Hummingbird : The Review


Thank you Churpremiere sebab menjemput saya untuk menonton movie ini.

SINOPSIS
Mengisahkan kehidupan Joseph 'Joey' Jones yang melarikan diri dari mahkamah ketenteraan dan hidup merempat di kota London sebagai gelandangan dan pemabuk.
Bayangan Joey sebagai gelandangan dan pemabuk
Hidupnya berubah apabila dia melarikan diri dari sekumpulan penyangak setelah menyelamatkan Isabel.
Mencuba pakaian di kediaman orang lain
Dia telah bersembunyi di sebuah  penthouse yang ditinggalkan oleh tuannya kerana bertugas di luar kawasan.
Dari situ, Joey  mula tinggal di rumah itu dan bekerja di sebuah restoran Cina. Joey juga berhenti minum.
Apabila tauka restoran mendapati bahawa Joey mempunyai kebolehan bergusti/ berlawan, dia ditawarkan untuk menjadi orang suruhan bagi kegiatan gelap kumpulan tersebut.

Dalam pada itu, dia juga turut menyumbang kepada sebuah gereja yang membantu gelandangan dengan membekalkan makanan kepada gereja tersebut.
Di sini, Joey berkenalan dengan Sister Cristina.
Sister Cristina cuba membantu Joey untuk berubah menjadi baik dan juga dalam mencari Isabel.
Cuba memikat hati Sister Cristina
Kebaikan dan ketulusan Sister Isabel menambat hati Joey tetapi dia perlu menyelesaikan misinya untuk membalas dendam di atas kematian Isabel.

Apakah akan terbalas dendam Joey?
Dapatkan Sister Cristine merubah Joey menjadi lebih baik?

Penilaian terhadap Hummingbird :
Plot penceritaan : 4.0/5.0. Plot penceritaan yang tidak berat. Jalan cerita yang kemas dan tidak keterlaluan serta tidak melarat. Mungkin juga agak kemas sehingga menimbulkan sedikit kebosanan. Begitu juga cinematografi  yang tidak lancar sedikit menggangu fokus tontonan. Tetapi entah kenapa, saya merasa agak kecewa dengan filem ini. Mungkin kerana high expectation  memandangkan Statham tidak pernah mengecewakan saya dalam filem-filem beliau sebelum ini. 

Penghayatan : 4.2/5.0. Bolehlah. Tidak terlalu bagus untuk dikhabarkan pada ramai.  


Will I watch it again 
: No, thank you.


Facebook : www.facebook.com/rawlins.ichigo
E-mail : rawlins.una@gmail.com
Mobile : 012-2801977


Post a Comment

0 Comments