adalah anak luar nikah kepada seorang kelasi British dan gadis Jepun. Ketika kecil, Kai melarikan diri daripada sekumpulan demonic warrior.
Demonic warrior yang membesarkan Kai
Kai diselamatkan oleh Lord Asano dan dibesarkan bersama-sama anak beliau, Mika.
Mika mula menyukai Kai dan jatuh cinta pada Kai.

Tetapi memandangkan Kai digelar 'half-breed', Kai dipandang hina oleh masyarakat sekitar.

Apabila Shogun melawat kawasan Lord Asano, Kai telah menggantikan seorang samurai dalam pertandingan pedang. Apabila Kai kalah dan diketahui bukan seorang samurai yang layak untuk bertanding, Kai telah dihukum dan Shogun telah menghukum Lord Asano dengan hukuman bunuh.

Keseluruh samurai di bawah seliaan Lord Asano telah dibuang daerah manakala ketua samurai, Oishi telah dipenjarakan di bawah tanah. 
Kai dijual kepada kapal pedagang manakala Mika pula telah diberikan tempoh berkabung selama setahun sebelum dikahwinkan dengan Lord Kira.

Apabila Oishi dibebaskan, dia berusaha mengumpulkan semua ahli samurai.
Kemudian dia mencari Kai kerana dia mengetahui keupayaan berlawan pedang yang dimiliki oleh Kai adalah sangat tinggi.

Adakah Kai dan Oishi boleh bergabung dalam menentang dan menumbangkan Lord Kira?
Kai menentang Mizuki, ahli sihir yang boleh berubah rupa
PENILAIAN
Plot : 4.5/5.0. Jalan cerita yang tidak berat. Tetapi banyak penekanan kepada mainan emosi oleh Kai, Mika dan Oishi. Ada masanya menjadi agak bosan kerana lebih banyak drama daripada aksi.

Penghayatan : 4.5/5.0. Penghayatan oleh Keanu Reeves sebagai nama yang besar di industri perfileman boleh dipertingkatkan lagi. Lakonan yang menjadi adalah Mizuki sebagai seorang ahli sihir yang kejam dan Oishi, sebagai seorang samurai yang berdendam di atas kematian tuannya.

Will I Watch It Again :I will buy the DVD sebab watak Mizuki best!

Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam


Post a Comment

0 Comments