Thor The Dark World : The Review


Thanks to Nuffnang sebab sudi menjemput untuk menonton sekuel yang ditunggu-tunggu untuk movie superhero ini.

SINOPSIS
Thor telah menghilang selama 2 tahun.
Jane pula telah meneruskan kehidupannya sebagai astrophysicist.
Kajian beliau membawa beliau ke London di mana Jane mencuba untuk memulakan kehidupan sosialnya selepas ditinggalkan Thor.
Misi keamanan Nine Realms
Odin dan Thor membincangkan keamanan Nine Realms
Thor pula telah berusaha untuk mengembalikan keamanan kepada Nine Realms dan telah berjaya dalam misinya.
Manakala Loki pula telah dipenjarakan di dalam dungeon dan dilarang daripada berjumpa dengan ibunya.

Dalam kajiannya ke sebuah kawasan gudang tinggal, Jane mendapati dia telah dibawa ke suatu kawasan lain melalui satu laluan. 
Laluan ini terjadi apabila kesembilan-sembilan Nine Realms sejajar dan bersentuh di antara satu sama lain.
Melalui laluan tersebut, Jane dibawa masuk ke lokasi di mana Aether disembunyikan oleh Bor.
Kuasa itu dikenali sebagai Aether, kuasa kegelapan yang telah dicipta oleh Malekith.
Apabila Jane cuba menyentuh Aether, Aether telah meresap masuk ke dalam tubuh Jane.
Suka sangat mekap Malekith. Custome untuk next Halloween
Malekith adalah ketua sebuah kaum yang mencuba menakluki alam semesta dengan menggunakan Aether.
Malekith berazam untuk membawa kegelapan kembali menakluki alam semeste tetapi telah dikalahkan oleh Bor, ayah kepada Odin.
Apabila mendapati mereka hampir gagal, Malekith dan angkatannya melarikan diri dan terus terapung-apung di ruangan angkasa dalam keadaan tidak sedar.

Angkatan Malekith telah tersedar daripada tidur mereka apabila Aether memasuki tubuh Jane.
Thor pula telah membawa Jane kembali ke Asgard dan cuba merawatnya apabila mendapati bahawa Jane dalam keadaan bahaya kerana Aether di dalam badannya.
Tentera Malekith menyusup masuk ke Asgard
Jane tidak mempercayai Loki akan membantu Thor
Kematian Frigga menyatukan Loki dan Thor
Malekith yang menjejaki Aether telah menyusup masuk ke Asgard dan cuba merampas semula Aether daripada Jane.
Frigga cuba menyelamatkan Jane
Loki menangisi kematian Frigga
Dalam pertarungan ini, Frigga, ibu kepada Thor dan Loki telah dibunuh oleh Malekith.
Kematian Frigga menyebabkan Thor dan Loki bekerjasama untuk menumpaskan Malekith dan juga memusnahkan Aether yang boleh membawa kepada kemusnahan Nine Realms.

Jane di dalam bahaya
Gabungan Loki dan Thor untuk menumpaskan Malekith

Apakah Loki akan mengkhianati Thor?
Berjayakah Aether dan Malekith dimusnahkan sebelum Nine Realms diselubungi kegelapan dengan kuasa Malekith?

PENILAIAN
Plot : 4.8/5.0. Jalan cerita yang berkesinambungan dan tidak mengelirukan. Ada detik-detik yang melucukan menjadikan wayang ini tidak berat dan santai.

Penghayatan : 4.8/5.0. Superb. Lakonan Chris, Natalie, Rene, Tom dan Anthony memang tidak dapat disangkalkan lagi.

Will I watch it again : Of course, and I will buy the DVD too.

Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam


Post a Comment

0 Comments